Hyera termenung sendiri di balkoni rumahnya. Memikirkan masalahnya.Eh, sepatutnya, masalah ni tak adalah besar mana. Tapi kenapa semua orang take serious?
Typo je kot.
Diorang racist.
Haah, racist. Diorang semua jealous dengan kejayaan kau.
Then diorang cari cara nak jatuhkan kau. Kan hati, kan?
Haah. Lepas kau dah jatuh, diorang bermaharajalela. Diorang tu semuanya akal takda.
Semuanya di lutut. Kau sabar je Hyera.
Kau kan ada kami.
Eh?
Apabila hati dan otak berkata kata. Memanglah aku ada korang. Kalau tak ada korang, dah lama aku mati.
Sebab tu kami suruh appreciate.
Abaikan manusia lain. Kau tak ada diorang pun hidup sihat walafiat.
Haih.
Hyera bangun lalu melemparkan tubuhnya ke atas katil. Dia berbaring memandang siling. Bosannya hidup ni.
Yang tengah baca pun mesti bosan kan? Tak habis habis katil. Tak habis habis siling. Kan?
"Eh, kejap!" Hyera bingkas bangun. "Nama dia siapa, eh? Kalau dari suara dia, aku pasti dia lelaki. Kalau fikir logik, maskot mana ada yang perempuan, kan?"
Eh, mana kau tau?
Tah. Kau tak baca MMC? Misi Memikat Crush? Watak utama dia tu. Kim Youngbin.
Heroin gila gila tu?
Haah. Dia pernah kerja kat syarikat Taehyung, kan? Jadi maskot. Lepas tu heboh.
Haa! Aku ingat! Tah Hyera ni, kau kena fikir, kerja lelaki sekarang ramai perempuan yang buat.
Boooo! Hyera boooo!
...
Aku cakap sikit je kot. Kecam tu macam aku dah bunuh orang.
Hyera kembali berbaring. Siapa dia eh?
~
Hyera berlegar legar di kawasan taman permainan semalam. Memerhati gelagat maskot 'pemberi semangat' itu.
Siapa yang ada di sebalik maskot tu, ya?
"Noona tantik!" Hyera tersentak. Dia menoleh ke belakang pantas. Kelihatan seorang budak lelaki yang lengkap berpakaian seragam sekolah tadika berlari anak mendekatinya.
"Eh, Junghyun!" Hyera melutut membuatkan dia berada setaraf pada ketinggian anak kecil itu.
"Apa Junghyun buat kat sini?" Hyera mengusap lembut rambut Junghyun.
"Abang Tunghyun turuh tunggu tini tetiap hari tepas Tunghyun balik tekolah." Junghyun berkata pelat sambil tersengih.
"Betul?" Junghyun membalas pertanyaan Hyera dengan anggukan laju.
"Jom, kita duduk sana." Hyera dan Junghyun berpimpin tangan melangkah ke arah sebuah bangku putih berhampiran sekumpulan budak budak kecil yang sedang asyik melihat telatah maskot beruang itu.
"Noona, tenapa noona ada kat tini?"
YOU ARE READING
[OG] TYPO | JJK
FanficTypo. Apa salah typo? Kau tahu tak typo ni perfectionist? -------------------------- Tapi tidak kepada dia. Seorang gadis yang dikenali ramai di laman sosial. Mendapat berjuta pengikut. Diiktiraf sebagai penulis terbaik atas talian, wattpad. Hasil k...