Jatuh cinta

346 13 3
                                    


Melihat dirimu membuatkan aku terpaku,
Adakah aku sudah jatuh cinta?

Kadang hati rasa takut untuk jatuh cinta lagi dan sekali lagi,
Mungkin takut pisang berbuah dua kali ?
Bukan niat ingin membenci cinta,
Cuma takut.

Melihat pasangan-pasangan kekasih yang manis-manis buatkan aku cemburu,
Bukan cemburu sebab aku suka kekasih dia,
Tapi sebab aku tidak punya apa yang dia ada.

Aku suka seseorang,
Aku suka kan dia,
Tapi dia sudah berpunya,
Aku tahu aku takkan jadi seperti kekasihnya,
Takkan.
Kerana aku sedar siapa aku,
Dan aku berpijak di bumi yang nyata.

Kadang aku fikir aku tidak layak untuk sesiapa,
Dan aku fikir sesiapa juga tidak layak untuk aku,
Bukan nya aku minta kekasih yang kaya raya,
Cuma aku mencari kekasih yang ikhlas bersama ku,
Menerima baik dan burukku,
Bukan senang untuk cari, ya aku tahu.

Shah Alam
November 2016

Puisi Kata (book 1)Where stories live. Discover now