KEADAAN di dalam kereta Axia milik Puan Aifa sunyi sedari Hasya melangkah masuk ke perut kereta. Hanya suara DJ kedengaran di corong radio. Masing-masing melayan perasaan. Senyap.
"Mama, kita ada jiran baru ke?" suara Hasya memecah kesunyian. Dia masih meragui kewujudan Syahran sebagai jiran baharunya.
"Hmm.. Jiran baru ye? Oh mama baru ingat! Seminggu lepas ada orang pindah dekat rumah kaler hijau tu." Puan Aifa menoleh ke kiri sebelum pandangan dihalakan lurus ke hadapan. Matanya kembali fokus pada jalan raya.
"Kaler hijau 2 tingkat?" Hasya inginkan kepastian. Dia ingat lagi, projek membina rumah itu pernah terbengkalai beberapa bulan tanpa sebarang alasan. Tetapi diteruskan juga selepas itu.
"Yes." Puan Aifa mengangguk.
"Oh."
"Kenapa?" Puan Aifa hairan. Tidak pernah-pernah anaknya mengambil tahu fasal jiran setempat.
"Tak ada apalah." dalih Hasya. Belum masa yang tepat untuk menceritakan tentang Syahran.
Keadaan di dalam kereta kembali sunyi. Fikiran Hasya kembali melayang entah ke mana. Laju sahaja kaki Puan Aifa menekan pedal minyak. Deringan telefon milik ibunya mematikan lamunan Hasya. Dia hanya memerhati tingkah ibunya. Sesekali kepala Puan Aifa mengangguk mengerti.
"Sya boleh tolong mama tak?" soal Puan Aifa.
"Tolong apa?"
"Mama tak boleh hantar Sya depan rumah tau, mama hantar depan lorong aje. Tolong jalan kaki ye."
"You must be kidding me right?" Hasya sengaja membuat gelak tawa. Menyedapkam hati sendiri.
"No. I'm not." Puan Aifa menggeleng.
"Mama!"
"Sorry sayang. Mama busy sangat hari ni. Ramai customer datang."
"Apa guna pembantu mama tu?" Hasya tidak puas hati. Apalah agaknya pembantu tu buat sampai mama busy memanjang? Makan gaji buta agaknya! Gerutunya.
"Sya, dulu mama ada 3 pembantu. Seorang dah lari. Seorang pula berhenti. Jadi tinggallah seorang aje. Dah lah cepat turun." jelas Puan Aifa. Kereta Axia miliknya berhenti di hadapan lorong rumahnya.
"Sampai hati mama." Hasya keluar dari perut kereta dan berjalan lemah menuju ke rumahnya. Langkahnya terhenti di hadapan rumah dua tingkat berwarna hijau. Betul ke ni rumah dia? Desisnya. Hasya mengecilkan matanya melihat banglo tersergam indah bak istana di negeri kayangan.
"Cari siapa dik?"
"Oh mak kau ayam tergolek masuk parit!" sergahan suara wanita di pertengahan 30-an mengejutkan Hasya. Sampai melatah dibuatnya. Kus semangat. Dia mengurut-ngurut dadanya.
Wanita itu tergelak kecil dan mengulangi soalan yang sama.
"Cari siapa dik?"
"Hmm... ni... ni rumah Syahran ke?" Hasya menebak. Dia kelihatan ragu-ragu. Hish, kalau salah rumah buat malu aje!
"Ye, ni rumah Syahran. Ada apa ye?" soal wanita itu. Hasya menarik nafas lega. Syukur tak salah rumah...
"Saya nak jumpa dia boleh?" bagai baru tersedar apa yang diucapkan sebentar tadi, Hasya menampar-nampar pipi paunya. Dia benar-benar berharap agar ini adalah mimpi. Ouch! Ini realiti!
"Lah... Kenapa tampar pipi tu?" soal wanita itu pelik.
"Hehe... Tak ada apa." Hasya tersengih. Dia menggaru-garu kepala yang tidak gatal.
"Dah dah.. Jom masuk. Tadi kata nak jumpa Syahrankan?" wanita itu menarik lengan Hasya.
"Ye Mak cik."
"Eh, apa mak cik-mak cik ni? Akak muda lagi tau. Panggil aje Kak Mas." Kak Mas menepuk-nepuk bahu Hasya.
"Baiklah Mak cik. Eh tak..tak.. Kak Mas." Hasya mengetap bibir dan tersengih.
