Masa

389 17 0
                                    


Masa menyembuhkan semua luka,
Tak kira luka kecil atau besar,
Ambillah sebanyak mana pun masa,
Andai kata luka itu sebesar mana pun,
Ia nya tetap akan hilang,
Perlahan-lahan hilang,
Perlahan-lahan pergi.

Manusia memerlukan masa,
Untuk hadam dengan semua perkara,
Perkara yang berlaku di sekelilingnya,
Biar pun perkara itu sukar untuk bersemuka,
Tapi kita tahu,
Kita kuat,
Kita tahu,
Tahap kesabaran,
Tahap ketabahan kita bagaimana.
Kita lebih tahu.

Kita lebih tahu diri kita bagaimana,
Kerana itulah,
Kita perlu,
Jadikan diri sendiri,
Sebagai teman.
Yang selalu berkongsi,
Walaupun bercakap sendirian.

Shah Alam
19 Oktober 2016

Puisi Kata (book 1)Where stories live. Discover now