3

26 0 0
                                    

Hisyam duduk di sebuah kafe hipster berhampiran tempat kerjanya. Segelas kecil espresso bersama segelas air suam dan sebiji donut sederhana besar dipesan sekadar untuk menghilangkan lapar dan dahaga. Untuk Hisyam, espresso sangat sesuai untuk diminum sambil melayan angan serta mencari ilham. Teksturnya yang hitam likat serta rasanya yang sangat pahit dengan bau tajam menusuk rongga hidung membolehkan beliau menerawang jauh dalam lamunan.

Baginya, dengan mencicip espresso, membolehkan beliau sedar akan kejadian diri sendiri. Masakan tidak, dari sehitam-hitam espresso lah wujudnya generasi kopi yang lebih digemari seperti mocha, cappucino, dan latte. Itu tak termasuk dengan pelbagai add-on seperti aiskrim, hancuran biskut coklat, whipped cream dan macam-macam lagi.

Sama juga dengan kejadian manusia. Dari sebusuk-busuk sperma yang merayap masuk mencari telur untuk persenyawaan, lantas dengan izin Tuhan terciptalah sebentuk manusia, lelaki ataupun wanita, yang kacak dan jelita serta digilai ramai.

Pagi itu beliau bangun agak awal. Kurang lena sedikit tidurnya. Migrainnya kian kebah, namun kes yang baru dihadapi ini lebih menggusarkan kepala. Sedari dari tidur, Hisyam sempat solat sunat Tahajud dan membersihkan sangkar Aisyah. Sudah 2 hari sangkar itu tidak dibersihkan. Kencing dan najis Aisyah sudah mengering bercampur dalam pasir yang disediakan. Kucing betina itu mengiau comel apabila tidurnya diganggu. Hisyam mengambil pasir lama, membuangnya ke dalam beg plastik sebelum mencurah beg pasir baru untuk Aisyah. Kemudian beliau menonton seketika klip video kuliah Ustaz Afsham, sahabatnya di JAKIM sebelum menunaikan fardhu Subuh.

'Papp!!' Hisyam kaget. Kuat betul tepukan di bahunya.

'Jauh nau berangan,' Mimi mengejutkan lamunan Hisyam. Sekeping kertas order yang tersedia di atas meja di capai lalu dia tick pada kotak yang tertulis 'Iced Cappucino'.

'Boleh tahan keras jugak tangan kau,' Hisyam masih lagi memegang bahu kirinya yang masih sengal. Mimi hanya tersengih. Iced Cappucino yang dipesannya tadi sudah sampai, dan Mimi hirupnya dalam-dalam.

'Kau dari mana, Mimi?'

'Aku dari lab. Tunggu teknologis analyze pisau yang kita jumpa kat crime scene. Hopefully ada la klu pape,'

Hisyam terdiam.

'Betul ke Dr. Hafiz akan call?' Tanya Hisyam.

'Yup. Tunggu jela. Migrain kau macam mana? Dah ok?'

'Much better. Tapi kes ni lagi mengusutkan kepala,' Hisyam berterus terang. Dia menyuakan cebisan terakhir donut ke mulut. Gula-gula halus yang melekat di pinggir bibir disapu rapi.

'Kau rasa, kenapa ada orang pilih jalan singkat untuk mati? I mean, tak takut ke bunuh diri ? Kalau terjun, tak gayat ke? Kalau nak menghiris nadi, tak ngilu ke?'

Hisyam terdiam. Dia hanya membiarkan Mimi tertunggu-tunggu responnya terhadap soalan itu tadi. Tanda-tanda awal seseorang yang becadang untuk mengambil nyawanya sendiri adalah sangat sukar untuk diramal; walaupun oleh pakar. Tambahan pula, tidak semua manusia mampu membunuh diri kecuali seseorang itu betul-betul berada dalam tekanan fizikal atau mental yang melampau. Walaubagaimanapun, selain faktor trait atau pun keturunan, ada kajian oleh para penyelidik dari England menyatakan risiko membunuh diri adalah 5 kali lebih tinggi dalam kalangan seseorang yang ada penyakit diabetes, kanser dan juga sawan (epilepsi).

'Kau rasa si mati ada penyakit apa-apa tak? Macam sawan babi ke, kencing manis ke,'

'Asal kau tiba-tiba tanya aku macam tu. Manala aku tau. Kau tu soalan aku tadi kau tak jawab lagi,' dengus Mimi. Airnya tadi sudah habis. Yang tinggal hanyalah wap air yang terkondesasi membasahi sehelai tisu yang dilapik dibawah gelas. Hisyam hanya tersenyum simpul.

'KRINGGG!!!' Deringan phone Mimi menjerit lalu menghasilkan sedikit vibrasi halus merayap dari permukaan meja ke lengan Hisyam.

'Hello. Ya doc. Ada tengah minum ni. Hisyam? Hisyam pun ada sini. Result dah ada? Mortuary? Oo ok baik-baik. Kami ke sana sekarang,' talian dimatikan. 'Jom, doktor Hafiz dah siap,'

SasaranWhere stories live. Discover now