KRINGGGG!!
Tangan Nana segera mematikan jam lonceng yang nyaring di sisi katil. Dengan matanya yang masih terpejam, dia mencapai penyepit rambut di sebelahnya. "Huaaaa.." tangan kanannya mengosok-gosok matanya yang masuk lesu. Lalu dia bingkas bangun dan bersiap untuk pergi ke pejabat seperti biasa._______________________________________________________________________________
Kris tersedar dari tidur apabila mendengar suara noona-nya memanggil di dapur yang tidak jauh dari biliknya.
"Kris! Jadi ke kau pergi temu duga tu?"
Segera Kris mencapai telefon bimbitnya untuk melihat waktu sekarang. "pukul 7.30 dah? Aduh, baju tak iron lagi ni." Ngomelnya seorang diri sambil tangannya mencapai tuala di hujung katil.
________________________________________________________________________________
Nana berjalan menuju ke ruang makan untuk menikmati sarapannya. Di atas meja terhidang telur separuh masak, roti bakar, sosej bakar dan sedikit potongan buah-buahan.
Untuk air pula terhidang kopi dan teh panas juga bersama susu segar.
"Morning." Ucapan pagi yang ringkas dari omma-nya Eunjoo.
Nana mencapai kerusi lalu duduk di hadapan Eunjoo sambil melihat semua makanan yang terhidang di atas meja. "Omma, hari ni saya balik lambat sikit tau." Kata Nana sambil menyuap sekeping roti bakar bersama telur di dalam mulutnya. "Balik lambat? Kenapa?" Tanya Eunjoo juga sambil menyuapkan roti di mulutnya. "Hari ni syarikat ada buat temu duga untuk setiausaha pengarah." Ringkas Nana.
Lalu kedua mata mereka tertumpu kepada seseorang yang baru sahaja muncul di ruang makan. Minsuk jalan menuju ke kerusi di tengah meja makan sambil tersenyum melihat anak dan isterinya.
"Wah appa, orang dah nak habis sarapan dia baru nak turun? Macam mana nak jadi CEO ni." Gurau Nana sambil ketawa kecil. Minsuk juga ketawa dengan gurauan Nana itu. "Dah dah. Cepat makan, nanti lambat pulak nak pergi office." Potong Eunjoo sambil memberikan kopi dan dua potong roti bakar kepada Minsuk.
________________________________________________________________________________
Selesai bersiap dengan berpakai kemeja hitam dan tali leher merah terang, Kris sudah sedia untuk pergi temu duga untuk mencari kerja.
"Kris sini makan dulu. Kau nak pergi temu duga kene ada banyak tenaga, ni noona ada buatkan sup kimchi dengan jeruk timun. Makan banyak-banyak." Kata Yina kepada adiknya.
Kris tanpa banyak persoalan terus menyeduk nasi dan menyuap dengan perlahan. Dia tahu Yina memang inginkan Kris dapat kerja ini selepas beberapa bulan Kris menganggur.
"Kau balik pukul berapa hari ni?" Tanya Yina yang juga sedang menjamu selera bersama. "Habis temu duga aku balik." Jawab Kris.
Kris memang di lahirkan dengan tidak banyak cakap. Dia memang seorang yang pendiam walaupun dengan keluarga sendiri.
Mata Kris menjeling jam di dinding sudah tepat pukul 8.30 ‒ dia bingkas bangun dan berlari ke perhentian bas.
Dia duduk dalam bas sambil melihat suasana di luar. Semua orang sedang sibuk untuk pergi ke kerja sedangkan dia baru sahaja mahu pergi ke temu duga. Kris tidak terlalu berharap untuk dapat kerja di tempat itu kerana dia tahu dia tidak ada kelulusan yang tinggi untuk menempatkan dia di pejabat, tetapi Yina begitu teruja untuk Kris pergi mencuba nasib.
________________________________________________________________________________Nana sudah tiba di syarikat dan terus berjalan ke biliknya. Sejak dia ditugaskan sebagai pengarah syarikat, tidak banyak masanya di laburkan untuk perkara lain selain di pejabat.
YOU ARE READING
Last Memory
FanfictionSeorang wanita yang mempunyai segalanya dan juga hati yang baik akhirnya berjumpa dengan lelaki yang selama ini dia cari. Percintaan mereka yang mempunyai liku-liku yang sukar akhirnya membawa kepada kehilangan yang besar. Adakah wanita itu taba...