Bab 27 : Alisa

8.4K 460 30
                                    

Lama dah tak buat p.o.v Alisa eh :')

...

"Eh, buat apa kita kat sini?" Soalku sebaik sahaja kereta yang dipandu oleh Afriz diparkirkan di halaman Timland Highschool.

Afriz menayangkan senyuman manisnya. Tanpa membalas persoalanku, dia terus keluar dari kereta lalu menghampiri aku. Aku memandangnya dengan aneh kerana Afriz mahu membukakan pintu untukku.

"Afriz? What are we doing here?" Soalku sekali lagi dengan sedikit berang apabila tidak diperdulikan Afriz.

"Just follow me please." Afriz menarik lenganku.

Aku teragak-agak mengikutinya sambil memandang belakang Afriz. Kemana dia ingin membawaku. Akhirnya kami berhenti di suatu tempat yang sungguh memeningkan kepalaku.

Toilet?!

Apa yang dia nak buat ni?

"Kenapa be-berhenti kat sini?" Soalku gementaran.

Gila tak takut? Dah la waktu malam tetiba berhenti kat sini pulak. Aku bersiap sedia dengan kekudaku. Mana tau Afriz tiba-tiba menyera-

"Don't be scary dear. Afriz tak ada niat buruk kepada Tasya pon." Ujar Afriz seakan-akan tahu maksud dari reaksiku.

"Nah." Afriz menyerahkan beg kertas bersaiz sederhana kepadaku.

Aku menundukkan kepala melihat beg kertas tersebut lalu menayangkan riak wajah yang pelik.

"Apa ni?" Soalku.

"Huh~ nampak sangat Tasya tak tahu pasal perkembangan sekolah kita kan?"

Kerutanku makin bertambah selepas mendengar Afriz berujar. Perkembangan? Apa maksud Afriz?

"Tasya masuklah dulu. Afriz tunggu kat luar. Pastikan Tasya pakai dress dalam beg ni tau."

Aku menggaru-garu belakang leherku dengan muka monyok. Aku sebenarnya tak faham lagi maksud Afriz. Buat apa nak tukar baju?

"Just get in Tasya. I'll wait. Don't be late." Apabila melihatku yang masih blur, Afriz terus menolakku hingga masuk ke dalam toilet.

Tanpa membuang masa, aku terus menukar pakaianku kepada dress panjang berwarna baby blue dan di pinggangku telah dililitkan oleh ribbon pink. Satu pujianku, cantik!

Tapi apa sebenarnya yang akan terjadi?

Tok tok tok

"Tasya. Dah siap ke?" Soal Afriz dari luar.

"Dah. Wait!" Sahutku lalu berjalan ke arah pintu lalu membukanya.

Aku melihat Afriz yang bagaikan terkaku memandangku. Aku menayangkan muka pelik.

"Why? Tak sesuai eh Tasya pakai?" Soalku sedih.

"Eh? Mana ada. You are so beautiful and gorgeous my love." Pujian daripada Afriz itu membuatkan mukaku terasa panas.

Uish.

"Err tha-thanks Afriz." Balasku gugup.

Aku memandangnya. Eh, baru perasan yang dia pon dah tukar baju dengan tuxedo hitamnya. Err what's going on?

"Kita nak pergi mana Afriz?" Soalku lagi.

Afriz tersenyum.

"Takkan Tasya tak dapat info pasal party harini?"

Aku mengerutkan dahiku.

"Party what?"

"Yeah. Harini form 5 akan buat night party di dewan. All students are invited. Include you, Alisa Natasya." Balas Afriz lalu menyebut nama panjangku.

Aelysh's Secret ✔Where stories live. Discover now