Aku akan sempurnakan agama aku , aku harap , rancangan aku tiada halangan. Allah , permudahkan urusan aku , Amin.
"Farid , kau dah dapat ke no ahli keluarga Nadya?"
Farid yang sedang membaca buku , menoleh seraya berkata , "Ha, dah , tapi no Abang dia lah. Nah" Aku angguk . "Ala Adha, wali jugak tu , kau buatlah yang terbaik ya , Allah ada dengan kau , yakin ya." Aku tersenyum tawar .
Aku berkira-kira ingin menghubungi atau tak abang Nadya , Talhah segan dan risau akan keadaan Nadya yang masih tak sembuh sepenuhnya .
Gambar profile whatsapp Talhah bersama Nadya di KLCC menggamitkan perasaan rindu dalam jiwa lelakinya . Ingin bertemu namun takut ditolak mentah mentah .
Tidak ada kata tidak , aku terus menyapa salam dalam whatsapp kepada Talhah .
[27/10 4:00ptg] Adha : Assalammualaikum , ni abang Talhah ya?
[27/10 4:04ptg] Talhah :wasalam alaik , ya , saya Talhah , kamu ni , Khairil Adha yang nak merisik Dya kan?Eh , macam mana dia tahu?
[27/10 4:14ptg] Adha : ya .. saya .. macam mana abang tahu ya?
[21/10 4:15ptg] Talhah : sebelum ni ada la budak ni , dia mintak nombor abang , dia kata ada budak nak minang Dya , abang izinkan dia bagi no abang , tapi abang mintak la nombor kamu.
[27/10 4:16ptg] Adha : kalau taak keberatan boleh tak saya tahu siapa orang nya tu?
[27/10 4:18] Talhah : Farid IbrahimFarid rupanya .. 😐 dia sendiri mintak kat abang Nadya , ah lantak lah.
[27/10 4:20ptg] Talhah : kebetulan , memang abang nak carikan suami untuk Dya , sebab abang kesiankan dia ,Walid kami dah takde , meninggal sebab sakit jantung 6 tahun lepas , Wali memang abang sorang je , abang risau dengan keadaan Dya , dahlah sekarang tengah lost memory , tapi takpe la , buat apa nak cari kalau calonnya dah didepan mata , minggu depan , Rabu petang , jumpa abang kat depan pagar MARSAH , abang jemput kamu , jumpa Umi kami , kenal dengan kami , kami bertiga je termasuk Dya , tapi Dya asrama kan.
[28/10 4:22ptg] Adha : baiklah .Gulp .. jumpa Umi Nadya? Tabahlah hati ...
******
Seminggu kemudian.
Aku tunggu kehadiran Talhah , dekat 15 minit namun masih belum muncul , apakah Talhah tak kenal rupa aku?
Tiba tiba telefon aku berbunyi ,
"Hello ?"
" _Assalammualaikum , Adha , kamu dimana , abang betul betul depan pagar ._"
"Waalaikumsalam , ya ya , saya keluar dari pondok pak guard ni !"
Terlihat kereta Honda Civic Hitam kilat menurunkan cermin kereta , "Kamu Adha ke?"
Aku mengangguk . "Masuk lah"Dalam kereta aku senyap tanpa sebarang kata , naluri rasa bad feeling.
"Kamu dah makan Adha? Kalau belum kita makan sama , abang pun lapar." Soal Talhah memecah kesunyian yabg dari tadi diisi dengan bunyi radio bacaan alquran sahaja.
"Ikut abang , saya tak kisah , saya teman je pun tak apa , saya dah makan."
Talhah membelokkam kereta ke kiri masuk ke simpang perumahan. "Takpe Ha , abang makan di rumah je , Umi dan siap siap kan tu agaknya."
Sesampainya di rumah Nadya , kelihatan seorang wanita tua melambai lambai ke arah kereta Talhah , kami keluar dari perut kereta .
"Assalammualaikum , Along , kamu kemana je ni , kenapa keluar tak bagitahu umi?"Talhah menyambut salam Umi , "maaf umi , along namoak umi solat , jadi along tak sampai hati nak bagitahu. Tapi ni , umi , Adha yang along cakap tempoh hari."
Aku tersenyum dan bertanya khabar umi. "Apa khabar makcik🙂"
"Takpayah makcik makcik lah , kat taman ni , semua panggil Umi , takde makcik makciknya." Ramah Umi .
"Mari masuk Adha , Umi sediakan Keropok keping ni , dari terengganu , Talhah baru je balik terengganu Ahad lepas."
Pelawa umi."Terima kasih Umi."
"Kamu sebenarnya dah berapa lama kenal Dya?"
"Baru je makcik , eh Umi😅. Masa tahun ni jugak la." Aku kekok .
"Talhah ada bagitahu Umi , kamu nak merisik dia?"
Aku menggangguk perlahan. "Iya umi , saya bersungguh."
"Nanti Umi dan Talhah bagi jawapan kat Adha ya. Kena tanya tuan punya badan dulu."
Tengah seronok kunyah keropok , tiba tiba seorang perempuan keluar dari bilik berhampiran dengan ruang tamu. "Umi , sedapnya bau keropok !"
Aku menoleh , Nadya? Nadya terpaku melihat aku dirumah nya. "Enta ni bukan ke , yang ana terlanggar dan tertukar kad tu? Enta Adha kan?"Aku terkejut , umi dan Talhah terbeliak 😳.
"Adik ! Adik Dya dah ingat ke siapa Adha?"
"Dya , Dya kenal Adha ke?"
Umi da Talhah tak henti mengucapkan syukur kerana Nadya sudah sembuh dari penyakitnya.Dan , setelah nyatakan hajat aku kepada keluarga Nadya , aku dan Nadya telah pun diikat tanpa tunang . Tanpa aku sedar , aku diperhatikan seseorang.
_*BERSAMBUNG*_

YOU ARE READING
Dalam Mihrab Cinta (completed)
RomanceKuatnya cinta dua pasangan sampai sanggup mengorbankan nyawa anaknya demi menyelamatkan keluarganya. Dya terpaksa bekorban melepaskan anaknya menghadap ilahi sebelumnya.