BAB 5

26 1 0
                                    

KAKI Hasya melangkah laju masuk ke pagar sekolah. Suatu jeritan mematikan langkahnya. Dia berpaling. Aduh! Mamat ni lagi! Gerutunya.

"Hey, Hasya!"

Dia mengeluh dan mempercepatkan langkah. Tidak mahu bertemu dengannya. Pasti dia akan diasak soalan demi soalan. Syahran berlari-lari anak mendapatkan Hasya. Dia memegang erat beg sandang Hasya. Nafasnya turun naik. Dia membetulkan kaca matanya menggunakan jari telunjuk.

"Awak nak apa?" tegang nada Hasya tuturkan. Tiada mood mahu melayan kerenah Syahran pagi-pagi buta.

"Amboi... garangnya!" Syahran mengecilkan matanya. Dia tertawa kecil. Melihat Hasya yang membisu, dia terus kepada intinya. "Kenapa hari sabtu hari tu, awak tak datang rumah saya? Kan dah janji. Berdosa tau tipu! Hari Ahad saya pergi rumah awak, tak ada siapa-siapa pun. Awak pergi mana?" bertubi-tubi soalan yang terpancul di mulut Syahran.

"Bagi sebab kenapa saya perlu beri tahu awak." Hasya berlalu meninggalkan Syahran yang termangu-mangu.

***

KELAS 4 Teknik kelihatan riuh-rendah persis berada di wad orang sakit mental. Mana taknya? Pelajar lelakinya terjerit-jerit bagaikan orang kehilangan akal warasnya dan pelajar perempuan pula mengekek-ngekek ketawa tidak ubah seperti Pontianak.

Tapi tidak bagi Hasya dan Mazni. Mereka tekun menulis sesuatu. Sesekali mereka mencuri pandang ke arah rakan seperjuangan yang lain.

"Okay done!" Mazni memandang Hasya. Hasya mengetap gigi dan mengangguk. Mereka berdua berjalan beriringan keluar kelas. Ada tempat yang harus mereka tuju.

"Cikgu, ni nama-nama murid yang bising." Hasya selaku penolong ketua kelas mengambil alih peranan Amir sebagai ketua kelas kerana ketidakhadirannya.

"Bagus. Lagi 7 minit nak rehat. Hmm.. Boleh tolong saya lagi tak sebelum kamu pergi ke kantin?" ujar Puan Aminah.

"Boleh.. Tolong apa ye cikgu?" Mazni mencelah. Terangkat-angkat keningnya.

"Tolong panggilkan nama-nama ni. Saya nak jumpa." Puan Aminah menyerahkan sehelai kertas kecil kepada Hasya.

"Baiklah cikgu." ujar Hasya dan Mazni serentak.

***

"MANALAH kelas 5 Sains ni? Penat aku jalan dari tadi." Mazni melepaskan keluhan kecil. Mahu putus kakinya berjalan dari tadi pusing-pusing satu sekolah.

"Ingat kau seorang sahaja ke yang penat? Aku pun penat juga." Hasya mengibas-ngibas tudungnya. Terik mentari kian membahang. Panas.

"Eh, tu lah." Mazni mengecilkan mata memandang ke arah kad manila yang ditampal di pintu kelas, tertera di atasnya SELAMAT DATANG KE 5 SAINS. Lalu, mereka berdua menuju ke kelas itu.

"Aku ketuk kau masuk okey?" soal Hasya.

"Okey." jawab Mazni sepatah. Dia tersenyum. Idea jahat timbul di benak fikirannya.

Tok. Tok. Tok.

"Assalamua..." Mazni menolak badan montel Hasya ke dalam kelas 5 Sains sebelum sempat dia menghabiskan kata-kata. Berderai gelak tawa 5 Sains melihat Hasya yang ditolak sahabat sendiri. Kurang asam jawa punya kawan!

Hasya mengumpulkan segala kekuatannya dan menghampiri guru yang tekun mencatat sesuatu atas sehelai kertas di meja guru. Setelah mendapat keizinan, Hasya berganjak lima langkah berhadapan dengan para senior.

"Nama-nama yang saya panggil, sila pergi ke bilik guru. Cikgu Aminah mahu berjumpa." lantang suara Hasya berbaur arahan.

"Woooooo..." para senior muak dengan junior yang berlagak tegas persis seorang guru, kecuali ada sepasang mata yang sedari tadi tersenyum memerhati telatah Hasya.

Memo TerakhirWhere stories live. Discover now