Bab 14

8.3K 457 13
                                    

Tan Sri Tengku Aminuddin memarkirkan keretanya bersebelahan dengan kereta Toyota Alphard milik Dato Sri Tengku Zainuddin iaitu kereta abang kepada Tan Sri Tengku Aminuddin merangkap Papa kepada Mikail. Mereka bertiga keluar daripada kereta tersebut dan melihat ramai yang menunggu ketibaan mereka.

     "Wow, baru nampak muka eh Lea ni. Dah lama dah tak jumpa kau. Rindu giler." Kata Afiqa lalu memeluk Qasleana.

     "Ye la. Time raya haritu kau balik pahang an. Tak sempat nak jumpa." Kata Qasleana.

     "Ye la, kitorang ni ada dua kampung. Kau tak apalah kampung ni je kampung kau. Mama kau kan mana ada kampung. Mama kau kan asal dari bandar. Lagipun mama kau tu anak tunggal. Mak dengan ayah pun dah tak ada. Tak payah la nak bergilir-gilir balik kampung time raya." Kata Adira pula. Adira ialah adik kembar Afiqa.

     "Lea, I rindu you." Kata Mikail lalu memeluk Qasleana dengan erat. Semua yang berada di situ hanya memandang dan tak mampu untuk menegur. Datin Sri Tengku Hamidah iaitu mama Mikail mengalirkan air mata kerana dapat melihat senyuman anak terunanya itu. Sudah hampir 3 bulan Mikail tidak berjumpa dengan Qasleana dan sepanjang tempoh itulah dia melihat Mikail murung, tiada selera makan dan selalu ingin bersendirian. Dia tahu bahawa anaknya sangat menyayangi Qasleana kerana sejak kecil lagi mereka berdua rapat. Dia akui bahawa dalam ramai-ramai sepupu Mikail, hanya Qasleana sahaja Mikail rapat.

     "Dah-dah la tu. Nak lepaskan rindu sekalipun meh kita masuk dalam rumah dulu. Panas dekat luar ni Mika. Kan tak pasal-pasal hitam anak Pak Su tu." Kata Tan Sri Tengku Aminuddin. Mereka semua berjalan masuk ke dalam rumah banglo 1 tingkat milik Tengku Abiddin dan Tengku Fatimah iaitu Datuk dan Nenek Qasleana. Walaupun hanya sebuah banglo 1 tingkat tetapi rumah itu sangat besar dan luas sehinggakan mampu memuatkan 10 buah bilik yang luas.

Sorry ye mampu taip ni je. Nanti ada masa, sis update lagi ye.

Miss Hipster Dan Mr. Ketua PengawasWhere stories live. Discover now