Bab 2

8 1 0
                                    

 Harinya sudah tiba. Setelah diberitahu mejanya, Kris duduk dan melihat sekeliling.

"Haaaa, sini lah tempat aku kerja sekarang. Tak sangka aku boleh kerja pakai kemeja dan kot hari-hari. Handsome aku harini." Kata Kris dalam hati sambil menegak-negakkan kotnya. Tidak lama kemudian Nana muncul dengan seorang lelaki di sebelahnya.

"Hi Kris." Tegur Nana mengejutkan Kris dari lamunan.
"Selamat pagi Cik Nana!" Kris menundukkan kepalanya. Matanya pula beralih kepada lelaki di sebelah Nana, muka mereka seakan sama tetapi ada juga sedikit berlainan.

"Ini Encik Minsuk, CEO syarikat ni kalau awak tak tahu." Jelas Nana apabila melihat mata Kris tidak lenggang dari orang di sebelahnya. "Ooh, ini ke setiusaha kamu sekarang? Hmmm, handsome. Kerja baik-baik ye." Pesan Minsuk kepada Kris setelah memberi pujian kecil. Walaupun kecil, tapi bagi Kris ia sangat bermakna. Kris hanya senyum dan menunduk hormat sehingga mereka berdua masuk ke dalam pejabat Nana.

Tidak lama kemudian Nana keluar semula memanggil Kris. "Awak pandai buat air tak? Buat kan saya kopi dan susu panas ye. Terima kasih." Nana masuk semula ke dalam pejabatnya sebelum Kris sempat berkata apa-apa.

Kris menggaru kepalanya yang tidak gatal. Buat air? Jarinya mula ligat menaip di 'google' cara membuat air kopi dan susu panas. Seumur hidupnya, Kris tidak pernah masuk ke dapur atau buat apa-apa yang berkaitan dengan makanan dan minuman.

Akhirnya setelah selesai membuat satu cawan kopi dan satu cawan susu, Kris menghantar ke pejabat dengan harapan akan mendapat pujian sekali lagi.

Tuk...tuk...tuk
"Masuk." Mendengar pada suara itu, Kris terus menolak tombol pintu. Kelihatan seperti Nana dan Encik Minsuk sedang adakan satu perbincangan.

"Terima kasih Kris. Awak letakkan kat atas meja sana." Kata Nana tanpa melihat dan tangannya cuma menunjukkan meja yang di maksudkan. Sibuk sungguh.

Kris keluar selepas melakukan tugasnya. Jam sudah menunjukkan pukul 11 pagi. "Aku nak buat apa ni?" tanyanya seorang diri. Nana tidak memanggilnya untuk melakukan apa-apa tugasan, malah Nana kerap keluar masuk dari pejabatnya. Dari mata Kris, Nana memang seorang wanita yang kuat bekerja.

Akhirnya sudah tiba waktu rehat untuk semua pekerja. Kris masih duduk di tempat duduknya bagaikan terpaku di punggung. Tidak lama kemudian Nana keluar dari pejabatnya. Cara dia mengibas rambutnya dan menutup pintu dilihat seakan gerakan perlahan di mata Kris. Nana berjalan menuju ke mejanya.

"Jom Kris makan dengan saya." Ajak Nana dengan senyuman yang mungkin semua orang akan terpikat. "Cik nak makan dengan saya?" soal Kris bagai tidak percaya dan sedikit bangga kerana dia dapat makan bersama Nana bersendirian. "Actually saya nak terangkan selok-belok pasal syarikat ni. Saya tahu mesti awak bosan kan tadi? Hahahaha, sorry lah. Tiba-tiba pula appa saya bagi projek last minute." Riak muka Kris berubah. "Oh, ingat nak makan ngan aku sebab..... hm xpe ah." Ngomel Kris berseorangan dalam hati. "Oh yeke Cik? Mesti banyak kerja nak siapkan kan?" soal Kris. Nana hanya tersenyum dan mengangguk perlahan menandakan ya.

________________________________________________________________________________

Setelah segalanya selesai. Kris sudah pun faham tentang syarikat dan dia sudah lebih faham tentang kerjanya sebagai setiusaha.

