BAB 6

32 1 0
                                    

SYAHRAN tersenyum sendiri melihat buah hatinya duduk di bawah pohon jacaranda. Perlahan-lahan dia mendekati gadis itu.

"Hai. Lama dah tunggu?" Syahran menghadiahi sebuah senyuman kepada gadis itu. Manis. Terserlah lesung pipit di sebelah kiri pipinya.
Gadis itu terpesona. Mata mereka bertautan sebentar. Sedetik dua di biarkan sepi. Hanya pandangan redup berbicara hati ke hati.

"Ehem!" Syahran berdehem, mengembalikan diri si gadis ke alam nyata. Gadis itu tertawa kecil. Merah wajahnya. Malu barangkali. Lantas, Syahran duduk disamping gadis itu dan menggenggam erat tangannya.

"Mazni nak pindah sekolah." gadis itu menyuarakan isi hati. Dia menarik tangannya daripada genggaman Syahran.

"Mazni nak pindah? Mazni nak pindah mana?" terkejut Syahran mendengarnya. Tak Mazni! Kau tak boleh pindah! Suaranya bagai tersekat di kerongkong.

"Shah Alam." jawab gadis itu sepatah.

Sepi.

"Mazni nak putus." gadis itu menyatakan hasrat asal mahu berjumpa dengannya. Syahran tergamam. Inikah yang aku dapat setelah bermati-matian memperjuangkan cinta kita? Inikah yang aku dapat Mazni? Kau kejam Mazni! Kau kejam! Hatinya merintih penuh luka persis ada duri halus menusuk-nusuk di jiwa. Sakit dan perit bercampur menjadi satu.

"Takkan sebab pindah aje, Mazni nak minta putus? Dulu Mazni kata, Mazni takkan tinggalkan Syahran. Kenapa ni sayang? Look, Syahran sayangkan Mazni... Takkan sebab alasan tu Mazni nak tinggalkan Syahran? It's not make sense dear." lirih Syahran. Sedih hatinya buah hati akan pegi meninggalkannya.

"Yes. That's not the only reason." tangan gadis itu bermain-main dengan kuntuman bunga pohon jacaranda yang jatuh berguguran tika angin semilir datang menerpa.

"Dah tu, sebab apa? Cuba bagitahu Syahran." sayu suaranya. Tidak tahu harus bagaimana. Dia tidak mahu gadis itu pergi dari sisinya.

Gadis itu tersenyum.

"Suatu hari nanti, Syahran akan tahu." gadis itu bingkas bangun meninggalkan Syahran. Kaki Syahran tika ini berat untuk mengejar gadis itu, sama seperti hatinya yang berat untuk melepaskan gadis itu pergi.

***

HASYA mengelap peluh menggunakan tangannya. Nafasnya turun naik dengan menggila. Penat berlari tiga pusingan padang. Dia kini berseorangan memandangkan semua pelajar yang lain termasuk sahabat baiknya telah kembali ke dalam bilik darjah. Tanpa berlengah, dia duduk bersandar di bawah pohon yang agak rendang dan mengibas-ngibas tudung. Tekaknya terasa perit. Dahaga. Pekena cendol pulut ni pehhh! Getusnya.

Susuk tubuh sedari tadi memerhati telatah Hasya dari jauh, kini menghampirinya.

"Nah."

Susuk tubuh itu menghulurkan air botol mineral dingin. Hasya mengambil tanpa was-was lalu meminumnya sehingga habis. Wah! Lega tekak!

"Kenapa eh... bila saya haus mesti awal muncul dan kasi saya air?" Hasya memandang wajah Syahran yang berdiri di hadapannya.

"Kenapa eh?..." Syahran melabuhkan punggung di sebelah Hasya dan meneruskan kata-katanya. "Mungkin sebab... kita dah ditakdirkan bersama?" Syahran menoleh ke arah Hasya. Dia mengorak senyuman.

Tergelak besar Hasya dibuatnya. Tangannya menumbuk-numbuk tanah dek geli hati. Syahran mengerutkan dahi melihat tingkah laku Hasya. Lawak sangat ke apa yang aku cakap? Bisiknya.

"Hmm... maksud ditakdirkan bersama, lebih kepada ikatan persabahatan bagi saya. Bukan cinta semata-mata." Syahran menerangkannya dengan penuh berhati-hati mengelakkan kesalahfahaman berlaku.

Memo TerakhirWhere stories live. Discover now