10 Ribu

613 1 0
                                    

Malam itu Sarah ada latihan menari. Nizam hanya menemani Sarah sambil mencuci mata menatap pau sarah yang menonggek itu. Minggu depan Sarah ada persembahan menari sempena Hari Raya Aidilfitri. Termasuk Sarah hanya 3 pasangan sahaja. tidak lah Nizam cemburu apabila Sarah berpasangan dengan lelaki lain semasa menari kerana Nizam tahu pasangannya itu gay dan dari tadi asyik memerhatikan Nizam. Nizam tak pedulikan pandangan mata menggoda pasangan Sarah, kerana mindanya lebih menumpukan pada pau Sarah.

Habis menari Sarah dan Nizam terus kekedai mamak untuk makan.

"Abang kacak, rambut sudah makin panjang,"tanpa salam ane mamak itu menegur. Nizam tersengih. semakin kembang rambutnya apabila dipuji.

"Saja simpan ane. baru bob marley,"

"Itu bob marley bukan kembang,dia panjang,"

"Alaah, ni bob marley versi Nizam,"sengih Nizam.

"Mau order apa? macam biasa,"kata mamak itu sambil menggeleng. Nizam pon ikut menggeleng, Sarah pon ikut. Semua orang yang berada dikedai mamak ikut menggeleng. Reaksi spontan apabila bertemu kaum berbangsa india, bangla atau sewaktu dengannya. Selepas puas menggeleng, dengan wajah teleng mamak itu pergi dengan membawa order, macam biasa Nizam dan Sarah.

"B. nak tanya something boleh?"ujar Sarah.

"Pa dia? Tanyalah,"jawab Nizam sambil mengeluarkan rokok daunnya yang sudah siap dibalut oleh Sarah.

"Betui ka habis study ni kita nak kahwin terus?Tak mo keja dulu,"tanya Sarah. Nizam tak terus menjawab, malah dia tengah sibuk menghisap rokok daunnya. Sarah sabar menanti. Menanti dan terus menanti.

"Oit! dengaq tak?,"suara Sarah meninggi mengundang meja sebelah memasang telinga. Dasar taktau malu sibuk hal orang.

"Ha? pa dia? tak dengaq! cakap macam pompuan,"kata Nizam sambil melayan rokok daun.

"Dah tu? Takkan ayang pondan pulak?"marah Sarah. Ikut kan hati mahu sahaja rokok daun itu disumbat dalam mulut Nizam, dengan lighter tu sekali dia nak sumbat.

"Hehehe. Gurau lah. ok ok, ayang cakap apa tadi,"Nizam memujuk. Kalau tak dipujuk Sarah mesti akan menyumbat rokok daun berserta lighter kedalam mulutnya.

"Betui ka habis study ni kita nak kahwin terus?Tak mo keja dulu,"pertanyaan tadi Sarah ulang semula, seperti direwind kebelakang.

"Lah. Betoi lah. Kan minggu lepas b dah propose ayang, will you marry me?"

Sarah terimbau kejadian minggu lepas dimana Nizam melamar dia ketika dia sedang meneran hajat besar. Masih teringat Nizam menyanyikan lagu La Vie En Rose, memang lagu favourite Sarah, dan kemudian dengan suara yang dirasakan tersangatlah romantik Nizam melamar Sarah. Tanpa membuang masa Sarah menjerit YES! berserta bunyi "pelepup, pelepup" sengaja Sarah menjerit kerana tidak mahu mood Nizam berasa spoil apabila terdengarkan bunyi yang cukup sinonim dengan kehidupan masyarakat.

"Ingat tak? Siap menyanyi lagi feveret ayang lagi,"Nizam mematikan lamunan Sarah yang terimbau dengan kenangan manis lagi berbau Sarah. Sarah mengangguk laju laju.

"Ingat sayang. cuma, sempat ke? lagi 2 bulan je nak habis study,"ujar Sarah.

"Humm. Sempat sayang. Tak palah, buat simple ja nah,"kata Nizam seraya memegang tangan Sarah.

"Ye, ayang tak kisah buat simple-simple. Kalau boleh nak buat majlis nikah ja. tak payah sanding, tak payah pelamin. makan-makan je,"ujar Sarah. Beruntung sungguh Nizam. Sarah dah lah cantik, putih, lepastu berjimat cermat, tak kisah dating di kedai mamak, sanggup belajar balut rokok daun, dan yang terbaru, nak kahwin pon taknak buat grand-grand. Calon isteri rare. Sengih Nizam seperti kerang busuk. Sekali lagi, kerang boleh tersengih ka?

"Tapi, b tau kan mama ayang camne,"terus mati sengihan Nizam. Ya, yang nak kahwin Sarah dan Nizam, tetapi seperti Mama Sarah yang nak kahwin kerana semenjak 2 tahun lepas, Mama Sarah asyik bercerita pasal kahwin, dan sudah banyak bisnes kad wedding planner diberi pada Nizam. Mama Sarah pernah menyatakan pada Nizam, jikalau mahu meminang sama anak perempuan dia, haruslah sediakan duit sebanyak RM10 ribu!

Melihat Nizam yang seperti terkena panahan mata Medusa, Sarah berkata

"Takpe, nanti ayang pujuk mama bagi murah sikit. RM5 ribu ja ka. okay?". Nizam mengangguk. Ikutkan hati dia mahu kahwin free, bawak Sarah ke hotel dan dia sendiri yang akan menelefon Jabatan Agama Islam untuk menangkap basah diri dia dan Sarah, boleh lah kahwin free.  Tapi itu bakal menjatuhkan maruah kedua buah keluarga, keluarga Sarah dan juga keluarga Nizam. Pantas Nizam menggeleng kepala seperti mahu terkeluar otak Nizam dan tempurung kepala.

"Takpa, nanti kita dua bincang dengan mama,"ujar Nizam. Sarah sudah tersenyum sampai ketelinga. Harapannya untuk kahwin simple dan menjadi viral terasa menjadi kenyataan. Dan makanan mereka yang macam biasa pon tiba.

Bersambung........

Couple of the yearWhere stories live. Discover now