"Okay rasanya sekarang awak dah boleh balik." Arah Nana apabila melihat jam di tangannya. Kris juga melihat jam di tangannya, baru pukul 4.30? "Tapi Cik, sekarang baru 4.30." Nana ketawa kecil, "saya tak cakap awak boleh balik degan tangan kosong. Malam ni saya nak awak berehat dan kumpul tenaga untuk esok." Kris terkejut mendengar apa yang di percakapkan oleh Nana. "berehat?" Tanya Kris sepatah. Nana mengangguk, "itu arahan. Nanti saya call Jia supaya jangan kacau awak malam ni. Sebab esok awak kene guna banyakkkk tenaga. Okay jumpa esok!" Nana berlalu pergi meninggalkan Kris seorangan. Kris masih tidak faham, apa sebenarnya akan dia buat esok?

________________________________________________________________________________

Malam itu Kris cuba untuk pergi ke rumah Jia. Bosan juga kalau tak jumpa Jia satu hari.

"Oi!" terjah Kris
"Wei. Nana ada cakap dengan aku jangan kacau kau malam ni. Asal? Kau dah tak boleh nak di kacau dah ke sekarang?" usik Jia sambil memukul bahu Kris dengan kuat. Kris pulah mengosok dengan perlahan bahunya yang sakit itu.

"Ouch! Sakit lah! Aku bosan, alah kalau kau tak bagi tahu dia aku keluar dengan kau dia pon takkan tahu." Rungut Kris yang masih lagi menggosok bahunya.

"Yelah..." jawab Jia sepatah.

Suasana menjadi sunyi seketika. Mereka saling melayan perasan dan fikiran masing-masing. Tiba-tiba ada satu soalan yang Kris utarakan kepada Jia. "Nana tu orangnya macam mana?" Tanya Kris sambil mengambil batu-batu kecil di jalanan dan balingkannya.

"Nana? Kau tengok dia macam mana?" Jia menanyakan kembali soalan itu kepada Kris. Jia sudah lama berkawan dengan Nana, sejak dari sekolah menengah. Kehidupan Nana di mata Jia boleh dikatakan 100% sempurna. Dulu mereka tinggal di taman perumahan yang berdekatan, tetapi sejak ibubapa Jia mengalami kerugian yang besar dalam perniagaan ‒ mereka terpaksa menutup perniagaan tersebut dan kerja sekadar makan gaji sahaja. Tetapi Nana tidak pandang Jia sekadar darjat sahaja, Nana pandang hati dan itulah yang menyebabkan Jia sayang sangat kepada Nana sebagai kawan baiknya.

"Emmm, aku rasa Nana tu orangnya baik. Serious apabila buat kerja dan cantik." Ulas Kris tentang Nana. Jia hanya tersenyum. "Yepp. Nana memangggg baik. Kau rasa ada ke pengarah syarikat besar nak duduk makan kat warung tepi jalan macam hari tu? TAK ADA!" sambung Jia kepada Kris. Kris juga mengangguk kecil dan senyum dengan apa yang Jia katakan itu.

"Kenapa? Kau suka kat dia eh?" usik Jia.
"Eh.. mana ada! Dia tu tinggi ni, aku kecik ni. Mana sesuai." Kris menerangkan sambil meninggikan dan merendahkan tangannya. Jia hanya tergelak mendengar apa yang Kris katakan.

________________________________________________________________________________

Pagi itu Kris pergi ke pejabat dengan semangat dan tanda tanya yang penuh di fikiran. Sudah pukul 8.45 pagi, batang hidung Nana pun dia tak nampak. Nana terlambat ke hari ni?

Dia terus menunggu di mejanya. Tapi jam sudah pukul 10 pagi. Dimana? Tidak lama kemudian ada satu panggilan datang dari nombor tidak di kenali. Kris terus menekan butang hijau.

"Hello?"
"Kris. Datang ke tingkat 5 dan bawak 10 kotak, bawak dengan troli sekali yaa. . . . . ." talian di matikan tanpa sempat Kris tanya siapa. Tingkat 5 dan 10 kotak, itu apa yang dikatakan.

Tanpa melengah lagi, Kris mengambil troli dari stor pejabat dan mengambil 10 kotak. Dia berjalan menuju ke lif dan menekan butang 5. Dalam fikirannya ada kemungkinan itu adalah nana kerana suara dalam telefon tadi sangat serupa dengan suara Nana.

