BAB 1

875 13 0
                                    

SUASANA di litar Mazda Raceway terasa hangat apabila diumumkan semua pelumba motosikal berkuasa tinggi yang menyertai Red Bull U.S Grand Prix bagi acara 1000cc untuk bersedia di petak masing-masing. Walaupun cuaca sedikit mendung pada hari itu, perlumbaan akan tetap berjalan seperti yang dijadualkan. Berharap agar cuaca akan kembali cerah bagi memastikan perlumbaan berjalan dengan lancar. 

 Di petak terakhir, kelihatan seorang penunggang menghampiri motosikal Ducati bewarna hitam yang sudah bersedia di petak tersebut. Juruteknikal pasukannya masih bertungkus-lumus memastikan segala-galanya berada dalam keadaan yang baik bagi mengelakkan kemalangan yang tidak diingini. Turut mengiringinya di sisi adalah seorang gadis yang lebih dikenali dengan gelaran gadis litar. Dari tadi, mata gadis litar itu tidak beralih dari memandang penunggang tersebut sebelum tersenyum nipis. Dari senyuman itu pun sesiapa dapat mengagak kegembiraan yang terserlah di wajah itu. 

Mana tidaknya, dari saat dia mengiringi penunggang ini sehingga penunggang itu sudah naik ke atas motosikalnya, matanya tidak beralih walau sesaat pun. Walaupun dia tak dapat lagi menatap wajah di sebalik topi keledar itu, tidak mengapa kerana dia masih ada peluang untuk menatap wajah itu selepas perlumbaan ini. 

 Tiba-tiba dia teringat akan sesuatu. Segera dia mengeluarkan sesuatu dari poket bajunya. Dia mencuit lengan penunggang itu, memaksa penunggang itu menoleh ke arahnya. Perlahan dia menghulurkan tapak tangannya.. 

 Mata hazel milik penunggang itu mula turun ke tapak tangan gadis litar itu sebelum menyedari ada key chain berbentuk motosikal di tangan gadis itu. Keningnya terjungkit sebelah, kehairanan sebelum wajah gadis itu ditatap sekali lagi, mendapatkan kepastian. 

 "Take this..it's for you..I'll pray for your safety and good luck.." ucap gadis itu, tersipu-sipu malu. Dalam masa yang sama, seorang penunggang motosikal dari pasukan Ducati mengerling ke sebelahnya. Menyedari perbuatan gadis litar itu, membuatkan dia tertunggu-tunggu reaksi rakan sepasukannya itu. 

 "Hmm..no, thanks." Kata-kata yang mampu membuatkan mana-mana gadis yang berada di tempat gadis litar itu kecewa..cukup kecewa apatah lagi dengan nada tenang seperti itu. Hadiahnya ditolak, bermakna hati dan perasaannya juga ditolak terang-terang. Gadis litar itu mengetap bibirnya sambil mengenggam key chain di tangannya, erat. 

 "Oh, it's okay..but we still.." 

 "No..I don't have time for that.." potong penunggang itu tenang sambil menyarungkan sarung tangannya. Gadis litar itu semakin terkejut..dua kali..dua kali dia ditolak! Rakannya yang dari tadi memerhati sudah awal-awal tersenyum di sebalik topi keledar itu. Bukannya dia tak kenal dengan sikap rakannya itu..terlalu berhati kering! 

 Nak tak nak, dia terpaksa mengundur diri lebih-lebih lagi perlumbaan akan bermula tidak lama lagi. Briefing daripada ketua pasukan diadakan secara pantas namun penuh maklumat. 

 Selesai briefing daripada ketua pasukan, mereka saling berpandangan sebelum masing-masing mengangguk. 

 "Good luck.." 

 "Good luck.." 

 Viser helmet diturunkan, serentak. Nafasnya ditarik dalam-dalam sebelum dihela berat..melepaskan rasa gemuruh yang sentiasa menguasai diri setiap kali perlumbaan. Erat tangannya mengenggam handlebar dengan posisi bersedia sambil matanya tepat memandang lampu isyarat yang akan berubah bila-bila masa sahaja.. 

 Derapan tapak kaki seorang lelaki menuju ke Premier Pit Row Suite bersama sebuah fail di tangan, mula kedengaran. Langkah yang sedikit laju itu membuatkan sesiapa pun akan tertanya-tanya tentang tujuan kedatangan lelaki itu ke sini. Mungkin ada perkara yang perlu dia uruskan di sini, siapa tahu? 

Cinta Last LapWhere stories live. Discover now