BAB 2

433 6 0
                                    

KEMEJA hitam disarung ke tubuh sasa itu lalu dibutang sehingga atas. Sewaktu mengenakan butang satu persatu dari bawah, terserlah six-pack di bahagian abdomennya. Bahagian kemeja di sekeliling tali pinggangnya turut dikemaskan. Setelah itu, langkah mula diatur ke arah sebuah almari kaca yang terletak di tengah-tengah bilik pakaian itu. Lacinya ditarik keluar lalu mengambil salah satu tali leher yang ingin dipadankan dengan kemeja hitam dan kot putih yang bakal dipakai.

Setelah menyimpul kemas tali leher itu, kot yang tergantung di dalam almari pakaian itu dicapai dan disarung ke tubuhnya. 

 Bukan sahaja ruang persalinan itu kemas disusun, malah setiap sudut di penthousenya itu bersih dan teratur dijaga oleh penjaga. Dia pun hanya menggunakan penthouse ini sewaktu menguruskan cawangan syarikat di sini. Kalau tak penthouse ini memang sentiasa kosong. 

 Dari bahagian atas almari yang berbentuk rak itu, memuatkan pelbagai jenis topi, kasut, jam tangan serta keronsang kot. Berbeza dengan satu lagi almari yang hanya dikhasnya untuk pakaian, termasuklah pelbagai jenis rekaan dan warna kot, kemeja, seluar dan t-shirt. 

 Lengkap berpakaian, Ryan mula menghampiri cermin panjang yang terletak di suatu sudut ruangan itu sebelum mencapai anting-anting magnet yang bewarna hitam. Kemas dipasang ke telinga kirinya. Tak cukup dengan itu, wajah putihnya itu kini dicalit sedikit BB cream setelah disapu krim pelembab lalu diratakan ke seluruh wajah. Sedikit bedak diratakan ke wajah itu supaya mengurangkan minyak yang ada pada BB cream tersebut. Beberapa titik cologne turut disapu ke leher dan di pergelangan tangannya lalu botol minyak wangi tersebut diletakkan di atas meja semula. 

 Setelah itu barulah jam tangannya dicapai dan disarung ke pergelangan tangan kirinya. Dia tersenyum, berpuas hati dengan penampilannya namun senyuman itu hanya sementara bila pandangannya tertumpu ke arah rambut blonde brown miliknya itu. Perlahan-lahan dia menyentuh rambut itu..rambut yang suatu ketika dahulu selalu menjadi perhatian orang ramai..dan ramai yang menganggap dia mewarnakan rambutnya itu..tapi sebenarnya, inilah rambut sebenarnya. Tapi sayang, dia benci dengan kehadiran rambut yang begitu menyerlah ini sebab dia tahu..sebahagian daripada dirinya adalah darah daging wanita itu dan bukan itu saja, warna rambutnya juga sama dengan wanita itu. Ya, sekadar memandangnya cukup untuk dia mengingati wanita itu..

 Dia mengetap bibirnya sebelum mencapai rambut palsu bewarna hitam dan disarung ke kepala. Setelah dikemaskan barulah dia melangkah ke luar.

Kelihatan seorang lelaki berumur lingkungan 40-an, lengkap berpakaian formal sudah menunggunya di ruang tamu penthouse tersebut. "En.Ryan, semuanya saya dah sediakan. Kalau En.Ryan dah bersedia, bolehlah kita gerak sekarang." Ryan sekadar mengangguk perlahan.

 "Yalah, jom.." sambungnya. Ryan beredar sambil diiringin lelaki selaku pembantu peribadinya atau lebih dikenali sebagai En.Darus dan beberapa pengawal peribadinya. 

 Daun pintu penthousenya dikuak dari dalam lalu pandangannya tertumpu pada Zarif yang sudah menunggunya sambil bersandar di dinding. Di tangannya, tergantung topi keledar kesayangannya. Dari situ je dah boleh tahu dia datang sini naik apa..tapi dari bawah ke atas, dah gaya macam orang tunggu buah hati aku tengok dia ni. Ryan tersenyum nipis.

 Kebetulan hotel yang diduduki Zarif berhampiran dengan penthouse Ryan, rajinlah dia nak datang sana atau Zarif yang akan datang sini untuk melepak. 

Zarif turut tersenyum lalu mula menghampiri rakannya itu. Perlahan dia menghulurkan tangannya. Dia tahu hari ini merupakan hari istimewa dan hari penting buat rakannya itu. Sebab itu la dia sendiri datang ke sini untuk mengucapkan, 

 "Good luck.." 

 "Ah, thanks.." Ryan dan Zarif bersalaman sebelum Ryan memeluk tubuh rakannya itu, erat. Dengan apa yang baru bermain di fikirannya tadi, kini dia tenang bila berada di sisi rakannya. Perlahan dia mengeluh kecil sebelum kembali melepaskan pelukan. Zarif sekadar memandang wajah itu, teringat akan perbualan mereka tempoh hari. Tapi tak apa la..mungkin aku perlu bagi dia masa. Suatu masa nanti, pasti dia sendiri akan datang bercerita pada aku.

Cinta Last LapWhere stories live. Discover now