Nana menyambut kedatangan Kris dengan senyuman yang lebar sekali. Pagi tadi, Nana sudah menelefonya memaklumkan bahawa dia akan datang awal sedikit kerana keluarganya ada rancangan lain nanti.
"Sorry, terpaksa cepatkan waktu." Kesal Nana. Kris tersenyum melihat muka Nana pada hari itu. Tidak seperti selalu, kali ini Nana mengenakan satu t-shirt biru, seluar jeans dan mengikat rambutnya. Tidak seperti selalu yang dia nampak.
"Tak apa, saya tak kesah pun Cik Nana... Eh! Nana. Hehehe," Kris menggaru belakang kepalanya sambil tersenyum lebar.
Mereka pergi makan di satu restoran yang tidak begitu mewah. Biasa-biasa sahaja. Nana mengambil order. "Kris, awak nak tahu? Tempat ni makanan dia memang terbaik. Tapi selalu lah ramai orang kalau hari bekerja." Terang Nana dengan teruja. "Yeke? Wahh, terasa special pulak sebab awak bawak saya pergi sini." Usik Kris cuba untuk jadi lebih peramah.
Nana ketawa. "mestilah, awaklah pekerja saya yang paling terbaik!" ibu jari Nana di naikkan.
Mereka berbual dengan rancaknya sehingga ke akhirnya. Sekarang sudah pun tiba waktunya untuk balik. Di dalam kereta banyak yang Kris tanya tentang Nana dan Nana juga banyak menceritakan tentang dirinya kepada Kris. Mereka sudah menjadi rapat.
"Oh ya. Urusan family apa yang awak maksudkan tu tadi?" Kris tanya semula kepada Nana tentang urusan yang di maksudkan Nana pada pagi tadi. "Ooh, ukur baju pengantin." Mata Kris membesar bagaikan mahu terkeluar. Baju pengantin? "awak dah nak kahwin ke?" soalan bodoh Kris. "aah, lagi 2 bulan. Tapi saya tak buat dekat sini."
Oh ye lah, dia ni cantik lepastu berjaya pulak tu. Tak hairan lah kalau tak ada lelaki suka dekat Nana ni. Hati Kris berkata-kata.
"Tahniah Nana. Lepas ni awak dah nak jadi isteri orang dah, tak dapat lah saya nak keluar makan dengan awak lagi." Kris memberi ayat sedikit pasrah kepada Nana. Nana hanya tersenyum sedikit hambar.
Setibanya di rumah Kris, Kris keluar dari perut kereta. "Bye, hati-hati drive." Ucap Kris sebelum menutup pintu kereta. Nana melambai Kris dan di sambut oleh Kris dengan lambaian juga.
________________________________________________________________________________
Eunjoo sudahpun tiba di butik yang akan membuat baju pengantin anaknya itu. Juga Siwon dan omma-nya sedang menunggu kedatangan Nana.
Park Mi iaitu pereka baju pengantin juga sedang menunggu kedatangan Nana. Sueim iaitu omma Siwon kecohnya bukan main lagi. Siap bagi warning dekat Park Mi agar buat baju yang paling cantik untuk anak dan menantunya itu. Sueim mahu biarlah majlis yang bakal dilangsungkan 2 bulan lagi itu akan dikenang oleh semua orang yang hadir dari orang-orang yang ternama.
Akhirnya Nana sudah sampai ke butik tersebut. Park Mi senyum dengan senyuman meleret apabila melihat Nana.
"Wah... ini rupanya menantu Sueim. Cantik! Meletup!" puji Park Mi sambil kipas tangan dikibas berulang-kali. Terpegun dia melihat raut wajah cantik tanpa solekan tebal itu. Rasa tak sabar pula dia hendak 'menconteng' wajah itu nanti.
Eunjoo dan Nana sekadar tersenyum nipis. Manakala Siwon sudah lebar senyumannya mendengar pujian Park Mi itu.
"Eunjoo, kenapa kau tak pernah tunjuk anak kau dekat aku?" tanya Park Mi kepada Eunjoo yang lagi tadi hanya melihat mereka. "Nana ni kalau aku ajak jumpa kawan-kawan aku, dia mana nak ikut. Sibuk kerja." Jelas Eunjoo sambil memegang tangan Nana di sebelahnya.
"Hah... aku ada buat design baju yang paling cantik buat korang berdua. Biar semua yang hadir tu jatuh bijik mata tengok. Korang berdua ni memang pasangan yang paling sepadan sekali. Selalu tu.... Customer aku memang tak padan langsung dengan pasangannya. Kalau yang perempuan cantik bagai dewi musim luruh, si lelaki pulak mesti tua macam musim hujan. Tapi korang berdua ni... huh, memang padan!" bebel Park Mi sambil membelek buku-buku rekaannya itu.
Nana hanya berdiam diri dan menadah telinga dengan apa yang Park Mi katakan. Sebenarnya perkahwinan ini bukanlah permintaan Nana sendiri dan bukan kehendaknya. Nana langsung tidak ada perasaan terhadap Siwon dan lain pula bagi Siwon, dia dah lama memendam perasaan terhadap Nana tetapi cuma Nana sahaja yang tidak merasakan perasaan yang sama.
"Mi, aku rasa Nana lebih sesuai pakai gaun warna putih yang ni. Lebih sesuai dengan badannya yang tinggi." Cadang Sueim. Eunjoo mengangguk tanda setuju. Begitu juga dengan Siwon.
Sedar atau tidak sedar waktu sudah pun jejak malam. Mereka pergi makan malam di satu restoran mewah. Sebelum itu Siwon mengajak Nana untuk berborak di tepi tingkap. "Hi Nana." Sapa Siwon dengan senyuman yang sedikit nakal. "Kau nak cakap apa?" Nana mendengus.
"Im Jin Ah aku yang dulu tak pernah berubah. Ni lah yang buatkan aku lagi sayang kat kau tau." Siwon cuba untuk memegang dagu Nana tetapi ditepis oleh Nana. "Berapa kali aku nak cakap? Aku tak pernah jadi kau punya. Tolong lah jangan guna perkataan sayang tu, aku benci." Nana mendengus lalu beredar dari situ.
Makan malam itu berjalan dengan lancar tetapi hati Nana masih memberontak mahu pulang ke rumah dengan segera seperti kanak-kanak yang bosan.
YOU ARE READING
Last Memory
FanfictionSeorang wanita yang mempunyai segalanya dan juga hati yang baik akhirnya berjumpa dengan lelaki yang selama ini dia cari. Percintaan mereka yang mempunyai liku-liku yang sukar akhirnya membawa kepada kehilangan yang besar. Adakah wanita itu taba...