Dua Puluh Enam

10.5K 376 19
                                    

Lama juga Dato Munir, Elyana dan Aishah berdiri di ruang menunggu. Cemas Elyana dibuatnya. Dia menahan air mata sekuat yang mampu namun apakan dayanya, air mata tetap menitis perlahan mengalir pada pipinya. Aisshah hanya mampu menenangkan kakak angkatnya itu. Pelbagai kata-kata pujuk telah dia ucapkan namun Elyana kelihatan sedih sekali. Gadis muda ini tahu betapa eratnya hubungan antara Elyana dan Mak Nab.

Ibarat ibu dan anak.

"Tabahkan diri akak, Mak Nab takkan apa-apa. Dia kuat, sesungguhnya Allah ada bersama dia," pujuk Aishah dengan bersungguh-sungguh. Dia menepuk belakang kakak angkatnya itu dengan perlahan.

"Akak tak nak kehilangan dia, Aishah. Akak dah anggap dia macam mak akak," ujar Elyana dengan suaranya yang tersedu-sedan. Matanya bengkak akibat menangis dan jantungnya berdegup dengan amat pantas.

"Apapun, baik kita doakan yang terbaik untuk Mak Nab. Itu jelah apa yang kita mampu buat pada masa ni," kata Dato Munir. Aishah mengangguk-anggukkan kepalanya sebagai tanda setuju. 

"Korang tunggulah kat sini. Akak nak ambil angin kat luar jap," kata Elyana lalu bangun dari tempat duduknya.

"Biar Aishah temankan akak," Aishah bingkas bangun dari tempat duduknya juga.

"Aishah.." suara Dato Munir kedengaran amat dalam dan garau. Aishah duduk kembali pada tempat duduknya. Elyana segera berlalu pergi dari situ, meninggal kedua-dua mereka di ruang menunggu itu. Dia keluar dari hospital dan mendail suatu nombor pada telefonnya. 

"Assalamualaikum? Boleh tak kau ambil aku kat depan Hospital Kajang ni? Cepat sikit tau. Aku tunggu kat pintu utama ni," ujar Elyana. Secara pantas, dia mematikan panggilan itu. 

Air mata tidak berhenti mengalir daripada matanya. Ini sudah kesekian kalinya dia menyeka matanya sehingga jadi bengkak. Dia memandang telefonnya buat masa yang amat lama. Kebosanan mula menerjah dirinya dan dia pun duduk bercangkung berdekatan pintu utama sambil memandang orang yang lalu-lalalng di hadapan pintu itu. Dia menarik nafas yang amat panjang. Air mata masih mengalir. Dia tidak boleh mengawalnya lagi.

"Cik, ambillah tisu ni."

Seorang lelaki tua yang bertongkat dan buta serta memakai cermin mata hitam mendekatinya.

"Tak apalah, pakcik," balas Elyana.

"Mana boleh tak apa? Pakcik buta tapi pakcik masih boleh dengar tau? Pakcik tau sangat-sangat yang kamu sekarang sedang bersedih. Ambil ajelah tisu ni," kata pakcik itu. Elyana tersenyum manis. Dia meraih tisu yang dihulurkan oleh lelaki buta itu dan mengelap air matanya. 

"Pakcik, ambillah duit ni. Terima kasih untuk tisu ni," kata Elyana lalu meletakkan sekeping duit RM5 dalam genggaman tangan lelaki buta itu. Malangnya, lelaki itu tidak menyimpan duit itu ke dalam poket seluarnya namun dia membiarkan ia dalam genggamannya.

"Tisu ni pakcik bagi sebab nak tolong kamu lap air mata kamu. Bukan sebab duit," balas pakcik itu.

"Pakcik amat perlukan duit ni. Saya ikhlas nak tolong pakcik," kata Elyana.

"Tolong pakcik untuk apa? Kumpul duit supaya buat pembedahan mata? Ataupun beli baju baharu yang lebih bergaya dan lebih kemas? Ataupun gunakannya untuk beli rumah? Pakcik dah tua, umur tak panjang. Lagipun pakcik redha jadi buta, tongkat ni pun dah banyak berjasa pada pakcik. Tak ada apa-apa yang kamu perlu tolong pakcik. Pakcik selesa hidup macam ni," ujar pakcik buta itu.

"Tapi bagi pakcik, manusia yang perlu ditolong sekarang ialah kamu. Tak kiralah berapa kotak tisu yang pakcik bagi kamu, selagi kamu sentiasa diselubungi kesedihan, air mata takkan berhenti mengalir. Pakcik pula rasa tak selesa tengok kamu sedih. Jadi kalau kamu nak tolong pakcik hilangkan ketidak selesaan tu, kamu kena tolong diri kamu sendiri dulu. Jangan sedih sangat. Apa-apa je yang jadi tu mesti ada sebabnya. Yang penting, Tuhan tak pernah dan tak akan buat silap," kata lelaki buta itu lagi.

