" Okay , so sekarang I nak uolls turn to page 80 and please gemburkan otak uolls and tanam gambar rajah 3.8 lumat lumat . Okay so sekarang I nak u guys baja dia dengan baca dan hafal . I kasi you 5 minutes lepas ni I tanya okay ! " Tergedik gedik Sir Didi dengan slang english versi perempuan berhalkum .
Satu kelas masscomm kelas F itu pun mula menghafal . Ada juga yang tak ambil kesah . Ah peduli apa , likers instagram berkurang , ini paling merisaukan . Ada juga sedang termenung teringat girlfriend dah makan belum di kelas sebelah . Ada yang sedang bermain telefon bimbit mengira berapa jam untuk tidur dan ada yang betul betul fokus menghafal dan mencatit .
Tuukkk tuuukk tukkk !!! Pintu diketuk deras dari luar .
" Omakkau terguling eh kucing beranak ! " Terkejut Didi . Melatah dia sampai berselerak jatuh kertas yang dipegangnya .
" Eee !! Anak syaitan betul . Siapa yang berani datang lewat kelas I ni . Buat beruban rambut betul lah !! " Sir Didi menghentak meja dengan tangannya perlahan . Iya mestila perlahan . Risau benar kuku yang diasah dan dicat warna biru laut itu patah . Sir Didi melangkah mengoyang goyang punggung kiri dan kanan berjalan mara ke pintu .
Buka sahaja pintu . Tersembul wajah Elena dan Fariq sambil tersengih sengih kerang busuk . Mereka bertolak - tolakkan untuk masuk dahulu . Namun sengih mereka lesap tatkala melihat muka Sir Didi berubah merah seperti udang terbakar .
" Dasar anak syaitan !!!! " Sir Didi menjerit . Riuh satu fakulti lesap tatkala mendengar teriakan Sir Didi yang amat kuat itu . Burung yang terbang berkicau pun berhenti mengibaskan sayap dek terkejut . Semua terpaku . Apa lagi pusat lesu lah wajah Elena dan Fariq . Elena menunduk ke bawah .
Alangkah terkejutnya Elena .... Segera dia mencuit cuit pinggang Fariq . Ah lelaki ni pandang lah bawah . Geram ! Dia mencubit pinggang milik Fariq yang sepapan itu .
" Auch ! Sakit lah ! Apa kau " Fariq mengaduh perlahan . Elena mencebik sambil buat muka , menunjuk nunjuk ke arah kaki Fariq yang memijak kasut mahal kepunyaan Sir Didi .
Tak hairan lah dia menjerit bukan main kuat . Habis terkejut makcik kantin ingat tersalah meniaga di sekolah rendah . Ingatkan bunyi loceng . Dah macam siren kuatnya .
" You two dah lah datang lambat !! Tak mintak maaf and now you pijak kasut I !!!! " sir Didi mengamuk lagi . Sambil muka nya berkerut kerut menahan amarahnya . Gayanya persis si kerbau gagah kartun yang sedang marah apabila melihat kain merah si romeo .
" ma...maaf sir " Fariq berkata perlahan . Perlahan lahan Elena menghulur tangan untuk memohon ampun .
" Eh !! Bukan muhrim !! " Sir Didi menolak .
Kerana situasi itu kelakar buat Fariq , langsung dia tergelak . Mana tidaknya , si pondan yang menyerupai perempuan itu tahu pulak erti halal haram . Aih tak baik betul kita menilai orang dari paras rupa !
Sir Didi berang . Maka tersembul halkum yang cuba disembunyinya . " Kau berambus sekarang !!! " Yaa itu dia ... Siren berbunyi sekali lagi .
Apa lagi , dah itu cue untuk Elena dan Fariq berambus dari situ . Tanpa berlengah , mereka segera cabut berlari deras menuruni anak tangga .
Sir Didi membetulkan rambutnya dan berpaling sambil menutup pintu .
" Okay guys kat mana kita tadi " Sir Didi menguntum senyum seram .
Ah matilah kita harini...Desis hati pelajar pelajar kelas F . Siap kau Fariq...Elena...
YOU ARE READING
Sakitnya Rindu !
RomanceBukan cerita cinta cliche benci bertukar cinta konon konon indahnya alam perkahwinan . Paparkan dunia sebenar bagaimana payahnya si wanita mengejar cinta si pemilik hati . Elena suka benar pada Fariq . Setiap hari , perasaan Elena pada sahabatnya i...