Sudah seminggu aku bergelar zauj kepada Nadya , perubahan ketara terlihat dalam diri Nadya , dia bertambah ceria ,dansemakin bersemangat melakukan sesuatu. Aku gunakan Rasulullah SAW sebagai pegangan aku , andai isteri melakukan kerja , Baginda membantu isteri nya , bukan duduk goyang kaki like a boss.
Zulaikha juga menghulurkan bantuan mrmbuat kerja dapur , ini lah keluarga aku , saling bantu membantu.
Dalam kegembiraan bersama gelak tawa di dapur , aku sengaja wujudkan suasana suspen .
"Ikha , aku ada rahsia nak bagitahu ni." Dari gelak ketawa hahahahahahihihihihihuhuhuhu , tiba tiba , krik krik krik pulak , Nadya dan Zulaikha mengalihkan pandangan mereka ke arah aku .
"Esh , takyah la pandang aku macam tu."
"Dah tu , kau kata ada rahsia kan , aku suspen la bang .. cepat ah bagitau." Slumber muka zulaikha menjawab sambil menggilap piring.
"Minggu depan , Faqeh nak meminang kau."
Prang ! Piring yang digilap Zulaikha terjatuh.
"Adui , kaca terkena kaki aku." rungut Zulaikha. Aku jadi panik , memapah Zulaikha ke ruang tamu , lantas aku jutip serpihan kaca yang bertaburan atas lantai . Nadya membuka kabinet dan mencapai kotak First Aid Kit .
"Kau ni , tak hati hati , kalau tangan licin tu , basahkan la!"
Zulaikha menampar perlahan aku. "Mende bang ! Bukan salah tangan aku licin ke tak ! Kau lah yang salah , cakap Faqeh nak minang aku minggu depan."
"Aku cakap mende betul je."
Zulaikha merenung tajam ke arah aku yang sedang membalut luka kaki nya . Dasar budak gedik , manja pulak tu , dengan aku je la.😂
"Kau serius ke bang? umi dah tahu belum?"
"Dah , kau je yang belum tahu."
Nadya menyampuk. "Nampaknya , abang Ikha ni , dah nak ada adik ipar , sebaya pulak tu , hihihi."
Pipi Zulaikha bertukar kemerahan . Malu.
**********
Akhirnya cincin di jari manis Zulaikha tersemat indah di jari. Telah diikat rasmi antara Zulaikha dan Faqeh . Namun aku masih berfikir , apakah Faqeh ikhlas menerima Zulaikha , setelah cintanya ditolak mentah mentah oleh Nadya dulu? Wallahu alam , hati ni bersifat bolak balik , semuanya Allah tentukan. Dan aku , bakal menjadi seorang ayah. Nadya baru je hamil seminggu lebih. Bersyukur rasa hati ini.
Keadaan Nadya kurang stabil kerana dia mengandung dan homesick ,mabuk la katakan , anak sulung. Hehehe.
"Dya , boleh ke nak ke kelas dalam keadaan mengandung mabuk semua ni?"
"Dya tetap kena kekelas macam mana pun , sebab kita kan dah nak habis belajar , ni kan Sem akhir kita."
Aku tak boleh halang , tapi aku bimbangkan kandungan dan kesihatan Nadya.
*******
Dalam kelas , aku tak boleh belajar dengan baik , memikirkan keadaan Nadya yang kini berada di kelas dalam keadaan mabuk. Boleh ke dia belajar , kesiannya.
"Ha , apa kau termenung , takkan baru lepas kan bini sekejap , dah rindu." Tegur Faqeh .
"Taklah Faqeh , Nadya mengandung , aku risau je."
Farid , Busyra menoleh ke arah aku , "mengandung !? Waaaa , tahniah , kau bakal jadi Walid , dah berapa bulan? kenapa tak bagitahu kiteorang?"
"Baru je 2minggu. Erm .. Faqeh , nanti kalau dah sah jadi milik adik aku , kau jangan izinkan dia buat kerja berat berat , adik aku tak boleh oenat sangat , dia lemah jantung. " Faqeh mengusap perlahan bahu aku . "Jangan risau Ha , dia kan bakal jadi zaujah aku , aku kena la jaga dia." Terasa keikhlasan Faqeh menerima Zulaikha , andai bemar apa yang aku rasa , syukur lah.
_*BERSAMBUNG*_

YOU ARE READING
Dalam Mihrab Cinta (completed)
RomanceKuatnya cinta dua pasangan sampai sanggup mengorbankan nyawa anaknya demi menyelamatkan keluarganya. Dya terpaksa bekorban melepaskan anaknya menghadap ilahi sebelumnya.