Cerita Nizam

689 0 1
                                    

Nizam POV

Haish. Macam manalah aku boleh tangkap cinta dengan Sarah? Nasib belum tangkap leleh lagi walaupun dah banyak kali aku terleleh. Itupun tanpa pengetahuan Sarah. Setiap kali tengok pau Sarah, malam tu mesti leleh. Sampai pau memang dah jadi makanan kegemaran aku yang utama, semuanya sebab Sarah.

Ceritanya bermula waktu 1st sem aku di MMU Cyberjaya, aku baru putus cinta dengan seorang anak Dato yang sama Universiti tapi ambil bidang lain. Macam mana aku couple dengan dia? Tak payah tau. Ni cerita antara aku dengan gadisku,Sarah.

Ya, aku masa tu baru break up dengan anak Dato. Choi! aku bukanlah persis seorang gigolo yang nampak harta sahaja, tapi mase aku couple dengan ex-gf aku, Bella, aku mana tau dia anak Dato. Walaupun pakaian dia vouge, kaca mata hitam sentiasa dimata atau diatas kepala, handbag LV sentiasa ditangan dan highheels setinggi 5 inci, tapi boleh dikatakan yang maybe dia cuma berlagak je kan?

Haruslah vouge seperti Kim K. Choii bukan ayat mencarut yang telah disalah fahamkan oleh Fazura. Ianya short form untuk Kim Kardashian. See? Kita kena sentiasa up to date, tak adalah jadi bodoh di public dan dimalukan walaupun aku tengok muka Fazura memang tak malu.

Kami break up pasal dia curang dengan anak Dato jugak. Hasil pemberian maklumat oeh salah seorang member aku yang kebetulan tengah dating basah dengan awek dia, aku jumpa dia di jambatan lampu-lampu Putrajaya tengah bercengkarama dalam kereta. Ya, aku tau. Pedih dia nak haram. Rasa macam nak humban dua-dua dekat tasik Putrajaya, biar terlebih basah mereka berdua. Tapi nasib baik laki tu tak sekacak dan sekerinting rambut aku dan Bella pon taklah selawa mana, jadi aku melepaskan mereka dengan hati terbuka.

2 Bulan aku single. 2 bulan jugaklah aku tak keluar dari bilik hostel, tapi keluar jugaklah kekelas, habis kelas balik bilik. Rupanya dalam diam hati aku mengkhianati aku. Hati aku terluka, tapi minda aku cakap, rileks. Walaupun seminggu je couple dengan Bella, hati aku tetap koyak. Punah harapan aku nak sama-sama basah dengan Bella. Roommate aku adalah saksi aku tersedu-sedan.

Masuk 2nd sem aku dah okay. Dah boleh rileks, hati pon tenang. Maybe sebab dapat banyak barang, maka masa cuti 1st sem aku menggunakan barang-barang aku dengan sewajarnya. Masa 2nd sem tu lah Sarah tegur aku. Ya, waktu tu Sarah sangat selekeh. Dengan tudung bawal yang hampir menutupkan wajahnya, dengan blusher dia dah macam badut, lipstik yang sangat merah, dan aku perhatikan anak tudung dia. Dia pakai anak tudung nenek aku. Eh tak, macam anak tudung nenek aku.

"Nizam! Kau dah ada group belom? Join group aku,". Mashaallah, keciknya suara. sekecik orangnya.

Sarah ni halus kau tau. Halus dia, kalau aku pegang lengan dia, sure patah. Waktu tu projek dia terpilih dan dia seharusnya mencari 2 orang untuk masuk dalam group. Dan aku salah seorang darinya.

"Belum. Aku masuk group hang lah. Sapa lagi sorang?". Waktu tu aku takde lah taruh minat dekat Sarah. Belum lagi. Sabaq sat.

"Diande. Nah kau tulis nama, student ID dengan no telefon,". Aku mengangguk dan terus mencapai kertas yang dihulur Sarah. Emm, wangi. Selesai semua, bagi balik kertas dekat Sarah.

"Okay, apa-apa hal aku mesej kau,"dan Sarah pon berlalu pergi. Time tu mana ada whatsapp, aku rasa android pon tak wujud lagi. Pakai fon blackberry yang tengah famous dengan BBM.

Aku dengan Sarah sebenarnya tak pernah bertegur walaupun satu kelas. Ini adalah kali pertama dia tegur. kenape? Sebab tengok aku kacak kot. haha.

Dan semenjak dari tu, Sarah aku dengan sorang lagi groupmate yang aku rasa tak penting kot aku nak ceritakan, rapat. Aku dapat tau Sarah pon dah berpunya masa tu. So aku tak dak lah can nak masuk jarum. Lagipun aku bukan jenis mat sailang awek orang. sentap tak? bagus! Tapi makin lama, makin aku suka rapat dengan Sarah sebab kepala dia masuk air. Boleh tahan gila jugak dia ni. Apa aku buat dia layan.

Couple of the yearWhere stories live. Discover now