Ji Yeon's POV
Dia nampak gembira tersenyum kepada perempuan itu. Perempuan mana entah aku pun tak tahu. Aku rindu senyuman dia. Rindu dia tersenyum manis padaku. Hanya untuk aku.
Aku melihat skrin telefon. Membuka profile Kakao Story milik dia dan melihat update status terbaru daripada dia
"Bae, I will be there for you when world is against you ❤👫"
Tch. Aku tak tahu la nak gelak atau menangis. Kata-kata yang sering dia janjikan padaku, tetapi sekarang dia sendiri yang memungkirinya. Hati aku berbelah bahagi. Separuh hatiku berasa marah, separuh lagi masih rasa sayang.
"Ji Yeon," seseorang menepuk bahuku dari belakang. Aku toleh. Nam Joo.
"Kau nak tengok dari jauh je ke? Baik kau pergi jumpa dia, minta penjelasan perkara sebenar sebelum dia terbang jauh. Aku tak sanggup la tengok kau macam ni,"
Ye. Aku sedang menyorok dan melihat dia dari jauh. Aku terima mesej daripada Hong Bin mengatakan dia ada di lapangan terbang dengan seorang perempuan. Terkejut tak terkata aku saat terima mesej itu. Setahun dia mendiamkan diri daripada aku. Aku cuba cari dia di merata tempat dan di sini aku jumpa dia.
"Aku dah kata dah dia ada perempuan lain. Kau tak percaya. Sebelum ni kau asyik back up dia. Kau kata dia setia lah, apa lah. Sekarang kau tengok dengan mata kau sendiri! Ish aku benci betul lah mamat ni. Kau tunggu sini aku pergi serang dia,"
Aku tarik tangan Mi Joo sebelum dia sempat pergi serang Jin Young dengan perempuan tu. "Janganlah Mi Joo. Please.. don't make any scene here," aku pujuk dia. Bahaya sikit dia ni kalau dah marah.
Nasib malang apa entah yang menimpa aku ni, Mi Joo lepaskan tangan aku lalu terus menuju ke arah Jin Young dan perempuan itu. Dari jauh aku dapat dengar suara lantang dia. Aku mengetap bibir lalu memandang wajah dua lagi rakanku, Nam Joo dan Soo Jung. Mereka menggeleng kepala.
"Ahhhhhhh! Lepas la!"
Aduh. Siapa pulak yang menjerit tu.
"Weh Mi Joo tarik rambut perempuan tu la! Pegi halang dia cepat!" Arah Nam Joo.
Aku dan Soo Jung cepat-cepat lari ke arah Mi Joo. "Mi Joo-ya, keumanhae (stop)," Soo Jung berjaya menarik Mi Joo dari terus menyerang perempuan tu. Aku memandang Jin Young yang tergamam melihat kehadiranku.
"Kau explain sekarang!" Teriak Mi Joo kepada Jin Young. Jin Young pandang aku dengan rasa bersalah.
"Mianhae Ji Yeon-ah. You deserve someone better than me," kata dia lalu beredar dengan perempuan itu sambil menarik luggage.
"Itu je?! Yah!" teriak Mi Joo lagi.
Aku terduduk. Ini yang aku dapat bila dapat jumpa dia selepas menghilang setahun. Seriously? Aku rasa bodoh sebab tunggu dia. Air mata aku jatuh juga akhirnya.
Jadi, dia nak pergi luar negara, tinggalkan aku?
---REAL---
Aku melepaskan keluhan berat. Apa yang dia nak, asyik muncul dalam mimpi aku je? Urgh tolong la. Dah setahun sejak insiden tu berlaku.
"Kalau saya muncul dalam mimpi awak tu maksudnya ada perkara yang saya nak sampaikan,"
Eh tak lawak la. Kau nak sampaikan apa kat aku hah? Tak guna betul. Dah bla tu, bla je la. Jangan muncul lagi walaupun dalam mimpi aku.
Setiap kali aku mimpi tentang insiden di lapangan terbang tu, kepala aku jadi berat. Namun aku tetap gagahkan diri untuk bersiap-siap ke sekolah.
"Ji Yeon-ah!" Namaku diseru oleh tiga orang gadis bak kumpulan koir. Siapa lagi kalau bukan tiga orang rakan baik aku tu. Aku cepat-cepat keluar dari rumah selepas minum segelas jus oren dan mencium pipi eomma.
