03 - Camera

78 4 2
                                    

Ji Yeon's POV

Hari ini dah masuk hari ketiga sekolah untuk semester baru. Para pelajar kelihatan masih tidak boleh move on daripada topik INFINITE. Aku? Entah lah. Bila orang cerita, aku dengar je. Tapi tak lah sampai stalk segala SNS Infinite. Muka mereka pun aku ingat-ingat lupa. Tak penting pun untuk aku ingat.

Aku lepak di kafeteria sementara menunggu rakan-rakanku tiba. Dah 3 gelas jus aku habiskan. Lama betul mereka ni.

"Ji Yeon-ah!" Namaku diseru.

Nam Joo, Mi Joo dan Soo Jung sedang melambai-lambai ke arahku dari muka pintu kafeteria. Aku mengeluh lalu bangun dengan rasa malas.

"Kenapa lambat? Dah habis 3 gelas jus aku minum masa tunggu korang," Aku tayang muka tak puas hati.

"Alolo, mian (sorry). Kau tahu je la betapa ramai orang beratur nak register untuk kelab nyanyian dan tarian. Nasib baik kami sempat register. Hehe," jawab Nam Joo lalu memeluk lenganku.

Jam menunjukkan pukul 5 petang. Hari ini kelas habis awal kerana bermula jam 3.30 petang tadi para pelajar perlu mendaftarkan diri dalam aktiviti kokurikulum pilihan masing-masing.

Nam Joo pilih kelab nyanyian manakala Mi Joo pula pilih kelab tarian. Memang patut pun lama sebab ramai pelajar berebut nak masuk dua kelab tersebut.

"Soo Jung?"

"Aku ada perjumpaan dengan ahli baru sidang redaksi tadi. Kau pun masih dalam kelab fotografi kan?"

Aku angguk. Soo Jung dan aku memang tak akan tukar kelab sebab kami ahli tetap sidang redaksi dan kelab fotografi. Dah minat, nak buat macam mana?

Kami berjalan bersama-sama menuju ke arah bus stop. Hari ini kami tak bercadang nak stay back di sekolah untuk study. Homework pun tak banyak. Ye la, baru tiga hari sekolah. Tunggu la lagi seminggu, bertimbun kerja sekolah menanti kami semua.

"Nam Joo, kelab kau okay? Ada member yang kau kenal?" Aku bertanya. Sekadar untuk memecahkan kesunyian di antara kami. Saje borak kosong sementara menunggu bas tiba.

"Kelab nyanyian okay je. Start minggu depan kelab dah mula aktif dengan kelas nyanyian untuk ahli-ahli. Ha cakap pasal member, aku tak ada lah kenal ramai member sangat. Tapi yang aku ingat, aku nampak Nam Woo Hyun. Dia dapat jawatan AJK untuk tahun 2 (form 5),"

"Woah, pelajar baru dah dapat jawatan ye,"

"Suara dia merdu sangat! Kalau korang dengar pun boleh cair tau," kata Nam Joo dengan penuh teruja.

Tsk. Aku sengih kambing. "Kau pula Mi Joo?"

"Sama la dengan kelab tarian. Aku nampak sunbaedeul (seniors) masukkan nama Ho Won jadi AJK untuk tahun 2 juga. Haritu aku rasa macam dia ni annoying pasal kes dia duduk kat meja kita, tapi hari ni aku rasa macam kagum dan terpikat pula. Hahaha. Tarian dia sharp gila!"

"Banyak la kau punya terpikat. Namchin (korean slang for boyfriend)  kau nak campak mana?" Mi Joo hanya sengih mendengar soalan Soo Jung.

"Eleh why so serious. Aku gurau je. Eh Ji Yeon, kau tak ada perjumpaan ke? Boleh pula lepak kat kafeteria tunggu kami bertiga,"

Belum sempat aku nak jawab, bas sekolah tiba. Kami naik bas dan sambung berbual. Huh. Soalan daripada Mi Joo buat aku rasa lemah semangat. Memang kelab fotografi ni best sebab tak ramai member, tapi kelab ni juga lah yang paling sunyi sepi tak ada aktiviti. Aku pun tak tahu lah nak buat apa lagi.

"Tadi cikgu kelab fotografi jumpa aku. Katanya Pengerusi kelab letak jawatan. Dia merayu nak tukar kelab lain. Aku dah agak dah akan jadi macam ni. Tahun lepas masa dia jadi Naib Pengerusi pun dia sibuk pergi kelab lain. Pengerusi dengan aku je yang sibuk buat kerja. Korang bayangkan lah, kelab kami ada empat orang ahli je tahun lepas. Pengerusi, Naib Pengerusi, Setiausaha, dengan aku. Sekarang ni Pengerusi dan Setiausaha dah habis sekolah. Naib Pengerusi tukar kelab. Tinggal aku seorang je buat kerja. Cikgu harap sangat aku dapat teruskan kerja ni sebab cikgu suka gambar-gambar yang aku tangkap,"

Hello Love (Malay)Where stories live. Discover now