Sarah dan Nizam

935 3 0
                                    

"Yang. dah sampai. tempat biasa,"

"Ok ok, b turun sekarang,"seraya itu phone dimatikan.

Sarah bersandar dikerusi pemandu. Menunggu Nizam turun. Setiap hari memang dia yang akan mengambil Nizam untuk ke kelas memandangkan Nizam tidak mempunyai kereta, jadi apa salahnya dia offer Nizam menumpang kereta dia. lagipun Nizam yang akan drive, sebab Nizam agak risau kalau dia yang drive.Tambahan, dia sendiri pon malas nak drive sebab nanti bolehlah dia selfie, tidur dan makan. Apa guna ada kereta kalau malas nak drive? Ish ish ish. Tapi itulah Sarah.

Sarah mengeluarkan phone Sony Xperia c3 dan mula menekan aplikasi camera 360. Tujuannya nak berselfie sementara menunggu Nizam tiba. Dia memilih filter Rosy yang agak cerah dan membuatkan kulit mukanya flawless sekaligus menutup parut dan jerawat dimuka. Dia suka apabila ada orang puji kulit wajahnya cantik dan lembut bak sutera walaupun dia tau itu semua hanyalah effect filter camera 360. Dia mula berselfie dan tidak mempedulikan orang-orang yang lalu didepan keretanya. Pada dia, lantak lah, tak menyusahkan hidup diorang.

Nizam mengetuk cermin kereta Viva Elite berwarna putih Sarah. Sarah terkejut dan terus mengukir senyuman tatkala Nizam dengan rambut kerinting afronya yang masih basah tercegat di tepi pintu keretanya dengan muka kepanasan. Niat Sarah mahu bergurau dengan membiarkan Nizam di bawah cahaya matahari, tapi memandangkan kulit Nizam sudahpun gelap, kesian pulak dia rasa. Nanti bertambah gelap Nizam, yang paling dia takut kalau Nizam betul-betul gelap dan hanya nampak gigi sahaja. Terus dia membuka pintu untuk Nizam dan dia mula mengalihkan punggungnya disebelah kerusi penumpang.

"Sorry lambat, baru mandi"ujar Nizam seraya terus masuk kedalam perut kereta Viva Sarah.

"Patutlah rambut basah, ni B pakai shampoo apa?"ujar Sarah sambil mencium tangan Nizam. Habit seperti sepasang suami isteri yang apabila suami mahu ke kerja atau pulang kerumah, pasti si isteri akan cium tangan suami. Nizam terharu dengan tindakan Sarah dan mencium ubun kepala Sarah, juga seperti habit sepasang suami isteri.

"Shampoo ape ntah. B kebas je housemate b punya sebab B punya dah habis,"ujar Nizam. Dia beralih kebelakang dan mengambil tuala diseat belakang untuk mengelap rambutnya yang masih basah bagai tidak mahu kering. Entah macam mana ada tuala dalam kereta, dia sendiri malas nak ambil tahu, yang penting rambutnya kering dan terus jadi afro. Bolehlah dia menggoyang rambutnya sambil mendengar lagu retro.

"Cepatlah. Dah 15 minit lambat nak masuk kelas," tegur Sarah. Nizam terus mencampakkan tuala tadi dibelakang. Elok sahaja tuala itu dicampak dikedudukan yang diambil oleh Nizam, bagaikan direwind. Nizam terus memasukkan gear Viva Elite ke D, dan menekan handbreak kebawah dan terus memandu.

Nizam memandu dengan berhati-hati. 40km sejam. Dia adalah pemandu yang sangat berhemah, yang penting keselamatan dia dan Sarah terjamin. Sarah disebelah masih sibuk berselfie, cukup selfie yang ke 230 dia berhenti dan membelek gambar-gambar selfie dia. Tiada niat dia mahu berselfie dengan Nizam kerana dia tahu pasti Nizam akan korek hidung sekali gus merosakkan mood dan gambar dia untuk dimuat naik kedalam instagram, facebook, twitter dan wechat.

Nizam dan Sarah sudah masuk 4 tahun menjadi pasangan kekasih. Dan mereka digelar pasangan kekasih yang sangat sweet, comel dan relationship goals. Mereka pernah digelar couple of the year selama 4 tahun berturut-turut. Tetapi apa yang menyebabkan mereka sweet, comel dan relationship goals pon mereka sendiri taktahu. Mungkin mereka berdua comel? Tapi itu tidak menunjukkan bukti yang sah. Pernah Sarah dan Nizam membincangkan tentang, kenapa mereka digelar couple of the year selama 4 tahun berturut-turut. 7 hari 7 malam, masih tidak menemui jawapan, lantas mereka berputus asa dan menerima kenyataan yang mereka adalah couple of the year.

Nizam berasal dari Baling Kedah, dan Sarah berasal dari Nilai, Negeri Sembilan. Kerap juga Nizam dipanggil orang asli oleh bakal mak mentuanya sendiri yang di panggil mama, iaitu mama Sarah. Mungkin kerana rambutnya yang sangat kerinting, tambah-tambah lagi dia berasal dari kampung yang sangat jauh dari bandar dan juga kulitnya yang agak gelap, sebab itulah Mama Sarah menggelarnya orang asli. Tidak mengapa, dia memang asli, tak fake macam sesetengah orang. Nizam hanya menerima panggilan nya itu dengan hati yang terpaksa dibuka. Kerana sayangkan Sarah, dia memekakkan telinga. Walhal dia ingin sangat dikenali sebagai Bob Marley. Sebab itu dia mahu menyimpan rambut kerintingnya itu sehingga panjang. Boleh lah dia buat rambut seperti Bob Marley.

Sarah pula orangnya comel, kecil molek. Rupa dia seakan berdarah campuran,tetapi seingat dia seluruh nenek moyangnya tiadalah darah campuran. Dia adalah melayu tulen. Dan dia bercita-cita mahu menjadi wanita melayu terakhir walaupun sikapnya tak menggambarkan wanita melayu terakhir. Sebab itu dia sukakan lelaki yang kulitnya tidaklah terlalu gelap dan tidak lah terlalu cerah kerana pada dia barulah melayu yang tulen dan asli. Bayangkan teh yang dicampur susu, tapi susunya diletakkan sedikit dan jadilah teh yang agak coklat sedikit, begitulah bayangannya. Pada Sarah, couple dengan kulit lelaki yang putih kalah putih perempuan, dan bibir jambu ni seperti couple dengan kaum sejenis. Dan perkara seperti itu amat dielakkan oleh Sarah

Bagaimana Nizam dan Sarah akhirnya menjadi sepasang kekasih? Nanti akan diceritakan.

Bersambung.........

Couple of the yearWhere stories live. Discover now