Elyana bagaikan terkedu mendengar kata-kata lelaki buta itu.

Tiba-tiba telefonnya berdering dengan lantang. Dia memandang skrin telefon yang ada nama Nasha tertera padanya.

Bila dia menoleh ke hadapan semula, lelaki buta tadi telahpun hilang serta-merta.

"Okey.. pakcik tu misteri tapi penuh motivasi," fikirnya sendiri.

Dia pun menjawab panggilan rakannya itu.

"Assalamualaikum? Nasha?"

"Waalaikumussalam! Aku dah nampak kau dekat-dekat pintu tu. Kau bangun sekarang. Kau nampak tak kereta aku yang tengah datang ke arah kau ni?" soal Nasha.

Kereta milik sahabat Elyana itu mula kelihatan di hadapan pintu utama hospital. Perempuan itu pun bingkas bangun dan merapikan penampilannya. Tisu yang diberi tadi disimpan sahaja olehnya di dalam poket seluarnya.

Sebaik sahaja kereta Nasha itu diparkir di hadapan pintu utama hospital, Elyana membuka pintu kereta rakannya itu dan memasukinya. Dia lekas menutup pintu itu apabila dia sudah duduk dengan selesa. Nasha pun mula memandu dan mereka berdua mula beredar dari kawasan hospital itu. Keadaan nampaknya sedikit sesak namun itu tidak meresahkan kedua-dua perempuan itu.

"Apasal kau suruh aku ambil kau depan hospital ni? Apa yang dah jadi, Elyana?" soal Nasha, keliru dan kehairanan.

"Kau kenal kan Mak Nab, pembantu rumah tua dalam rumah aku tu?" soal Elyana.

"Rasanya.. tak silap aku, dialah yang ditugaskan untuk masak dan bilik tidur dia sebelah kau kan?" soal balik Nasha.

"Ya. Betullah tu."

"Apa dah jadi ni?"

"Mak Nab kena.." Elyana menarik nafas panjang.

"Dia sakit jantung."

Tersentak Nasha dibuatnya.

"Ya Allah. Habis tu macam mana dengan keadaan dia sekarang? Kau kan rapat dengan dia, kenapa kau tak tunggu je kat hospital tu?" tanya Nasha, rasa aneh.

"Doktor tak cakap apa-apa. Dia masih dibedah. Aku tak tunggu kat sana sebab.. aku takut. Aku takut yang aku tak boleh terima yang dia, yang aku dah anggap macam mak kandung aku sendiri tinggalkan aku sendiri dalam rumah tu," kata Elyana dengan perasaan yang berdebar-debar.

"Kau ni kan, sebenarnya nak tahu tak apa yang buat kau lemah?" soal Nasha.

"Tak tahu dan tak nak tahu langsung."

"Kau sebenarnya kan, fikiran negatif sangat. Kau tak ada keyakinan diri," kata Nasha tanpa mempedulikan kata-kata rakannya itu.

"Aku rasa aku call kau, datang jemput aku dari hospital tadi sebab nak kau teman aku jalan-jalan, tenangkan fikiran kat taman. Bukannya nak dengar kau berceramah," ujar Elyana.

"Perli nampak? Tapi ada betulnya kan kata-kata aku? Kau ni nampak je lembut tapi keras kepala, hati batu. Susah betul nak cakap deengan kau ni. Tadi kau kata, kau nak aku temankan kau pergi taman. Taman mana yang kau cakapkan ni?" tanya Nasha sambil memandu keretanya dengan penuh fokus pada jalan raya.

Kau ingat tak taman yang kita selalu lepak masa sekolah menengah dulu?" 

Nasha berfikir sejenak. 

"Jauh kot. Ada banyak lagi taman dekat-dekat sini. Taman yang jauh tu juga kau nak pergi. Habis minyak aku jap lagi kang, kau nak bayar ke?" soal Nasha, dengan nada marah.

"Taman yang dulu tu la taman paling special. Taman tu kan simpan banyak kenangan kita masa sekolah dulu? Takkanlah kau dah lupa?" soal Elyana lagi.

Nasha menggulingkan matanya.

"Okey, aku tahu taman tu ada banyak kenangan. Lagipun aku malas nak bertekak dengan kau. Baik kita teruskan perjalanan ke sana," kata Nasha, mengalah.

Elyana sempat senyum kecil walaupun fikirannya hanya dibelenggu dengan keadaan Mak Nab.


Dendam Seorang CinderellaWhere stories live. Discover now