1

58 2 0
                                    

Hisyam melangkah segak ke dalam perut lif sebuah hotel mewah di ibu kota. Wayfarernya disarung kemas lebih menampakkan kesegakkannya. Kepalanya masih berat berikutan migrain. Boleh jadi cuaca panas sejak seminggu lalu menjadi punca. Tekanan darahnya agak tinggi dari kebiasaan memaksanya untuk berehat. Namun, hari cutinya terganggu apabila terbaca conservation Whatsapp groupnya tentang penemuan mayat di hotel berkenaan. Sebagai pegawai penyiasat kriminal yang paling senior, malas tak malas, dia terpaksa bangkit dari pembaringan, beri makan kepada Aisyah sebelum mandi dan memulakan tugasan. Dia takkan sesekali membebani Mimi, pegawai yang baru masuk kerja 2 minggu untuk mengemudi kes.

Tingkat 13A dicapai. Secara literalnya, ia merupakan tingkat 14. Tetapi atas kepercayaan ke atas nombor 4 yang membawa maksud malang, maka ia diganti dengan 13A. Tetapi hari ini, ia tetap sesuatu yang malang. Mungkin tingkat 13A akan ditukar namanya kerana sudah dianggap tak relevan.

'Afternoon bro. Eh, bukan ke kau cuti? Kenapa datang?' sapa hormat Mimi kepada seniornya itu.

'Afternoon Mimi. So, siapa harini jonah kacau hari cuti aku?' Tanya Hisyam. Istilah jonah merupakan bahasa pasar yang dipelajari dari kawannya seorang jururawat di hospital besar yang membawa maksud sesuatu yang suwey.

'Haha. Aku mandi elok je pagi ni. Kau boleh tanya si Din. Aku syak dia tak mandi dari semalam,' jawab Mimi sambil menunjukkan tangannya ke arah Din, jurugambar forensik yang kusyuk mengambil gambar di crime scene.

'So, what do we have here?' Hisyam masuk ke sebuah bilik hotel. Rayban Wayfarer yang dipakai tadi disauk ke poket kemejanya.

'Oh. Ok. Kami terima panggilan dari pihak pengurusan hotel lebih kurang pukul 12.40 untuk memaklumkan tentang penemuan mayat. Mangsa sepatutnya check out jam 12.00. Receptionist cakap, mangsa sempat deal untuk menggunakan teksi yang disediakan oleh pihak hotel untuk ke KLIA dan sempat berpesan kepada reception untuk call dan mengetuk biliknya jika dia belum turun jam 12.30,' terang Mimi.

'So, siapa yang jumpa mayat ni dulu?'

'Nadia. Receptionist yang bertugas semalam,'

Mata Hisyam melihat kepada sosok receptionist yang masih dalam keadaan terkejut sambil ditenangkan oleh pengurus hotel. itu merupakan reaksi biasa yang ditunjukkan oleh orang awam apabila terjumpa mayat. Itu baru mayat yang fresh, bukan yang dah berulat dan berbau. Kalau jumpa yang tu boleh bawa igau dalam tidur agaknya.

Hisyam menghampiri mayat mangsa yang terkujur kaku di atas katil. Keadaannya yang lengkap berpakaian menolak tanggapan yang beliau dirogol. Namun keadaan katil yang agak berselerak berkemungkinan sesuatu yang menyeronokkan berlaku sebelum mangsa hilang nyawa. Dia menyarungkan glove sebelum menyentuh sedikit ibu jari kakinya. Masih sejuk dan firm menandakan mangsa belum sampai tahap rigor mortis, iaitu kurang dua jam dari masa kematian. Keadaan mayat diteliti. Terdapat satu kesan hirisan melintangi pergelangan kiri mangsa. Darah sudah berhenti memancut, namun kesan hasil pancutan laju yang menerjah keluar dari pembuluh arteri yang putus membasahi hampir keseluruhan cadar.

'Din, any ID?'

'Mangsa bernama Indah Maria Mustafa. 26 tahun. Berasal dari Wakaf Bharu, Kelantan. Tuan tak cam ke dia? Tuan lalu datang sini tadi ada perasan tak ada satu billboard iklan ? Haa dia la model iklan tu,'

Hisyam memerhati elok wajah mangsa yang pucat. Benar seperti diperkatakan oleh Din. Selain menghiasi billboard jenama tempatan, mangsa juga terlibat dengan modelling untuk beberapa syarikat kosmetik dan tidak kurang juga menjadi model lingerie keluaran antarabangsa. Maka mahu tak mahu, Hisyam terpaksalah hadapi kes yang boleh dikira sebagai berprofil tinggi ini.

'Tuan, you may interested with this', sapa Mimi sambil menyerahkan sebilah pisau 6 inci yang telah di seal dalam plastik dan sepucuk nota yang telah kusam. Hisyam mengambil nota tersebut untuk diteliti.

Sayangku A.G.
Aku minta maaf jika aku selalu menyakitkan hatimu,
Tingkahku selalu mendambakan cintamu untuk singgah seketika cuma di atma, agar ia bisa menerbitkan buih cinta--namun ku dapat hanya hampa.

Jika benar tiada cinta mu terhadapku, terhadap anakmu yang ku kandungi ini, maka izinkan lah aku pergi saja.

~Indah.

Mangsa mengandung!


'Okay... makin menarik kes kita. Hopefully kes ni hanya kes bunuh diri. Sudden death. Mimi, nanti call aku lepas kau dapat eviden dari forensik dan patologi. Jangan lupa follow up. Aku kena gerak dulu, migrain aku makin menjadi-jadi pulak,'

'Tula. Orang suruh rehat kau datang gak. Nampak sangat tak harapkan aku kan?' Mimi mencebik.

Hisyam hanya tersenyum tawar.

SasaranWhere stories live. Discover now