Ji Yeon's POV
Siapa tu?...
Siapa yang berani sangat duduk kat —
Omo! Dah la duduk kat tempat aku, lepas tu suka hati mak nenek dia je belek novel aku? Ish cuainya kau ni Ji Yeon! Patut lah cari kat rumah tak jumpa. Ini mesti tertinggal dalam laci meja masa kemas kelas tiga minggu yang lalu.
Ah, tak kisah lah tertinggal novel ke apa. Persoalan sekarang, siapa dia? Dari mana dia datang? Kenapa dia duduk kat tempat aku? Tak, bukan dia je, sebelah dia pun ada seorang lagi yang tak dikenali duduk di tempat Mi Joo.
Pantang betul aku kalau tempat aku orang lain duduk, barang aku orang lain sentuh. Lain kesnya kalau kau orang yang aku rapat. Ini tak, he is completely a stranger and he is a guy which I have a problem to trust, duduk kat tempat aku, and he is touching my novel! Kalau buku aku kotor macam mana? Baru fikir sahaja dah buat aku rasa nak menangis.
Kaki cepat-cepat nak melangkah —
"Ji Yeon, sabar. Kau jangan nak mengamuk pula hari pertama sekolah ni. Nampak tak bersepah-sepah budak junior kat depan kelas kita ni," Soo Jung yang dah masak dengan perangai gila aku sempat tahan aku dari memalukan diri sendiri — mengamuk.
"Memang patut pun dia nak marah, kan masing-masing ada tempat yang ditetapkan. Dah kenapa nak duduk kat tempat orang. Dia tak tahu ke Ji Yeon ni pantang orang sentuh barang dia," kata Mi Joo seolah-olah mengapi-apikan aku.
"Tak lah. Cuba kau tengok tu, tak pernah nampak pun diorang! Entah-entah pelajar baru yang aku cakap tadi ke," Nam Joo mengecilkan mata dan membetulkan kaca matanya sambil menuding jari ke arah mereka.
Ye tak ye. Huh, nasib baik aku tak mengamuk. Tenang Ji Yeon, tenang.
Aku melangkah ke tempat aku dengan tenang. Khusyuk benar nampak gayanya budak ni belek novel aku. Telinganya disumbat dengan earphone. Begitu juga lelaki di sebelahnya.
Aku ketuk meja sambil panggil dia, "Chogiyo,"
Diam.
"Excuse me?"
Diam lagi. Haih.
Aku lambaikan tangan di hadapan mereka. Lelaki yang duduk di tempat aku mengangkat wajahnya memandangku.
"Ini tem — "
Dia tunduk semula. Kali ni dia buka muka surat pertama novel aku yang dibeleknya tadi. Ini perbuatan kurang ajar dan minta kaki namanya.
"Woi," Aku menyepak kaki kerusi.
Berjaya! Kedua-duanya mencabut earphone lalu mengangkat wajah mereka. Seorang nampak terkejut, seorang lagi nampak marah. Eh sepatutnya aku yang marah, bukan kau!
"Ini tempat aku," tanpa mukaddimah, aku terus menyatakan ayatku direct tanpa belok-belok.
"Mana? Sini?" tanya dia sambil memandangku tajam. Fikir aku takut ke?
"Ye la, kat sebelah tu pun dah ada orang,"
"Nama kau?"
"Huh?" Blur sekejap. Kenapa dia tanya nama aku?
Dia menjeling lalu bangun sambil mencari-cari sesuatu.
"Aku tak nampak nama sesiapa pun kat sini, so meja ni tak ada kepunyaan sesiapa lah," Heol. Dia duduk balik sambil teruskan bacaan novel aku tu. Ei geramnya. Dah la baca novel aku sesuka hati!
Aku rampas novel itu. "Ini, novel aku. Ini pula, tempat aku. Aku dah reserved tempat ni sejak tahun lepas!" Aku mengawal kesabaran aku menghadapi muka annoying budak ni.
YOU ARE READING
Hello Love (Malay)
Fanfiction"Cinta? Natang apa tu? " Sejak kena tinggal dengan teman lelaki, orang yang paling dipercayainya, Ji Yeon langsung tak buka hati dia untuk mana-mana lelaki. Susah dia nak percaya lelaki yang mengungkapkan rasa cinta kepadanya. Semua tu dusta belaka...