Hidup dalam keluarga yang kaya atau miskin bukan kehendak seseorang dan bukan suatu pilihan. Hidup mempunyai keluarga yang besar pasti menyeronokkan , mempunyai abang untuk bermanja ,mempunyai kakak untuk mengadu masalah dan mempunyai adik untuk berkongsi minat. Tapi semua itu hanya bayangan bagi Song Ji Hyo, walaupun hidupnya serba mewah, sering memakai pakaian berjenama , mampu membeli barangan mewah dan kehendaknya sentiasa di ikuti tetapi sebenarnya hidupnya kosong. Ibu bapanya sentiasa sibuk dan tidak mempunyai masa dengannya. Sejak berumur 8 tahun, ibu bapanya sering terlibat dengan mesyuarat di Luar Negara. Oleh itu, dia dibesarkan oleh penjaganya iaitu Uncle Lee. Uncle Lee sentiasa bersamanya tidak kira susah dan senang walaupun begitu Jihyo tetap merindui kasih sayang ibu bapanya. Sejak dari usia muda jihyo telah mengikuti pelbagai kelas seperti kelas balet, kelas karate, kelas berenang dan pelbagai lagi. Jihyo sedia upaya untuk menyibukkan dirinya supaya dapat menghilangkan perasaan rindu akan kasih sayang ibu bapanya. Uncle Lee sentiasa memenuhi keperluan Jihyo sejak kecil lagi. Pada mulanya dulu Jihyo merupakan kanak-kanak yang sangat riang, suka bergurau dan senyuman tidak pernah lekang di bibirnya tapi selepas kehadiran ibu bapanya makin jarang dalam hidupnya. Senyuman itu hilang dan jihyo lebih suka berdiam, bersendirian dan memendam perasaan.
Kini jihyo hidup berseorangan di rumah agam keluarganya tetapi Uncle Lee yang sentiasa menemani mengurus keperluan jihyo. Jihyo berpindah sekolah atas kehendak ayahnya walaupun pada mulanya dia menolak tetapi selepas di yakinkan oleh Uncle lee dia setuju kerana kata Uncle lee selepas pengajiannya tamat ayah jihyo akan memberi kebebasan kepadanya untuk hidup sendiri seperti yang diigininya. Jihyo ingin hidup bersendirian tanpa kongkogan ibu bapanya kerana baginya ibu bapanya bukan lagi kepentingan dalam hidupnya.
"jihyo bangun, hari ini ,hari pertama kamu ke kolej" kata Uncle Lee penuh kebapaan. Jihyo duduk, mengeliat dan terus pergi ke bilik mandi. Uncle Lee hanya tersenyum melihat jihyo. Selepas sarapan,jihyo terus mengambil kunci motornya dia menolak pemintaan uncle lee untuk menghantar nya ke kolej lagipun dia sudah tahu alamat kolej tersebut.
Jihyo bersekolah di kolej milik ayahnya iaitu International College of Arts. Kolej milik ayahnya ini merupakan kolej no.1 di korea. Tapi tiada sesiapa pun tahu bahawa jihyo merupakan anak kepada pemilik kolej kerana hari tersebut merupakan hari pertamanya bersekolah. Sebelum masuk ke simpang sekolahnya jihyo telah ternampak aksi pergaduhan. Seorang lelaki di belasah oleh tiga orang lelaki. Kelihatan tiga orang perempuan duduk di atas motor ketawa melihat adenga pergaduhan tersebut. Jihyo berhenti di bahu jalan dan hatinya terdetik menolong lelaki itu. Selepas enjin motornya berhenti jihyo terus meluru kearah tiga orang lelaki .
Jihyo memegang bahu salah seorang dari pembuli itu. pemuda itu cuba untuk memnumbuk jihyo tetapi jihyo memusing tangan lelaki itu dan dia menjerit kesakitan. Seterusnya dia lakukan perkara yang sama terhadap dua orang pembuli itu. Mereka menjerit kesakitan. Tiga orang lelaki itu tertunduk memohon maaf kepada jihyo mereka tidak tahu bahawa orang yang membelasah mereka merupakan seorang perempuan kerana jihyo masih memakai helmetnya.
YOU ARE READING
2/ Two face
Fanfictionkisah seorang gadis yang dahaga dengan kasih sayang ibu bapanya. sejak berumur 8 tahun jihyo sentiasa hidup bersendiri kerana ibu bapanya sering sahaja sibuk berkerja. walaupun jihyo hidup seraba mewah dan kehendaknya dituruti, namun hatinya kosong...