"Joheun achim! (Good morning!)"
Aku senyum. Syukur aku masih ada kawan-kawan yang setia bersamaku tak kira apa pun yang berlaku. Oh ye, mari aku perkenalkan kawan-kawan aku. Nam Joo, kawan yang paling lembut hati. Mi Joo, kawan yang paling mulut laser sekali. Soo Jung, kawan yang paling tenang.
Aku?
Hi. Aku Park Ji Yeon. Umur aku 18 tahun. Pelajar Sekolah Tinggi Hanlim. Macam yang korang dah tahu, aku kena tinggal dengan teman lelaki aku. Dua tahun yang lalu, dia senyap tanpa berita secara tiba-tiba. Setahun lepas itu, aku dapat tahu dia nak tinggalkan Korea dengan teman wanita dia yang baru. Ye. Dia tinggalkan aku tanpa berikan sebab yang jelas. Sejak dari itu, aku tak percaya mana-mana lelaki kecuali appa aku. Hidup perlu diteruskan. Ayuh kita mulakan hidup baru!
KEDEBUK!
Tiga pasang mata memandangku dengan pelik. Ah, aku berkhayal lagi la ni sampai jatuh tersadung macam ni. Ji Yeon, tolong kembali ke dunia realiti!
"Ni mesti berangan rangka cerita novel dalam kepala ni. Haih," aku tersengih lalu menyambut tangan Nam Joo yang dihulur kepadaku. Soo Jung dan Mi Joo hanya menggeleng kepala.
"Korang ada dengar cerita tak pasal pelajar baru kat sekolah kita?" Nam Joo memulakan gossip pagi dia selepas membantu aku bangun dari jatuh. Aku menggeleng. Cerita apa? Aku bukan ambil peduli pun pasal orang lain.
"Pelajar baru? Maksud kau pelajar dari kelas lain yang tukar ke kelas kita ke?" Tanya Soo Jung.
"Bukanlah. Pelajar baru maksudnya pelajar yang baru masuk sekolah kita dari sekolah lain. Faham?"
"Ha ye lah. Kenapa dengan pelajar baru tu?" Tanya Mi Joo sambil makan ais krim. Pagi-pagi dah makan ais krim sambil berjalan ke sekolah. Ei dia ni. Tak sejuk ke pagi-pagi makan ais krim. Sakit dada nanti baru tahu.
"Semalam aku dengar ketua kelas kita kata ada 7 orang pelajar baru masuk sekolah kita. 4 of them sama tahun dengan kita,"
Mi Joo buat muka tak puas hati. Ais krim tadi dah habis dimakannya. "Hek eleh. Itu je kau nak bagitahu? Lelaki ke perempuan?"
"Hehe. Entah," Nam Joo menjungkitkan bahunya.
Kami sampai di hadapan kelas. Kelihatan berkelompok-kelompok geng gossip mak jemah di sana sini. Bincang apa entah, tapi macam terlebih pula dos gedik mereka hari ini.
"Eh kenapa budak-budak perempuan ni lepak depan kelas kita. Semak betul lah aku tengok," kata Mi Joo.
"Ji Yeon, tengok tu. Tempat duduk kau dengan Mi Joo," aku dan Mi Joo memandang ke arah tempat duduk kami yang diperkatakan oleh Soo Jung.
Aku membulatkan mata melihat tempat duduk kami.
Siapa tu?......
To be continued ...
----------
A/n: Hey guys! Macam mana? Ok tak? Sorry kalau tak best. Dah lama tak menulis sebab exam hari tu so hiatus kejap. Ff lama tu dah unpublished, maka ff baru pula dikarang. Heheh. Please support my new story and hit the Vote button. Comments amat dialu-alukan. Thank you! 많이 사랑을 주세요~ ❤❤❤
2/12/2016.
YOU ARE READING
Hello Love (Malay)
Fanfiction"Cinta? Natang apa tu? " Sejak kena tinggal dengan teman lelaki, orang yang paling dipercayainya, Ji Yeon langsung tak buka hati dia untuk mana-mana lelaki. Susah dia nak percaya lelaki yang mengungkapkan rasa cinta kepadanya. Semua tu dusta belaka...