* * *
HASYA melabuhkan punggung di atas sofa. Dia metah kagum akan dekorasi rumah itu ala Melayu-Inggeris. Beg sandangnya diletakkan di tepi sofa. Hasya membetulkan tudungnya yang senget.
"Syahran! Ada kawan kamu nak jumpa ni." jerit Kak Mas dari tingkat bawah. Boleh tahan kuat juga suara Kak Mas. Kalah suara gorilla di ceruk hutan Amazon!
"Kawan mana pulak ni Kak Mas? Saya mana ada kawan. Dia salah rumah kot!" suara Syahran kedengaran agak meninggi dari tingkat atas. Sama level dengan Kak Mas.
"Turun ajelah. Dia nak jumpa kamu ni."
"Suruh dia baliklah! Kacau aje orang nak tidur!" Syahran menekup telinganya menggunakan bantal.
Hasya mulai diserbu rasa bersalah. "Tak apalah. Saya balik dulu Kak Mas." Hasya meminta diri untuk pulang. Salah dia juga petang-petang begini datang rumah orang. Tapi bukan ke tidur lepas asar tak elok untuk badan? Syaitan pun suka...
"Eh kejaplah. Kak Mas belum buat air lagi ni."
"Tak apalah Kak Mas. Susahkan akak aje. Lagipun saya nak cepat balik ke rumah ni."
"Hmm.. okeylah kalau macam itu. Nama adik siapa?"
"Hasya."
"Oh Hasya.. Sedap nama. Pandai mak kamu pilih."
"Tak adalah Kak Mas. Biasa-biasa aje." Hasya berdalih. Malulah tu!
"Syahran! Hasya nak balik ni!" jerit Kak Mas. Hasya menggarukan kepalanya yang tidak gatal. Adoi Kak Mas ni, mahu bingit telinga aku jadinya. Mungkin sudah menjadi hobi orang dalam rumah ni agaknya terjerit-jerit. Getusnya.
Spontan Syahran terjaga apabila nama Hasya diseru. Dia mengambil kaca mata di atas meja dan memakainya. Dia berlari-lari anak menuju ke tingkat bawah.
"Hasya?" ujar Syahran.
"Hai." Hasya membuat gaya peace. Hatinya kini dilanda tsunami. Matilah aku!
"Turun pun kamu Syahran! Kalau ye pun, sarunglah t-shirt Ran... Apa kejadahnya kamu pakai singlet aje jumpa kawan kamu ni. Hmm... Kamu dua orang berbuallah ye. Kak Mas nak buat air kejap." omel Kak Mas. Kemudian dia berlalu pergi ke dapur.
"So, kenapa awak datang sini?" Syahran melabuhkan punggung di atas sofa. Begitu juga Hasya.
"Oh, lupa pula." Hasya menepuk dahi. Kemudian dia mengeluarkan sesuatu dari poket begnya.
"Nah. Awak tertinggal dekat kantin tadi" Hasya menghulurkan sebatang pen. Terketar-ketar tangannya.
"Sebab ni ke, awak datang sini?" Syahran memandang wajah Hasya. Hasya melarikan anak matanya. Hasya mengerutkan dahi.
"Err... Hmm.. Saya balik dulu ye." Hasya berdiri dan menggalas beg sandangnya. Dia ingin segera menghentikan awkward moment antara dia dan Syahran.
Bertambah pelik Syahran melihat sikap Hasya. Kelam-kabut semacam. "Nantilah... tunggu Kak Mas buat air dulu. Kesian dia... penat aje buat air tak ada orang minum." kata Syahran.
"Tak apalah, saya nak balik. Dah lewat dah ni. Solat asar pun belum lagi. Opah saya kata, tak elok solat lewat-lewat ni, sebab..."
Belum sempat Hasya meneruskan kata-katanya, Syahran terlebih dahulu memintasnya. "Awak boleh aje solat kat sini. Saya pun belum solat lagi ni. Saya boleh aje jadi imam awak. Itu pun kalau awak sudilah." Dia sengaja mahu menduga Hasya.
"Err... Tak payahlah. Saya solat kat rumah aje. Bye." merona merah wajah Hasya. Dia mempercepatkan langkahnya keluar daripada banglo itu.
Syahran tersenyum sendiri.
YOU ARE READING
Memo Terakhir
Romance"Awak... awak siapa?" "Awak betul ke tak kenal saya?" "Tak." "Takkan tak cam kot muka handsome ni?" Pertemuan Hasya dan Syahran sewaktu dibangku sekolah bukanlah suatu pertemuan yang disengajakan. Tetapi, memang sudah dirancang dari awal demi men...