"Dia telah memungkiri janji pantang larang yang telah disemat dengan Tok Hitam."
Aku tersentak , Faqeh ada buat perjanjian apa ni? "Apa perjanjian yang kau maksud kan?"
Wajah Nadya serta merta berurat dan mengaum persis seekor harimau. "Argh ! Faqrh sepatutnya tidak boleh menikahi perempuan lain sampai bila-bila kerana janji yang terikat . SELAGI TUAN FAQEH TIDAK DAPAT MENIKAHI NADYA , SELAGI ITU DIA TAK BOLEH MENIKAHI PEREMPUAN LAIN ! PERJANJIAN DARAH DENGAN DARAH , JIKALAU FAQEH TAK DAPAT NADYA , SELAGI ITU DIA TAK BOLEH BERKAHWIN ! JIKA TAK NADYA YANG MENDAPAT BALA ! ARGHHHHHHHHH!"
Aku tergamam , ya Allah , apa semua ni , bala? Astgahfirullah . Masih tidak berhenti disini , tiba tiba Fateh menangis kuat dari biasa , aku terus mendapatkan Fateh yang berada di tingkat atas.
Semasa aku menuruni anak tangga , Ustaz Ridzal menegur , "Adha , jangan bawak turun , anak kamu akan jadi tebusan Ghasib , andai Faqeh tak dapat Nadya , nyawa Fateh jadi taruhan." Aku tersentak , nyawa Fateh? Ya Allah!
Nadya yang ditakluki Ghasib menjadi dirinya semula . Setelah aku menjelaskan apa yang Ghasib mahukan, air muka Nadya berubah cuak , kerana sayangkan aku dan Fateh , Nadya sukar membuat keputusan. "Nadya , abang nak tanya ni , pilihan mana Dya akan pilih? Kita cerai atau serahkan anak kita , selagi perjanjian tak dilunaskan , selagi tu dia takkan berhenti kacau kita."
"Dya tak tahu abang , Dya buntu , Dya sayangkan abang , kerana abang Fateh di dunia , tanpa abang , Dya takkan ada Fateh , tapi , seandainya Fateh diserahkan , inshaa Allah , Dya redha." Kasihan Nadya , bertarung demi anak.
Tiba-tiba telefon bimbit aku berdering. Faqeh .
"Hello?"
" _Adha , aku tahu apa yang sedang kau lalui , aku minta maaf , aku lupa janji aku dengan Ghasib , aku mohon kau buat la keputusan dengan tepat , selagi perjanjian aku tak dilunaskan , selagi itu dia datang menuntut janji , kalau tak , Nadya akan mendapat bala. Aku sayang Ikha . Ghasib selalu datang minta aku "makanan" . Jadi janji yang termatri , aku pohon kau buat pilihan dengan tepat , minta petunjuk Allah , sepatutnya , aku yang alami , bukan kau Ha , aku mintak maaf._ "
"Tak apa lah Qeh , doakan aku , dah takdir dan terjadi pun , Allah nak bagi sesuatu yang terbaik lah tu ."
Panggilan tamat .
"Ustaz , sya terpaksa leraikan perjanjian dengan Ghasib ni dengan pertaruhan nyawa Fateh . Saya terima ."
Dan akhirnya , Nadya ditakluki Ghasib . Seraya berkata , "Anak lelaki kau , jadi milik aku, hahahaha!"
Serentak , Fateh dalam gendongan aku , tak bernafas ,dan Nadya , pengsan akibat keletihan.
_*BERSAMBUNG*_
Kesian fatehh
![](https://img.wattpad.com/cover/90568404-288-k520120.jpg)
YOU ARE READING
Dalam Mihrab Cinta (completed)
RomanceKuatnya cinta dua pasangan sampai sanggup mengorbankan nyawa anaknya demi menyelamatkan keluarganya. Dya terpaksa bekorban melepaskan anaknya menghadap ilahi sebelumnya.