Bahagian 4

16 1 0
                                    

Motorsikal Aina pancit di hadapan sebuah surau. Pada masa itu jemaah baru sahaja selesai solat fardu Zohor. Aina mengheret motorsikalnya masuk ke dalam perkarangan surau. Aina menelefon mekanik yang terdekat untuk datang ke surau, menggantikan tiub yang bocor tersebut. 

Aina memang akan menyimpan sebanyak yang mungkin nombor-nombor mekanik supaya dapat digunakan pada keadaan sebegini. Mekanik yang Aina telefon meminta masa 30 minit kerana sekarang ada ramai pelanggan. Aina akur kerana itulah satu-satunya kedai mekanik yang sanggup datang. Aina tidak mahu terlambat pula untuk ke mengajar tusyen pukul 3 petang nanti.

Terdetik dalam hati Aina untuk menunaikan solat Zohor terlebih dahulu sebelum mekanik sampai. Aina masih lagi menunaikan solat lima waktu cuma dia sekarang selalu melambat-lambatkan solat. 

Usai solat Aina keluar dan duduk di beranda surau. Aina melihat ada 2 orang perempuan sedang berbual di situ. Seorang nampak sebaya dengan dirinya, seorang lagi nampak lebih tua 3 atau 4 tahun dari umurnya.

"Kak Salmi, kenapa Allah selalu uji Aisyah? Lepas satu masalah selesai, satu masalah yang lain pula yang datang. Betul ke ujian tu tanda kasih sayang Allah?" 

Aina tertarik dengan soalan perempuan yang bernama Aisyah tersebut. Aina cuba mendekat sedikit dirinya dengan 2 perempuan yang sedang berbual tersebut.

Aina melihat perempuan yang dipanggil Kak Salmi itu memandang tepat ke arah Aisyah. Mata mereka bertentang. Kak Salmi mengambil tangan Aisyah dan menggengamnya sejurus selepas itu dia bersuara.

"Aisyah, Allah ada berfirman, 'Patutkah manusia menyangka bahawa mereka akan dibiarkan dengan hanya berkata: "Kami beriman", sedang mereka tidak diuji? Dan demi sesungguhnya! Kami telah menguji orang-orang yang terdahulu daripada mereka, maka (dengan ujian yang demikian), nyata apa yang diketahui Allah tentang orang-orang yang sebenar-benarnya beriman, dan nyata pula apa yang diketahuiNya tentang orang-orang yang berdusta. Surah Al-Ankabut ayat 2 dan 3."

Salmi berhenti seketika. Menarik nafas tenang untuk meneruskan lagi kata-kata.

"Ujian adalah satu cara untuk Allah s.w.t menapis golongan hambaNya. Yang mana yang benar ikhlas beriman dan yang mana pula golongan yang hanya berpura-pura beriman. Dalam menghadapi ujian, Allah tidak hanya melihat bagaimana penyelesaiannya tetapi Allah menilai dari awal seseorang hamba itu diuji sehinggalah berakhirnya ujian tersebut. Allah mengira kesabaran, kecekalan dan ketaatan hamba-hambaNya dalam tempoh mereka diuji. Sabarkah dia? Tenangkah dia? Atau dia memberontak? Semua diambil kira."

"Tapi Aisyah diuji berkali-kali. Bahagia tu rasa sekejap je."

"Allah menguji hambaNya mengikut kemampuan hamba itu sendiri. Allah Maha Mengetahui siapa hamba-hambaNya yang diuji. Cuma kadang kala sang hamba itu tidak sanggup diuji sehingga dia melawan fitrah dirinya. Itulah yang menyebabkan orang yang diuji hilang pertimbangan, protes, dan melakukan kemungkaran."

"Aisyah teringat pula ceramah ustaz dua hari lepas. Allah berfirman dalam al-Quran, pohonlah pertolongan dengan Allah dengan sabar dan solat."

"Betul tu. Bila diuji kita kena banyak bersabar. Banyak juga berdoa. Bukannya banyak mengeluh dan melenting. Kita kena akui yang Allah yang berkuasa ke atas diri kita. Jadi kita kena belajar untuk menerima ketentuan yang telah Allah tetapkan ke atas kita. Kerana Allah tahu apa yang terbaik untuk kita. Dunia ini tidak akan kekal. Janganlah kerana mahu capai bahagia dunia semata kita abaikan kehidupan yang abadi di akhirat nanti."

"Jadi maksud Kak Salmi...Aisyah kena terus bersabar jika terus diuji?"

"Betul. Jangan putus asa dengan rahmat Allah. Bagi akak setiap ujian yang mendatang macam tingkatan yang ada pada sebuah gunung. Jika satu ujian dihadapi menepati dengan apa yang Allah tetapkan. Maka kita akan naik satu tingkat ke atas. Jika ujian tersebut masih gagal untuk dihadapi maka kita akan tetap berada disitu dan akan diuji dengan perkara yang sama sehinggalah kita berjaya ke tingkat seterusnya."

"Menarik juga perumpamaan Kak Salmi tu ye. Baiklah, mulai hari ni Aisyah akan berusaha untuk lebih bersikap positif dalam menghadapi setiap ujian hidup." Salmi senyum kepada Aisyah dan menganggukkan kepalanya perlahan-lahan.

"Terima kasih Kak Salmi." Aisyah memeluk Salmi

Dua orang perempuan tadi tidak sedar perbualan mereka itu telah didengari oleh Aina. Sejak dari tadi air mata Aina tidak putus-putus mengalir. Kata-kata Kak Salmi tadi seperti bercakap tentang dia yang sedang kalah bermujahadah. 

Aina rasa amat berdosa kepada Allah s.w.t. Siap sahaja mekanik membaiki motorsikal, Aina terus pulang ke rumah. Dia membatalkan kelas tuisyen rumah kerana kecemasan dan berjanji akan menggantikannya pada hari lain.

Aina mendirikan solat sunat taubat berulang kali dan beristighfar sepanjang hari. Dia menangis, merayu kepada Allah agar diampunkan segala dosanya. Dia tahu dia sudah menyimpang jauh. Baru sedikit diuji dia telah menjauh dengan Allah menampakkan imannya yang rapuh.

"Ya Allah, ampunilah dosa-dosaku. Curahkanlah kasih sayangMu kepadaku sehingga aku tidak mendambakan lagi kasih sayang selain dari Engkau ya Allah. Bimbinglah aku menuju kehidupan yang abadi tenang di syurgaMu."

Aina membuka beg yang berisi jubah dan tudung labuhnya. Dia mengenakan semula pakaian tersebut. Semua anak-anak murid tuisyen Aina terkejut melihat perubahan Aina. Namun hanya Aina yang tahu akan kebenarannya. 

Kini Aina lebih positif menjalani kehidupan. Malah Aina sendiri bertemu dengan Kak Salmi untuk meminta nasihat dan tunjuk ajar. Dia bersyukur kepada Allah dan berterima kasih kepada Kak Salmi. 

Mak Aina senyum lebar melihat anak gadisnya telah kembali. Kali ini Aina tampak lebih tenang dan sentiasa senyum. Aina memeluk mak dan dia memohon ampun atas segala dosa-dosanya. Malah Aina meluahkan rasa hatinya. Abah, Amran, Amira dan Asina yang turut sama mendengar rasa sebak dan terharu dengan kasih sayang Aina terhadap keluarganya.

"Allah tidak pernah tinggalkan hamba-hambaNya."

You've reached the end of published parts.

⏰ Last updated: Nov 29, 2016 ⏰

Add this story to your Library to get notified about new parts!

Amukan JiwaWhere stories live. Discover now