5

23 2 0
                                    

"So, kau nak mula dari mana?" Soal Mimi setelah kereta model Camry Wagon yang dipandu oleh Hisyam tiba di destinasi semalam iaitu di crime scene. Kereta  keluaran1994 yang diimport dari Australia itu cukup disayangi oleh Hisyam kerana ia merupakan hadiah dari arwah bapanya kerana Hisyam berjaya mendapatkan lesen memandu. Dengan melakukan restorasi kompleks terutamanya pada bahagian enjin dan kotak gear, serta penukaran seats kepada jenis bench memanjang di bahagian hadapan, dan dilayangkan warna hitam gelap pada tubuhnya, dipadankan pula dengan rim klasik berwarna perak tanpa bilah, kereta Hisyam saling tak tumpah seperti sebuah hearse, atau pun kereta yang membawa jenazah ke gereja sebelum disemadikan.

"Cari senjata pembunuhan. Pisau yang kita semalam out," jawab Hisyam. Wayfarernya yang disangkut di leher baju disarung lalu mereka melangkah menuju ke lif di lobi hotel yang dipenuhi penghuni yang kebanyakannya mahu check out. Mungkin berita mengenai penemuan mayat di bilik hotel yang mereka huni sedikit sebanyak mendatangkan rasa kurang selesa dalam kalangan mereka. Yang paling terkesan sudah tentulah pengusaha hotel. Mereka akan terpaksa mengambil masa yang lama untuk meyakini pelanggan untuk menghuni di hotel ini pada masa akan datang.

Setibanya di tingkat 13A, Hisyam tanpa berlengah meluru ke tempat kejadian. Baginya, masa itu emas, lebih-lebih lagi kes yang dikendalikan adalah berprofil tinggi. Hampir kesemua akhbar perdana, media massa dalam dan luar negara, dan tidak ketinggalan blog peribadi dan tidak mengejutkan blog hiburan mengambil kesempatan mengejar trafik dengan mengambil kes ini sebagai konten. Hashtag seperti #RestInPeaceIndah dan #IndahDalamIngatan mula dikicau oleh netizen yang ambil peduli. Tidak ketinggalan juga ahli-ahli politik pembangkang yang menggesa kerajaan menyiasat punca kematian mengejut Indah. Pendek kata, kes itu diperkatakan ramai, mengikut resepi masing-masing.

"Kalau kau nak lemaskan orang, dalam bilik berkurung gini, benda apa yang kau guna?"

"Err.. boleh jadi bantal, selimut, tuala, plastik laundry pun boleh. Tapi paling senang of course bantal. Ringan dan peluang untuk mangsa cuba melawan apabila ditekup rendah," jawab Mimi.

"Bagus anak Pak Omar ni. Dah la cantik, pandai pulak tu. Tapi tak laku-laku. Kakaka,"

Mimi mendengus seketika sebelum kembali fokus. Sarung tangan disarung dan keadaan katil yang berselerak diperiksa. Bantal -bantal yang ada diperiksa, diperhati sebaik mungkin, dan setiap satunya disuluh dengan lampu suluh supaya tiada benda tertinggal. Namun Mimi hampa kerana tiada tanda tekupan dijumpai pada bantal. Dia segera beralih ke laci almari untuk mencari plastik laundry. Tetapi, plastik itu terlipat rapi seperti sebelum pernah digunakan. Mimi mendecit.

"Look," Hisyam menyapa, sambil tangan kanannya memegang forcep yang mengepit  sesuatu seakan-akan fiber berwarna putih, sebelum diletakkan ke dalam plastik kecil yang bertulis 'Evidences".

"Kau jumpa mana?"

"Celah langsir," obvious sangat segumpal duk bawah tu. Jumpa pape tak?"

"Nothing. Bantal elok je. Tiada tanda....,"

"Dup!!" Bunyi kuat kedengaran di luar bilik hotel. Hisyam segera meluru keluar. Anak matanya berjaya menangkap figura lelaki yang sedang lari menuju ke tangga kecemasan. Hisyam mengejar laju dan berjaya menghampiri lelaki tersebut lalu menggunakan tenaganya untuk menjatuhkan lelaki itu dari belakang.

"Arrgh! Apa ni woi! Kacau la,"

"Kau siapa? Camne kau boleh ada kat sini? Kau tau kan sini kawasan larangan. Tak nampak ke tape kuning kat depan tu?" Soal Hisyam. Body check dilakukan dan dompet lelaki itu dijumpai di kocek belakang jeans yanh dipakai. Sepucuk kad ditarik keluar dari mulut dompet.

"Apa ni? Adam & Co. P.I Agency. Adam bin Idris. Kau siasat apa ni?"

"Mana boleh, private & confidential. Kau pun tahu bukan!" marah Adam. Tak semena-mena sasaran yang dikejar sejak dari tadi terlepas sekali lagi. Kali ni berpunca dari lelaki yang entah tiba-tiba menerpa tubuhnya dari belakang. Adam merentap tubuhnya untuk menewaskan rangkulan Hisyam. Tangannya diangkat tinggi menyasarkan pipi kiri Hisyam tetapi serangan itu mati tiba-tiba akibat tendangan kaki Mimi yang datang untuk membantu tepat hinggap di lengan Adam.

"Aku tanya sekali lagi. Kau siasat apa kat sini. Kau tau tak kau dah kacau tugas penjawat awam?"

Adam mendengus. "Dasar budak gomen," bentaknya dalam hati. Dia memandang tepat wajah Hisyam. Wajah yang sama yang keluar berita mengenai penemuan mayat di hotel ini.

"Adalah. Kes rumahtangga sikit. Bukan masalah kau pun kan. Yela, kau siasat benda-benda besar. Berprofil tinggi pulak tu. Siap keluar tv. Femes kau ek. Lain lah aku, kes rumah tangga je. Elok-elok jumpa tadi lalu depan ni kau pulak terkam aku...."

"Jap. Kau cakap lalu depan ni? Siapa? Apa motif dia datang masuk kawasan ni?" Soal Mimi.

"Jap," Adam mengeluarkan buku 555 dari kocek kemejanya lalu diserahkan kepada Mimi. Mimi membelek lalu menumpukan kepada nota ringkas Adam. Segaris kerutan jelas tergambar di dahinya.

"Dato' Adri Gabriel Abdullah. Kau familiar kan, Syam?"

Hisyam diam. Nota ringkas itu diperhati. Nafasnya ditarik dalam sebelum dihembus sebagai sesuatu yang dikenali sebagai keluhan.


You've reached the end of published parts.

⏰ Last updated: Apr 22, 2020 ⏰

Add this story to your Library to get notified about new parts!

SasaranWhere stories live. Discover now