Bab 17

8.5K 411 1
                                    

4 tahun kemudian.....

Qasleana menarik bagasi besar bewarna hijau keluar daripada balai ketibaan di KLIA. Kelihatan ahli Princess Devil iaitu  Irisya, Airina, Qistina dan Kartini melambai tangan kepada Qasleana. Mereka berlima sudah lama tidak mendengar khabar Natasya setelah kejadian di pasar malam pada 4 tahun lepas. Qasleana terus berjalan ke arah sahabat sahabatnya. Mereka berlima berpelukan bersama-sama sebaik sahaja Qasleana berada di hadapan mereka. Qasleana gembira kerana sebaik menjejakkan kaki di Malaysia, dia dapat melihat wajah sahabatnya. Ini atas permintaan Qasleana sendiri yang mahu ahli Princess Devil yang menjemputnya di KLIA dan keluarga hanya perlu menunggunya di rumah sahaja.

     "Rindunya aku dekat korang." Kata Qasleana sebaik sahaja mereka selesai berpelukan.

     "Mana tak rindunya, kitorang dah 2 bulan dah balik sini tapi kau hari ni baru balik." Kata Irisya sambil menjeling ke arah Qasleana.

     "Hahaha, tak ah. Korang ah yang balik awal sangat." Kata Qasleana sambil ketawa. Qasleana sekarang memang sudah jauh berbeza dengan Qasleana yang dulu. Qasleana yang sekarang ialah seorang yang ceria. Cuma sikap dinginnya akan terasa ketika bersama dengan orang yang tidak dikenali atau orang yang tidak disukainya. Qasleana sekarang sudah pandai menghadiahkan senyuman ikhlas dan sudah tidak selalu dijamu dengan senyuman sinisnya. Qasleana yang sekarang juga sudah boleh diajak bergurau.

     "Eh sorry sikit ye. Kitorang ni balik tepat masanya tau. Kau tu yang banyak alasan taknak balik Malaysia ni. Cakap nak duk kat sana sikitlah, nak holiday la, nak honeymoon lah. Tak sedar yang diri tu tak kahwin lagi gatal nak honeymoon bagai." Kata Kartini.

     "Hahaha. Relax arr. Aku ni baru 22 tahun tau. Mesti lah nak enjoy dulu duk kat luar negara tu. Pasal honeymoon tu aku gurau je lah." Kata Qasleana.

     "Ye la tu. Jangan-jangan ada suami mat saleh kat sana. Jangan main-main Lea. Aku bagitahu Pak Su dengan Mak Su nanti." Sakat Irisya.

     "Kau pun sama. Haritu kau cakap nak honeymoon juga an? Aku bagitahu Pak Ngah dengan Mak Ngah eh yang kau dah kahwin dengan mat saleh. Aku perhati hari-hari la kau duk date dengan mat saleh dekat London tu." Kata Qasleana berjaya membuatkan Irisya terkejut.

     "Ma.. Ma.. Na... K.. Kau... Ta.. H.. Hu ni?" Tanya Irisya gagap.

     "Come on la Risya, kau dengan aku belajar tempat sama. Hari hari aku tengok kau keluar rumah. Aku tengok daripada atas tau kau masuk dalam kerera Ferrari Enzo warna merah mat saleh tu. Kau je yang tak perasan aku intip kau hari hari." Kata Qasleana sambil memandang ke arah Irisya yang membisu.

     "Hahaha, takut ah tu. Takut aku bagitahu Pak Ngah and Mak Ngah ah tu. Kau takut an?" Tanya Qasleana lalu gelak.

     "Relax ah wei. Aku tak bagitahu dorang ar. Ni rahsia kita berlima je. Nanti kau call ah si Michael tu. Suh dia masuk minang kau." Tambah Qasleana lagi.

     "Macam mana kau tahu nama dia?" Tanya Irisya hairan.

     "Alah, aku tak kolot sangat sampaikan tak kenal budak hot dekat U. Lagipun dia satu-satunya mat saleh yang muslim dekat situ kan?" Tanya Qasleana. Irisya hanya mengangguk menjawab pertanyaan Qasleana.

     "Dah ah. Jom la balik. Kesian family kau yang dah lama tunggu kau dekat rumah tu." Kata Airina. Mereka berlima terus berlalu ke arah kereta BMW X6 bewarna biru milik Irisya. Qistina menolong Qasleana memasukkan bagasi Qasleana ke dalam bonet kereta.

Jom baca Mr.Sombong itu suami aku.
By: Sha_riena

Miss Hipster Dan Mr. Ketua PengawasWhere stories live. Discover now