02

555 135 51
                                    

"Haaiihhhh!" Hyera mengeluh kuat. Dia menghimbau himbau beg yang ada di tangannya. Jalan yang sedikit lenggang menjadi pilihannya untuk menuju ke rumah. Hyera meraup mukanya.

Habislah kau Hyera. Populariti kau bakal menjumpai jalan mati.

Pintu rumah direnung lama. Terasa malas mahu buka dan melangkah masuk. Bukannya ada orang pun.

Bosan duduk seorang.

Sekali lagi keluhan berat dilepaskan. Tombol pintu dipulas dan Hyera melangkah masuk. Suis lampu dibuka dan sekelip mata ruang tamu apartmentnya diterangi.

Sunyi.

'Semalam, aku ada segalanya. Tapi sekarang...aku hilang segalanya.'

Sedih betul hidup kau Hyera.

Ada kawan pun, tak guna.

~

Hyera berbaring di atas katil. Merenung siling putih di atasnya. Tangannya diletakkan di bawah kepala.

'Nak bukak ke taknak?'

Hatinya bercelaru. Sesekali dia mengerling laptopnya yang tidak terusik sejak pagi tadi. Tertutup.

Hyera bangun terduduk di atas katilnya. Masih merenung laptop hitam kesayangannya. Dia bangun lalu menarik kerusi dan duduk.

Sekali lagi dia terhenti. Entah masih bersedia atau tak untuk menerima kritikan.

"Fuh!" Dia menghela nafas lalu menghidupkan laptopnya. Wattpad dibuka dan...

Klink!

Klink!

Klink!

Klink!

Klink!

Berpuluh malah beratus mesej diterimanya. Bunyi 'klink' tidak henti henti didengarinya.

Hyera mengeluh. Mengabaikan setiap mesej lalu membuka ceritanya. Part yang baru diterbitkannya pagi tadi ditekan.

Viewers ; 130k

Vote ; 60k

Comment ; 114k

Hyera sedikit terpempan.

SERIOUSLY?! Mesti komen penuh pasal typo aku tu.

Klik!

Ruang komen dibuka.

'Lipas?!'

'Euww! Pehal nak cium lipas pulak?!'

'Mrs perfect typo la!! HAHAHAHHA!'

'Author mohon meninggal.'

'Lipas...author ni buang tabiat ke?'

'Bukan buang tabiat, memang dah nazak dah ni.'

'Rasanya author ni craving attention kot? Yelah, dah famous so sesaja bagi typo then lagi fampus. Ops, maaf typo. Famous. HAHAHHAHA.'

'HAHAHAHAHAH.'

'Euw ideal type author lipas, Hhahahaha.'

'Pernah baca cerita putera lipas tak? Halamak author. Ni cerita vampire. Tetiba sesat cerita lipas ni apahal?'

'Author nak ubah taste ke apa? Dari vampire handsome tu nak tukar jadi lipas?'

'AUTHOR LIPAS HAHAHHAHAHA.'

Hyera menjeling.

"Haih." Dia mengeluh. Tangannya ligat mengawal tetikusnya.

Tap! Tap! Tap!

[OG] TYPO | JJKWhere stories live. Discover now