Seperti biasa ,Uncle Lee telah mengejutkan jihyo awal pagi,
"jihyo nanti kamu mahu uncle yang hantar?" jihyo menggeleng.
"jihyo nanti appa kamu mahu jumpa kamu di pejabat kolej, ada hal yang ingin dibincangkan" jihyo berhenti menyuap pancakenya.
"uncle, jihyo tak mahu jumpa appa, jihyo sibuk, bagitahu appa yang jihyo sibuk menggejar duit dan harta benda dan jihyo lupa dengan siapa ibu bapa jihyo" jihyo mengesat air matanya dan mula serius.
"uncle jangan risau, jihyo boleh berdikari lagi pun selama ini jihyo sudah biasa hidup berdikari, baiklah uncle jihyo mahu pergi ke kolej dahulu." Jihyo memeluk penjaga kesayangannya itu dan mengambil kunci motor lalu memecut laju ke kolej.
Sampai sahaja di kolej jihyo meletakkan motornya di tempat yang sama. Tetapi kali ini disebelah tempat dia meletak motor terdapat satu lagi motor yang serupa dengan milik jihyo cuba bezanya berwarna hitam, motor jihyo berwarna putih.
Jihyo tidak mengabil kisah mengenai motor itu "ugh.. hari kedua di kolej sampah ni" keluh jihyo. Jihyo telah merancang pelannya untuk bersantai di maze. Jihyo membuka langkah ke café dan membeli minuman kegemarannya ice copuccino dan terus menyambung langkah nya ke maze. Tetapi langkah nya berhenti bila dia terdengar nyanyian riang V. "ehh.. budak tu lagi, malas lah aku mahu layan dia ,baik aku lepak di bahagian yang susah mahu dijumpai di maze ni," jihyo menukar langkahnya ke bahagian yang paling dalam di maze. Jihyo mengeluarkan kain yang di sediakannya awal pagi dan baring sambil melihat langit. "tenangnya" jihyo suka bersendirian, kerana dia sudah terbiasa dengan suasana seperti itu. dia sentiasa menagis berseorangan , sentiasa memendam perasaan. Jihyo sebenarnya seorang yang mudah menerima pelajaran dan dia terus mengigati fakta yang di pelajari tetapi dia seorang yang sukar untuk menerima pendapat,suka berkerja berseorangan.
"nasib baik budak kecik tu tak ada di sini" kata jihyo.
"hoi, siapa kau cakap budak kecik hah!!" kedengaran suara yang tidak diingini oleh jihyo.
"panjang pulak umur budak ni" dengus jihyo, jihyo terus mengemas barang-barangnya.
" ala.. kau dah nak pergi ke.." keluh V. jihyo masih berdiam diri menyibukkan diri.
"jihyo, tadi aku tunggu kau tempat biasa, kau tiada bila aku jalan-jalan ni baru aku jumpa kau tapi kau pulak yang mahu pergi" rungut V.
"ku tak suruh pun kau tunggu dahlah aku mahu pergi kelas." Kata jihyo. V mengikut jihyo dari belakang kerana laluan keluarnya hanya satu.sampai sahaja di pintu keluar jihyo terus pergi kekelasnya tapi tangannya di genggam erat V, "lain kali bagitahu aku di mana kau berada sebab aku mahu sentiasa berada disamping kau" kata V lalu melepaskan tangan jihyo perlahan. Jihyo dengan muka selambanya menepis tangan V dan terus pergi ke kelas tarian nya.
Di kelas tarian...
"baiklah semua hari ini tiga kelas akan di gabung disebabkan masalah tertentu. Baiklah kita akan ambil kehadiran terlebih dahulu" sewaktu nama jihyo disebut hanya perkata 'JIHYO' sahaja yang disebut tetapi tidak nama keluarnya . "maafkan saya, cik jihyo apa nama keluarga kamu?" kata Madam Tara . jihyo malas untuk bersuara dia hanya menyebut. " Kim" semua orang hanya berbisik-bisik "ceh.. itu pun mahu mengumpat, apa aku kisah bukan nama betul aku pun" detik hati jihyo.
YOU ARE READING
2/ Two face
Фанфикkisah seorang gadis yang dahaga dengan kasih sayang ibu bapanya. sejak berumur 8 tahun jihyo sentiasa hidup bersendiri kerana ibu bapanya sering sahaja sibuk berkerja. walaupun jihyo hidup seraba mewah dan kehendaknya dituruti, namun hatinya kosong...