Bab 10

9.4K 485 0
                                    

Qasleana yang sedang memandu itu terus melihat jam di dashboard keretanya.

     "What?! Dah pukul 7.30 pagi? Mesti jam ni salah. Siapa lak yang pandai2 tukar waktu jam kereta aku ni." Kata Qasleana sambil mengelengkan kepalanya. Dia terus memandang jam tangan Bonia yang berada di tangannya untuk memastikan jam keretanya adalah salah. (Jam kat media).

     "What?!!!! Jadi jam kereta aku memang betullah. Aku yang lewat sekarang ni. Uhhh nak buat macam mana ni. Aku ni patutnya kena jaga imej aku sebagai leader Princess Devil. Leader Princess Devil mana boleh datang lewat ke sekolah." Kata Qasleana lalu meningkatkan kelajuan kereta mewahnya. Setelah 10 minit memandu, akhirnya dia sampai dihadapan Tilepot High School tetapi dia ditahan di pintu pagar dan yang lagi dia geram adalah yang menahannya ialah Smart Boy.

     "Eh asal leader Princess Devil datang lambat harini? Patutnya kenalah tunjuk contoh yang baik untuk anak buah kau. Sekolah ni paling lewat jam 7.30 pagi ok bukan 7.45 pagi." Kata Danish. Yang lain hanya memerhati dari jauh.

     "Eh kau jangan banyak cakap boleh tak? Aku tak ada mood lah nak gaduh dengan kau. Penat tau tak? Dah ah. Aku blah dulu." Kata Qasleana lalu memandu keretanya ke dalam kawasan Tilepot High School. Dia terus memarkirkan keretanya di tempat khas untuknya. Dia terus berjalan ke arah lif untuk naik ke kelasnya yang terletak di tingkat 2.

     "Uishh dua2 lif penuh la pulak. Naik tangga je lah." Kata Qasleana lalu berjalan ke arah tangga. Dia tidak dapat berlari kerana hari ini dia memakai high heels 5 inci. Setelah sampai di kelas dia terus berjalan ke tempat duduknya. Semua pelajar di dalam kelasnya menunduk apabila ternampak kelibat Qasleana masuk ke dalam kelas.

     "Wei, asal semua tunduk eh lepas aku masuk kelas?" Tanya Qasleana. Irisya, Airina, Qistina dan Kartini terus memandang tepat ke arah Qasleana.

     "Diorang taknak pandang kau sebab kes hari Jumaat la." Kata Kartini.

     "Kes yang mana satu?" Tanya Qasleana tidak faham.

     "Takkan kau tak ingat apa yang kau buat hari Jumaat tu." Kata Qistina geram.

     "Aku ingat. Tapi aku rasa 3 kes aku buat. Yang mana satu?" Tanya Qasleana lalu memandang wajah sahabat2nya seorang demi seorang sambil menunjukkan muka hairannya. 

     "Ketiga-tiga kes." Jawab Irisya perlahan.
     "What??!!!!!" Kata Qasleana kuat membuatkan semua pelajar di dalam kelas dan yang lalu di koridor luar terus memandang tepat ke arah Qasleana.

     "Ish, slowlah sikit." Kata Airina. Kelihatan pelajar-pelajar terus berhenti melihat dirinya apabila dia menunjukkan muka garangnya.

     "Hahahaha lawak dooo." Kata Qasleana sambil ketawa memegang perutnya.

     "Asal kau ketawa beb?" Tanya Kartini.

     "Lawak gila ahh diorang ni. Aku tunjuk muka garang sikit dah takut." Kata Qasleana. Perbualan mereka berlima terus berhenti apabila kelihatan Cikgu Tihah masuk ke dalam kelas sambil diikuti oleh seorang pelajar perempuan yang juga mempunyai rupa paras yang cantik tetapi masih tidak dapat mengalahkan kecantikan yang dimiliki oleh Qasleana. Mereka berlima terus berpaling ke hadapan kelas. Meja mereka berlima disusun sebaris bagi memudahkan mereka untuk berbual dan hanya meja mereka bertiga disusun begitu di atas permintaan Qasleana sendiri. Meja Qasleana terletak di tengah-tengah bagi memudahkan mereka mendengar kata Qasleana.