Akhirnya sudah sampai di tingkat 5. Kris berdiri di hadapan lif tanpa tahu di mana dia mahu membawa kotak-kotak itu selepas ini. Pemanggil dalam telefon cuma memberitahunya di tingkat 5 dan tak bagi tahu di mana patut dia pergi selepas itu. Kris mendengus perlahan sambil mengeluarkan talifon bimbit di poket untuk mendail nombor yang menelefonnya tadi.

"Kris!" suara seorang lelaki memanggilnya di belakang. Kris menoleh, dia tidak kenal lelaki ini. Lalu Kris berjalan menuju ke tempat di mana lelaki itu tunjukkan. Oh! Ada Nana di situ dan beberapa pekerja lain.

"Letak kotak-kotak tu kat sini, lepas tu pergi dekat belakang bilik ni amik 60 set yang sama macam kertas ni." Lelaki itu menunjukkan kertas di tangannya. Kris terkedu dan teruskan melakukan kerjanya seperti yang di suruh.

Kris menolak semua kertas-kertas itu dengan menggunakan troli. Beratnya bukan kepalang. Kris menggunakan semua kuasa lelakinya untuk menolak dan meletakkan di bilik di mana mereka semua berkumpul. Apa benda sebenarnya semua ni? Otaknya mula mengeluarkan tanda tanya.

Sesudah siap semuanya, lelaki yang memberikan arahan kepada Kris tadi menghampiri Kris dengan satu fail di tangan. Kris sudah bersedia untuk menerima apa-apa tugasan yang di beri.

"Nampak tak semua fail yang Cik Nana dengan yang lain asing kan tu?" tanya lelaki itu sambil jarinya menunjukkan ke arah yang di cakapkan. Kris mengangguk.

"Semua fail tu mesti diletakkan dalam semua kotak-kotak yang awak bawak tadi. Lepas siap semua, awak angkat bawak pergi ke tingkat satu. Dekat situ ada lori tengah tunggu untuk pengumpulan semua fail-fail ni." Hati Kris lega, kerana dengar seperti ini adalah tugas yang mudah. Kris terus memulakan kerjanya seperti yang di suruh. Dia lihat Nana sangat sebuk melakukan kerjanya. Ini ke kerja sebagai pengarah? Kenapa dia buat semua kerja ni?

Hari sudah pun larut petang. Kerja masih banyak yang perlu di siapkan. Tulang belakang Kris terasa seperti mahu tercabut bagaikan skru yang tercabut dari penghubungnya. Satu badan penuh dengan peluh tetapi Kris tidak boleh berhenti kerana kerja akan jadi semakin banyak.

9.23 malam. Kerja mereka semuanya sudah siap. Kris lega kerana akhirnya ia sudah tamat.

"Okay semua, akhirnya kerja kita da siap. Terima kasih kepada yang membantu." Ucap Nana setelah semuanya sudah selesai. Semua pekerja menepuk tangan sebagai tanda tahniah kepada diri sendiri. "Malam ni saya belanja awak semua makan malam sebagai tanda terima kasih sebab bantu." Sambung Nana lagi. Semua pekerja menunjukkan reaksi yang sangat gembira termasuk Kris.

________________________________________________________________________________

Semua menjamu selera dan pulang ke rumah selepas habis makan. Tinggal Nana dan Kris juga beberapa orang pekerja lain. Kris hanya berdiam dan menikmati makanan yang terhidang. Nana mengambil keputusan untuk menegur Kris memandangkan satu hari ini dia langsung tidak bertegur dengan Kris.

"Sedap?" pergerakkan Kris tiba-tiba terhenti tetapi mulutnya masih lagi mengunyah. Dia cuma mengangguk dan senyum dengan janggalnya. "Esok hari sabtu, awak ada buat rancangan apa-apa?" tanya Nana. Kris berfikir agak lama dan menjawab, "tak. Saya duduk rumah je esok. Kenapa Cik? Saya kene datang kerja ke?"

Nana tergelak kecil dengan tanggapan Kris. "Tak ada lah.. Awak nak tak keluar makan tengahari dengan saya?" ajak Nana yang masih tersenyum lebar.

"Makan tengahari? Boleh je."
"Nanti saya amik awak pukul 12 okay?"
"Okay Cik." Kris mengangguk.
"Eh, sekarang dah habis waktu bekerja. Jangan panggil saya Cik lagi. Janggal lah." Kata Nana sambil memukul perlahan tapak tangan Kris.

Last MemoryWhere stories live. Discover now