Sudah dua hari aku meninggalkan Perak menuju ke Kuala Lumpur bersama Airis dan Ariz. Aku teringat ketika kami bertiga di dalam kereta. Hanya mendiamkan diri dan larut dalam dunia sendiri. Mengenangkan aku yang baru mengetahui punca sebenar yang memang menyakitkan lubuk hatiku.
Sampai sekarang aku tidak jengah memikirkan persoalan yang terngiang-ngiang di dalam kepalaku.
Kenapa aku?
"Miss?" Panggilan daripada klienku membuatkan aku tersedar daripada lamunanku.
Aku menggelengkan kepala.
"Sorry. So, macam mana dengan urusan kerjasama kita?" Soalku.
Kelihatan klien yang berhadapan denganku atau lebih dikenali sebagai Razif mengeluh kecil.
"Kau ada masalah?" Soal Razif. Sebenarnya Razif ni kawan aku dan dalam pada masa yang sama, klien tetap aku.
"I'm okay." Balasku sambil tersenyum kecil.
Tiba-tiba Razif duduk disebelahku dengan dekat. Dia memandangku dengan kerisauan manakala mataku meliar-liar memandang sekeliling cafe tersebut. Takut juga terserempak dengan papparazi then mulalah gosip baru muncul di dada akhbar lagi.
"Bukan semalam aku kenal kau. Dah lama. So kalau kau ada masalah, kau boleh luahkan dekat aku." Ujar Razif prihatin.
Aku hanya memandang wajah suci Razif lalu menggeleng kecil.
"It's okay. Lagipun masalah kecil je. Aku boleh handle sendiri. So by the way, kita berhenti di mana tadi?" Soalku seraya menukar topik.
Mataku kembali melihat kertas-kertas kerja yang berada di atas meja dan memulakan perbincangan.
...
"Err Miss Tasya, ada orang nak jumpa Miss." Ujar Kak Erlin.
Aku memandangnya sekilas lalu kembali memandang kerja yang berlambak di atas meja.
"Mr Ariz Naufal." Jawapan daripada Kak Erlin yang membuatkan kerja-kerjaku terhenti.
Aku mengangguk kecil.
"Suruh dia masuk" Balasku.
Tak lama kemudian, Ariz masuk dengan berpakaian formal. Mungkin dia sibuk dengan GhD Group memandangkan dia bakal menjadi CEO syarikat tersebut tak lama lagi.
"So, why you come here?" Soalku serius.
"Wo wo. Chill sis. Don't be serious." Ariz menenangkanku.
Aku tersengih kecil.
Mananya tak serius? Dengan kerja yang berlambak ni. Dah la abang Harraz terpaksa mengikuti pengembaraan ke seluruh Malaysia untuk ujibakat mencari artis dan pelakon baru yang baru sahaja dijalankan. So, memang minggu ni aku terpaksa menjadi Tasya tanpa henti.
"Okay sorry. Alis banyak sangat kerja. So, ada apa Ariz datang ni?" Soalku dengan tenang.
"About....mummy."
Aku mengerutkan dahi.
"Why?"
"Dia dah mulakan serangan lancarnya. So, Ariz datang ni untuk memastikan Alis dalam keadaan yang selamat dan sentiasa bersedia." Balas Ariz prihatin.
Aku menggeleng kecil.
"Oh god. How can she did that to me? Kenapa dia benci sangat dengan Alis?" Soalku sendirian.
"Yah, you know. Dia bencikan our mother then dia lampiaskan kepada Alis. Tapi, yang Ariz pelik, why just you? Ariz ni kan twin Alis." Soal Ariz dengan pelik.
YOU ARE READING
Aelysh's Secret ✔
Fiksi RemajaAku Alisa Natasya. Seorang gadis yang mempunyai perwatakan yang hodoh, bodoh, dungu, dan semua yang negatif untukku. Ya aku mengaku itu. Dan aku tidak merasa sukar untuk lalui itu semua kerana dari situ, aku menjadi puas. Aku boleh melihat siapa man...