pergi

274 8 1
                                    



Tuhan,
Jika dia pilih untuk pergi biarkanlah dia pergi.
Tuhan,
Jika dia pergi janganlah kau izinkan aku untuk berfikir bukan-bukan tentangnya.
Tuhan,
Jika dia pergi janganlah kau biarkan aku merindui dia.

Tuhan,
Kau temukanlah aku dengan orang yang lebih baik dari dia
Walaupun tak sama

Tuhan,
Kau hilangkanlah rasa sedih yang ada di diri ini.

Dan jika takdir-Mu untuk setiakan dia denganku,
Kau tetapkanlah hati dia untuk rasa,
Rasa perkara yang sama sepertiku.

Jika tidak sabar aku,
Ingin saja aku beritahunya bagaimana susahnya untuk aku pertahankan persahabatan ini.

Walaupun dia kelihatan seperti tidak mengendahkannya,
Aku masih tetap berdiri di sini.
Biarpun dia hanya datang ketika memerlukan sahaja.




5Feb17

Puisi Kata (book 1)Where stories live. Discover now