Bab 37

7.8K 399 16
                                    

Qasleana yang terasa seperti pipinya dielus lembut terus terjaga daripada tidur namun masih belum membuka matanya. Maklumlah, masih mamai.

     "Isya, mummy nak tidur la. Pergi main kat luar la dengan bibik. Mummy mengantuk ni. Tengah hari nanti, mummy nak pergi butik pula." Bebel Qasleana memarahi Danisya. Namun, elusan lembut di wajahnya masih belum berhenti walaupun sudah dilarang.

     "Isya!! Mummy penat la. Keluar dari bilik mummy please." Kata Qasleana merayu. Tapi elusan di wajahnya langsung tiada tanda-tanda hendak berhenti. Qasleana terus memegang tangan yang mengelus wajahnya itu.

     'Aik, asal besar je tangan ni. Takkan la tangan Danisya besar macam ni.' Kata Qasleana dalam hati dan terus membuka matanya. Matanya terus membesar apabila melihat seorang lelaki yang berada di hadapannya. Dia terus duduk bersila di atas katil. Lelaki itu memandang Qasleana sambil tersenyum.

     "Awak buat apa kat sini? Macam mana awak tahu rumah saya ni? Macam mana awak boleh masuk dalam rumah ni?" Bertalu-talu soalan yang Qasleana tujukan kepada lelaki di hadapannya ini ataupun lebih tepat lagi, namanya Danish.

     "Abang datang sini nak jumpa sayang la. Mama yang bagitahu abang alamat rumah sayang ni. Besar eh rumah sayang. Kalah rumah abang. Lagi satu, abang masuk sini sebab Mika yang bagi masuk. Kebetulan berjumpa dengan dia yang nak pergi hantar Danisya ke sekolah tadi." Jawab Danish satu demi satu soalan yang ditanya oleh Qasleana.

     "Awak keluar boleh? Suka hati je masuk rumah saya." Kata Qasleana lalu menunjuk ke arah pintu.

     "Please bagi satu peluang untuk abang jelaskan perkara ni. Sayang dah salah faham sebenarnya." Kata Danish lalu memegang tangan Qasleana. Qasleana hanya membiarkan dan langsung tidak menarik tangannya daripada disentuh oleh Danish.

     "Ok, saya bagi awak satu peluang. Terangkan lah apa yang awak nak terangkan sangat tu." Kata Qasleana lalu matanya tepat memandang ke arah Danish.

     "Makan malam tu abang minta maaf sangat sebab abang lupa nak call sayang. Abang kena jumpa dengan client. Abang bukan pergi berdua dengan PA abang. Abang memang betul-betul tak ingat yang abang dah janji dengan sayang. Bila abang balik, abang ke dapur untuk minum air. Abanh ternampak tudung saji atas meja. Bila abang buka je tudung saji tu, semua makanan kegemaran abang yang sayang masak. Abang terus teringat yang abang dah janji dengan sayang. Bila abang cari sayang, sayang tak ada. Abang risau. Abang terus cari sayang sehinggakan abang ternampak kertas yang sayang tinggalkan di atas meja. Abang sedih sangat bila tahu sayang dah tinggalkan abang." Kata Danish. Mata Qasleana telah kelihatan berkaca kerana menahan air mata daripada keluar.

     "Kenapa sayang nak sangat abang balik malam tu?" Tanya Danish.

     "Saya nak khabarkan berita gembira dekat abang. Saya nak abang orang pertama yang tahu berita gembira tu." Kata Qasleana lalu menundukkan wajahnya.

     "Berita gembira?" Tanya Danish hairan.
     "Ya, good news. Lea mengandung masa tu. Mungkin sebab emosi tak setabil masa mengandung tu kot sampaikan Lea buat keputusan yang salah." Kata Qasleana.

     "Ya Allah, mana anak abang? Jangan cakap Danisya tu anak abang?" Tanya Danish. Qasleana menganggukkan kepalanya.

     "Abang tak tahu sayang. Patutlah seminggu lepas sayang lari daripada rumah, abang selalu muntah-muntah, pening kepala, mual dan sentiasa mengidam nak makan benda tu lah benda ni lah. Rupanya hahaha sayang mengandung." Kata Danish tak percaya.

     "Abang ke yang alami semua tu? Patutlah, saya pun pelik kenapa saya tak rasa mual-mual, memgidam dan sengainya. Rupanya kena kat abang. Hahaha." Kata Qasleana lalu tergelak.

     "So, maafkan abang?" Tanya Danish dengan nada romantik sambil mebuka satu kotak kecil berwarna merah di hadapan Qasleana. Di dalam kotak itu terdapat sebentuk cincin berlian yang berkilauan dan kelihatan mahal. Qasleana mengangguk sambil tersenyum dan menghulurkan tangannya supaya Danish memakaikan cincin itu dijarinya. Mereka berdua berpelukan setelah sahaja Danish menyarungkan cincin itu di tangan Qasleana.

     "Wow, sweetnya mummy dengan daddy." Danisya yang entah daripada mana terus sahaja duduk di antara Danish dan Qasleana.

     "Ish, Isya ni jahatlah. Kenapa tinggalkan mummy. Daddy ganggu mummy tidur." Kata Qasleana seakan merajuk dengan anaknya.

     "Ala, Isya nak tunggu mummy tapi Papa suruh Isya ikut dia keluar. Dia cakap daddy nak sweet-sweet dengan mummy." Kata Danisya lalu memeluk Qasleana.

     "Pandai eh anak daddy ni. Meh peluk daddy pula. Comelnya anak daddy ni." Kata Danish. Danisya terus memeluk daddy dan mummnya serentak. Akhirnya, lengkaplah keluarga mereka.

Sorry kalau tak best. Ada satu lagi bab ye sebelum novel ni selesai sepenuhnya. Sorry tau sbb lama buat korang menunggu.

Hope bab ni dapat puaskan hati korang lah ye.
Bye.

Miss Hipster Dan Mr. Ketua PengawasWhere stories live. Discover now