Selepas seminggu pulang ke kampus. pembelajaran Aina berjalan seperti biasa di universiti. Walaupun tekanan keluarga Aina tidak pernah surut namun tinggal berjauhan adalah jalan terbaik untuk Aina melupakan seketika.
Aina memang suka sibukkan diri dengan pelajaran dan aktiviti kolej. Bagi Aina tekanan belajar lebih baik jika dibandingkan dengan tekanan keluarga. Aina tinggal satu semester lagi sebelum tamat pembelajarannya. Aina merancang untuk mengajar tuisyen sementara menunggu penempatan mengajar di mana-mana. Yang pasti Aina tidak akan tinggal di kampung untuk jangka masa yang lama. Aina bercadang untuk pulang sekali sekala menziarahi mak dan abah serta adik beradik.
Aina baru pulang dari kelas. Dia masuk ke dalam bilik dan meletakkan semua buku di atas meja. Aina duduk di hadapan meja belajar dan menghidupkan laptop. Aina menguntum senyuman membaca satu emel.
Sudah 2 tahun Aina menatap emel yang sama tatkala rindu datang bertamu di hati. Emel itu telah dikirim oleh Faruq, seorang insan yang istimewa di hati Aina. Faruq sudah 2 tahun tamat pengajian dan setahun tua daripada Aina kini Faruq mengajar di sebuah sekolah di Selangor.
Demi menjaga adab dan mengelakkan fitnah, Faruq telah mengirim satu emel untuk memberitahu Aina bahawa dia amat sukakan Aina dan akan memperisterikan Aina setelah Aina habis pengajian. Aina berpegang pada janji tersebut dan berharap semua perancangan akan berjalan dengan lancar. Cuma kadang-kadang hati ini terkesan juga dengan usikan-usikan liar. Apabila sudah lama tidak bersua dan berada di depan mata, prasangka buruk mula menular. Hanya doa yang mampu menangkis semua andaian tak berakal itu.
Tinggal tiga minggu lagi untuk Aina dan teman sepengajian yang lain menghadapi peperiksaan akhir. Masing-masing berdebar kerana inilah musim peperiksaan yang terakhir selama 4 tahun belajar di universiti.
Aina dan Sarah berjalan-jalan di taman rekreasi menghirup udara segar, hilang ketegangan sehari-hari belajar. Sarah mengajak Aina duduk di sebuah bangku menghadap tasik.
"Oh ya! Aina ingat lagi tak Kak Mashitah?" Sarah memulakan perbualan mereka.
"Kak Mashitah yang mana?" Aina menggaru-garu kepalanya yang tidak gatal. Dia cuba mencari nama Mashitah dalam data memorinya.
"Kak Mashitah yang jadi mentor Sarah dulu. Masa kita tahun 1. Masa tu Kak Mashitah sudah di tahun akhir."
"Aina dah ingat. Kakak yang suka belanja kita ais krim tu, kan?"
"A'ah dialah. Dia akan berkahwin hujung minggu ni. Bakal suami dia nama Faruq. Senior kita juga. Kalau tak silap namanya Faruq Syakirin."
Berderaudarah Aina apabila mendengar nama Faruq. Betulkah apa yang didengarinya, Faruqakan berkahwin hujung minggu ni, itu pun dengan orang lain. Hancur luluh hatiAina. Dia hanya berdiam diri semasa pulang dari taman rekreasi itu.
Malam ituAina tidak dapat menahan diri lagi. Dia mengambil keputusan untuk bertanyasendiri kepada Faruq. Aina menghantar emel pendek. Berharap persoalan yangterbuku di hati terjawab dengan cepat.
YOU ARE READING
Amukan Jiwa
Historia CortaAina Saffiya, anak gadis yang berusia 21 tahun. Seorang pelajar jurusan pendidikan di Universiti Kebangsaan Malaysia. Perwatakannya lembut dan bersopan santun dengan pemakaian jubah dan tudung labuh. Sejuk setiap hati yang memandangnya. Namun hatiny...