Bulan baru , hari baru , semangat baru dan azam baru untuk sem baru ! apa azam aku? Aku berharap pointer aku lebih baik dari pointer sem² sebelum ni.
Buat masa ni , aku nak melupakan Nadya seketika , sebab aku sesar , kehadiran dia , banyak ubah hidup aku jadi lalai , aku taknak jauh dari Allah . Tapi , sebelum exam last sem 5 lalu , Nadya telah meluahkan perasaannya terhadap aku , jujur aku berbunga . Siapa tak suka kan kalau orang yang kita suka ni , suka kita balik , ikutkan hati , aku nak je luahkan benda sama , tapi , didik hati untuk bersabar .
Suatu hari , dalam perjalanan ke kelas , aku bertembung dengan Nadya , dia kelihatan murung , namun masih diusahakan untuk senyum .
Ah! Aku mula gelisah dengan keadaan muka yang macam tu. Aku hilang fokus dalam kelas , tak boleh berhenti fikirkan Nadya , kerana dia , latihan untuk pertandingan sem akhir aku abaikan. Dalm kelas aku langsung tak boleh tumpukan perhatian ! Aghhh !
Saat "mentasmik"kan kawan sekelas pun , aq tak semak alquran , aku abaikan , sebab otak dan hati aku dah penuh dengan segala macam tentang Nadya.
"Adha , kau tengok tak ni tasmik aku? Aku tengok kau termenung je ni." Tegur Hassan rakan sekelas aku .
"Maaf , aku tak berapa sihat ni."
*******
Telefon iPhone 5s aku berdering menandakan panggilan masuk. Nama Nadya Afiqa tertera di skrin telefon. Aku menjawab panggilan .
First time nak OTP dengan dia , haha , berbunga hati. Sebab aku tak pernah lagi dengar suara dia dalam phone."He..hello?"aku gugup , tak biasa la katakan .
" _Adha ! Tolong saya ! aaa !"
Panggilan terputus.
Aku gelisah , aku taktahu asrama dia kat mana , alamak nak contact siapa ni? Aduh... Aisya ! Aisya satu asrama dengan dia kan?Aku menghubungi Aisya ingin bertanyakan tentang Nadya .
"Assalamualaikum Aisya , maaf ana ganggu , Nadya macam mana?"
"Waalaikumsalam Adha? Macam mana Adha tahu asrama kami kena ceroboh masuk? Nadya kena tahan wad sebab kepala terhantuk kat buju meja. Pendarahan banyak."
Aku terkedu . Tergamam dengar butir bicara Aisya .
"Boleh ana tahu hospital mana? Ana nak jenguk. Tadi Nadya call ana mintak tolong , lepas tu terputus.""Nadya kat HSI."
Panggilan tamat. Aku terus menghubungi teksi yang aktif malam itu.
*Di Hospital*
"Maafkan saya nurse ,boleh saya tahu bilik Nadya Afiqa no berapa?"
"Sebentar ya cik , Nadya Afiqa , wad dia no 347 tingkat 3."
Aku terus pecut ke tangga kecemasan takde masa nak tunggu lif.
Sesampai tingkat 3 , kelihatan Aisya dan Haidah sedang menunggu di luar bilik.
"Aisya ! Macam mana !? Nadya ?!" Soal aku panik .
"Nadya okay , cuma nya , tak sedar sejak tadi."
Haidah hairan dengan sikap aku , kenapa aku terlalu ambil berat tentang Nadya. Haidah rakan sebilik Nadya , adik kembar tak seiras kepada Busyra.
Tiba tiba doktor keluar dari bilik. Aku terus meluru kepada doktor , Haidah dan Aisya bingkas bangun .
"Doktor ! Nadya macam mana?"
"Keadaan dia stabil sekarang , cuma .. pendarahan banyak pada bahagian kepala dan terhantuk kuat pada benda tajam atau keras membuatkan dia ....." doktor bernama Hafiz itu diam .
"Dia apa doktor !? Kenapa dengan Nadya!?" Aku menahan diri aku daripada menangis depan Haidah dan Aisya.
"Dia mungkin tak ingat kawan kawan dia lagi. Maafkan saya , saya minta diri dulu."
Lutut aku lemah mendengar berita yang baru disampaikan.
'Dia tak kan ingat kawan kawan dia ,maksudnya? Dia tak ingat aku?" 💔
_*BERSAMBUNG*_

YOU ARE READING
Dalam Mihrab Cinta (completed)
RomanceKuatnya cinta dua pasangan sampai sanggup mengorbankan nyawa anaknya demi menyelamatkan keluarganya. Dya terpaksa bekorban melepaskan anaknya menghadap ilahi sebelumnya.