Kau

359 11 0
                                    





Aku melihat diri kau berbeza dari orang lain yang memandang kau.
Mungkin kau tiada apa yang mereka ada,
Tapi ingatlah, kau ada apa yang mereka tiada.

Mungkin mereka kata kau besar
Tapi pada ku kau masih cantik
Mungkin mereka kata kau tak cantik
Tapi pada ku kau masih jelita

Mereka hina kau
Tapi kau sekadar diam walaupun dalam hati kau membara tak terkira,
Mungkin mereka lupa
Bumi bagaikan roda yang berputar
Apa yang mereka kata mungkin datang kembali kepada mereka.

Tatkala kau sedih,aku cuba untuk tenangkan kau
Walaupun aku gagal dalam hubungan ini
Tapi aku pasti aku akan berjaya juga
Mungkin mereka tak suka dengan cara kau
Tapi mereka tak tahu yang kau jadi diri kau

Kau pernah hentikan hubungan ini dulu
Tapi aku cuba pertahankannya
Bagiku tiada apa yang boleh pisahkan kita
Melainkan ajal dan maut sahaja.

Entahlah,kini mungkin kau sedang bahagia.
Walau tiada aku lagi disisi kau,nanti,
Ciptalah kebahagian yang kau pilih,nanti.


26nov2016

Puisi Kata (book 1)Where stories live. Discover now