Ji Yeon's POV
"Ji Yeon, kau tak nak makan ke?" Tanya Mi Joo kepadaku sebaik sahaja cikgu dan pelajar-pelajar lain keluar dari kelas untuk sesi rehat. Aku geleng lemah. Entah kenapa sejak bangun tidur pagi tadi aku rasa tak sedap badan. Sarapan pun aku tak ambil sebab tekak rasa mual.
"Kau okay tak ni?" Tanya Soo Jung pula.
"Aku okay la. Geokjeongma (don't worry)," aku hadiahkan senyuman yang dibuat-buat kepada mereka. Kalau mereka tahu aku rasa tak sihat, mesti mereka suruh aku berehat di bilik infirmary. Aku tak nak ponteng kelas, susah kalau ketinggalan pelajaran.
Mereka masih lagi tercegat di situ. Muka masing-masing risau, terutamanya Nam Joo. "Bibir kau pucat lah. Betul ke kau okay ni?"
"Betul, aku okay. Dah la, pergi makan. Nanti lambat pula," aku tolak mereka bertiga ke muka pintu untuk meyakinkan mereka yang aku baik-baik sahaja.
"Ppalli ga (hurry, go),"
Setelah kelibat mereka hilang dari pandangan, tiba-tiba aku berasa pening yang amat sangat. Kepala betul-betul rasa berat. Pandangan mata aku berpinar-pinar. Lutut yang terasa lemah hampir sahaja membuat aku jatuh terduduk, namun aku cepat-cepat berpaut pada pintu. Aku mengitarkan pandangan ke seluruh kelas, mana tahu ada sesiapa yang boleh tolong. Aku betul-betul tak larat nak berjalan.
Nasib aku baik apabila ada seorang pelajar yang belum keluar dari kelas lagi. Harap-harap dia boleh tolong aku.
"Chogi... To -"
Kedebuk!
Tiba-tiba pandangan aku jadi gelap gelita.
☆☆☆☆☆☆☆☆☆☆
Aku buka mata perlahan-lahan. Cahaya lampu yang sangat terang menyakitkan mata aku. Pandanganku agak kabur. Apa yang dah terjadi? Kenapa aku ada di dalam infirmary?
"Weh dia dah sedar!" Ini suara Mi Joo.
"Ji Yeon-ah," yang ini suara Nam Joo. Dia seperti baru lepas menangis.
"Shhh, jangan bising. Dia baru saja sedar," Soo Jung yang paling tenang, menenangkan mereka.
Tiga orang rakanku ini sedang duduk di sisi katil sambil melihat aku. Aku nak tanya mereka apa yang berlaku, tetapi nak bercakap pun rasa seperti tidak ada daya.
"Ji Yeon-ah, gwaenchanha?" Tanya Soo Jung kepadaku. Aku hanya mampu mengangguk.
"Ji Yeon-ah, igeo masyeo (drink this)," Nam Joo menyuakan segelas air kepadaku. Aku berjaya minum air dengan bantuannya. Baru rasa lega sedikit.
"K-kenapa aku ada kat sini?"
"Kau pengsan tadi. Doktor kata gastrik. Teruk gastrik kau ni sampai pengsan. Kau ada skip makan ke?"
Hah. Baru aku teringat yang semalam aku tak dinner! Makan malam yang sepatutnya aku makan di kafeteria dengan Infinite, aku tinggalkan sebab rasa geram. Kemudian, aku ke bilik kelab, tertidur, lepas itu balik rumah aku sambung tidur. Ya, aku skip makan malam.
"Semalam aku lupa nak makan malam,"
"Lupa? Apa je yang kau ingat? Jaga la kesihatan sikit. Kau tu ada gastrik. Mana boleh makan lewat, apatah lagi tak makan langsung," Mi Joo mula membebel. Haha, sayang juga dia kat aku.
Tapi, ada satu perkara yang aku curious.
"Siapa yang bawa aku kat sini? Rasanya tadi kelas kosong," entah. Aku pun tak pasti sama ada pelajar yang aku nampak di dalam kelas sebelum pengsan tadi itu betul ataupun khayalan aku saja.
YOU ARE READING
Hello Love (Malay)
Fanfiction"Cinta? Natang apa tu? " Sejak kena tinggal dengan teman lelaki, orang yang paling dipercayainya, Ji Yeon langsung tak buka hati dia untuk mana-mana lelaki. Susah dia nak percaya lelaki yang mengungkapkan rasa cinta kepadanya. Semua tu dusta belaka...