LANGSIR bilik tidur diselak seluas-luasnya menyebabkan cahaya matahari memasuki ruang bilik itu dan menyilaukan matanya. Berkerut-kerut dahinya, menahan silau. 'Aduh..bukan ke aku cuti hari ni? Cuti pun nak kacau ke??' rungutnya sendirian sebelum menarik selimut, menyelubungi seluruh tubuhnya yang tidak berbaju itu. Hanya mendengar gumam yang keluar dari bibir itu walaupun mata masih terpejam rapat.
Susuk tubuh yang sudah berdiri di sis katil itu hanya mampu memandang Ryan yang masih diulit mimpi indah itu. Tapi sayang, kehadirannya sudah menganggu mimpi indah majikannya itu. Perlahan bibirnya mengukir senyuman nipis.
"President, President kena bangun sekarang. Nanti lewat. Semua barang dah siap dimasukkan ke dalam kereta. Yang lain pun dah bergerak sekarang ni. Diorang mesti tengah tunggu President.." kejut En.Darus sambil menepuk selimut tebal yang menyelubungi tubuh anak muda itu.
Di balik selimut, Ryan menekup wajahnya seketika. Argh, malasnya! 'Ye tak ye pulak..hari ni aku balik Malaysia..aduh, malasnya nak bangun...' Dia cuba jugak mencari kekuatan untuk bangun pagi lebih-lebih lagi semalaman dia sibuk dengan urusan hal-ehwal Blayze Group apatah lagi selepas bergelar President, beban yang dipikul semakin berat. Jika diingat kembali, dah macam menara susunan fail di meja pejabatnya. Boleh pecah kepala ni dok lama-lama menghadap fail-fail tu.
"President.." Suara itu lagi kedengaran, menghentikan lamunannya namun dia masih tidak mampu membuka matanya. Telapak tangannya masih melekap di wajahnya, cuba untuk membuka mata yang masih terpejam itu. Aduh, payahnya mata ni nak bukak!! Berat sungguh rasanya!
"Hmmm..." Akhirnya hanya itu saja yang keluar dari mulut anak muda itu. En.Darus tersenyum kecil, geli hati melihat gelagat Ryan itu. Selimut Ryan diselak, membiarkan wajah itu terkena cahaya pagi. Berkerut-kerut dahi anak muda itu dek silau dengan cahaya matahari sekali lagi. Segera dia melarikan wajahnya dengan menekup wajah itu ke bantal sambil merengus perlahan, tanda tidak selesa. 'Pak cik ni pun satu..kejap la..cubalah sabar sikit..aku punyalah mengantuk ni sampai nak bukak mata pun payah tau! Cuba bagi aku masa sikit..'
Melihat Ryan yang kaku di bantalnya, memaksa En.Darus bersuara lagi. "President..bangunlah..kita lewat nanti.."
"Ah..Ah..saya..saya nak bangun la ni..kejap.." bisiknya perlahan sambil merengkot di atas katil. Wajahnya diraup beberapa kali dan akhirnya, setelah mencuba beberapa kali, barulah Ryan bangun perlahan-lahan lalu bersila di atas katil. Rambut blonde brownnya agak kusut pagi itu. Ryan mengusap belakang kepalanya, malas.
"President, bangun cepat. Selagi President tak turun dari katil, pak cik tak boleh tinggalkan bilik ni. Mana la tahu, kut-kut President tak sedar sambung tidur ke..kita jugak yang susah..nak kena tunggu penerbangan seterusnya pulak nanti.." Sempat En.Darus mengusiknya.
Ryan memandang En.Darus sebelah mata. Sebelah mata lagi sekadar ditekup dengan telapak tangan kanannya. "Alah, saya mengantuk lagilah..kejap lagi tak boleh ke? Semalam dahlah tidur lewat..hari ni kena bangun awal pulak..adoi, boleh pengsan tau saya macam ni..dengan tak cukup tidurnya..tak cukup rehat lagi..huh.." rungut Ryan sambil membetulkan rambutnya pula.
En.Darus sekadar tersenyum kecil lalu menghulurkan tuala kepada majikannya itu. Nak tak nak, Ryan terpaksa mengambil juga tuala itu lalu turun dari katil. En.Darus sekadar menggelengkan kepalanya. Anak muda sememangnya liat untuk bangun pagi.
LAIN pula ceritanya di lapangan terbang apabila beberapa orang wanita Inggeris kelihatan begitu leka mencuci mata ke arah lima orang pemuda yang sedang duduk di balai menunggu sambil tersenyum sipu. Bukan itu sahaja, ada jugak yang berani menegur anak-anak muda itu! Jejaka terhangat di pasaranla katakan..tapi ada juga yang hanya melambai dan sekadar memandang dari jauh.
YOU ARE READING
Cinta Last Lap
Roman d'amourCinta Last Lap - Peanut KarnaDya Publishing Sdn Bhd Akan Mula Dijual di Ekpo Buku Malaysia 2016 Enggan membahayakan masa depan Blayze Group, Ryan Blayze yang dituduh gay kerana sikap anti-perempuannya terpaksa menerima calon isteri pilihan bapanya...