     "Ok, assalamualaikum kelas. Harini saya bawa seorang pelajar baru untuk kamu semua. Sila perkenalkan diri kamu." Kata Cikgu Tihah.

     "Assalamualaikum, saya Tengku Julia Natasya Binti Dato' Tengku Huzaimi. Umur 17 tahun. Saya pelajar daripada US dan berpindah ke sini." Kata pelajar yang bernama Natasya itu.

     "Alah nak cakap umur lagi kenapa. Dah terang-terang kau umur 17 tahun. Kalau bukan 17 tahun takdenya kau masuk tingkatan 5." Kata Qasleana sambil tersenyum sinis.

     "Leana, jaga percakapan kamu." Kata Cikgu Tihah perlahan tapi tegas.

     "Cikgu tak payah nak backup budak tu sangat la. Cikgu mengajar kat sini pun makan gaji. So, tak payah nak tunjuk lagak sangat lah." Kata Qasleana memandang tajam ke arah Cikgu Tihah. Cikgu Tihah hanya berdiam diri memandang ke arah pelajarnya itu. Benar kata Qasleana, jika dia melawan cakap pelajar itu kemungkinan besar gajinya akan dipotong dan paling teruk lagi dia akan dipecat daripada menjadi guru di sekolah itu. Dia tahu Qasleana baik sebenarnya tetapi dia paling pantang para guru menegur caranya bercakap pasti dia akan melapor kepada orang atasan.

     "Ok Natasya, kamu boleh duduk di sebelah Juwita ye. Juwita sila angkat tangan kamu." Kata Cikgu Tihah. Juwita terus mengangkat tangganya bagi memudahkan Natasya melihatnya. Natasya terus berjalan ke arah meja kosong di sebelah Juwita iaitu terletak betul-betul di hadapan meja Qasleana.

    "Hai saya Natasya. Panggil aje Tasya or Sya. Awak Juwita kan?" Kata Natasya sebaik sahaja duduk di sebelah Juwita.

     "Hmmm ye, aku Juwita. Diam lah, aku nak belajar." Kata Juwita acuh tidak acuh. Sebenarnya Juwita ini budak nerd yang memakai kaca mata besar dan berbadan sedikit gempal. Juwita ni jenis yang tidak mesra alam. Mungkin kerana itulah dia tidak mempunyai kawan.

     "Kau tak payah la tegur si gempal ni. Dia takkan layan kau lah. Meh la kitorang nak berkenalan dengan kau ni." Kata Qasleana. Juwita yang mendengar Qasleana memanggilnya gempal hanya berdiam diri kerana tidak berani untuk berpaling ke arah Qasleana.

     "Hmm hai, saya Natasya. Panggil aje Tasya ataupun Sya." Kata Natasya.

     "Tak payah bersaya bagai. Aku kau je. Nama aku Tengku Maria Qasleana Binti Tan Sri Tengku Aminuddin. Just panggil aku Leana tapi pelajar ramai gelar aku ice princess. So kau tak yah ngada-ngada nak panggil aku ice princess. Panggil aku Leana. Aku leader kumpulan Princess Devil. Ini ahli Princess Devil. Yang ni Tengku Irisya Dania Tan Sri Tengku Arifuddin, Sharifah Airina Qaisara Dato' Syed Fattah, Puteri Qistina Nadia Tan Sri Mahmud dan dan Raja Kartini Iris Dato Raja Kamal" Kata Qasleana memperkenalkan ahli kumpulan Princess Devil. Irisya, Airina, Qistina dan Kartini memandang Natasya dengan senyuman manis. Hanya Qasleana yang menayangkan muka tiada perasaannya.

Miss Hipster Dan Mr. Ketua PengawasWhere stories live. Discover now