Part 2

79 1 0
                                    

" Ha makcik , nasi lemak dua , tambah ayam goreng dan sambal nak lebih " Tersengih sengih Elena di kaunter cafe dengan lagak boyish dia . Dia memusingkan badan dan berjalan beberapa tapak ke depan , oh lupa ! Air ! " Makcik , kasi milo kaw dua yeyeahh " selamba . Dia menjerit di cafe itu . Dia tak kisah mata memerhati . Lantak lah apa nak dihiraukan janji aku happy . Desis hati Elena .

Selesai mengambil makanan , Elena lantas berjalan pergi ke meja . Ditenung tenung mencari kelibat si sahabat , Fariq . ' Mana pulak laki ni pergi eee mangkuk la mamat ni ' bibir comel milik Elena mengomel sendirian . Ligat anak matanya ke kiri dan ke kanan mencari cari Fariq dan setelah beberapa minit dia bersama misi mencari Fariq itu akhirnya bola matanya tertumpu pada satu susuk tubuh yang kurus di penjuru pondok . ' la situ mana ada kipas ' Ngomel Elena lagi .

Dia pun berjalan laju laju menuju ke arah Fariq . " Woi putera raja ! Nah makanan kau . Bibik kau dah bawak semua " Dia menampar badan Fariq dari belakang dan meletakkan bungkusan makanan dan air yang dibelinya sebentar tadi di hadapan Fariq . " Engkau termenung apa ni Fariq , jauh betul aku nampak kau lari sampai kat awan nuh ha " Elena mencebik mulutnya menunjuk nunjuk ke arah awan . Comel . Ya , Elena memang comel . Fariq jeling . Diam . Tak ada sebutir pun huruf yanh Fariq keluarkan walaupun ' Ah ' Elena hairan . Kenapa pula dengan Fariq ni . Maka dia pun membuka kan bungkusan nasi lemak untuk Fariq . " Fariq , kau kenapa ni ? Kau lapar kan ? Nah makanlah . Hmm..aku..aaakkuuu....minta maaf lah kalau aku ada buat salah..aku...tak sengaja bangun lambat tadi... " Elena memujuk sambil menunduk . Takut ! Risau Fariq marah akannya .

Oh mesti anda tertanya tanya diorang kawan tapi kenapa pula Fariq kena tunggu Elena ke kelas ? Tak tinggal dekat kolej kah ? Fariq bukan golongan berada . Cgpa pula tak cukup tinggi untuk melayakkan dia duduk di dalam kolej . Maka dengan itu , dia terpaksa mencari rumah di luar , tapi manalah mampu seorang siswazah menyewa rumah sendirian . Elena gadis kaya yang selamba . Tapi dia tak suka hidup dalam dunia itu . Dia lebih gemar hidup sederhana . Jadi Elena mengambil keputusan untuk tinggal bersama makciknya memandangkan rumah makciknya dekat benar dengan kolej mereka . Disebabkan Fariq sahabatnya dan Fariq tak cukup wang untuk menyewa , Elena mengajak Fariq tumpang di rumah makciknya juga . Oh ya ! Nak dijadikan cerita , kelas pukul 8 , biasanya mereka akan ke kuliah menaiki kereta tetapi hari ini kereta Elena rosak . Jadi terpaksa lah dua umat Allah itu menaiki bas . Sampai pula depan kampus terpaksa pula berjalan agar sampai ke fakulti .

Fariq menghentikan lamunannya dan menggerakkan bola matanya ke arah Elena . Dia ketawa melihat Elena mencebik cebik memohon maaf . " Kau ni... " dia meluku kepala Elena . " comel juga ya ?! Nasib lah kau kawan aku kalau tak dah lama aku mengorat kau " sambung Fariq dengan suara yang meruntun jiwa Elena . Elena malu . Tak pernah dia rasakan perasaan yang begini .

Langsung dia tersedar . " Ish kau ni !! Dah makan nasi tu !! " Elena marah . Bukan marah tapi malu . Terpaksalah marah bagi menutup malunya . Sedang mereka asyik melahap , datang satu suara mendekati mereka .

" Fariq , you dekat sini ke ? Puas I cari you tau . Terkejut I dengar classmate you bagitahu kata you kena halau dengan Sir Didi " menggedik gedik satu susuk ini mengusap ngusap bahu Fariq , lembut . Ish datang dah perempuan ni . Tak boleh biar aku hidup aman betul ! Desis hati Elena . Elena menyuap nasi dengan laju . " Aduhhhhhh !!!! " Elena menjerit tatkala dia tergigit lidahnya dek kerana cemburunya .

Fariq menghiraukan Elena yang mengguling guling di sebelahnya . Ah biarlah sikit je nanti baik la tu . " Haa , I kena halau . Kenapa you cari I " Balas Fariq pada primadona masscomm itu , Balqis . Ee nama orang kampung ! Elena mendesis lagi . Cemburu . Dia sakit pun tidak diendah .

Dia membungkus baki baki nasi lemak yang dimakannya . " Fariq , aku cau dulu lah . Geli lah " Elena beransur tanpa memandang Fariq . Elena menyarung kasut di kakinya dan mencampakkan bungkusan yang dipegangnya kedalam tong sampah . Elena berlari . Fariq bingung . ' Dah kenapa perempuan ni ? ' detik hati Fariq .

" Youuuuuu !!! " Balqis menggedik lagi dengan memanjakan dan memaniskan suaranya sehingga boleh kalah creamer dan gula . Fariq apalagi , layannnnnn !!

Habis sesi belaian kasih sepasang kekasih itu tadi , Fariq langsung ke kelas selepas gagal mencari Elena . Kelas miss Shafe bermula . Suasana kelas amat produktif dek takutkan si singa betina . Tapi ada sesuatu yang merisaukan hati Fariq . Elena . Elena tak ada .!

Sakitnya Rindu !Where stories live. Discover now