Hari pertama liana berkerja sambilan di kafe starbucks itu dia merasa sungguh gembira kerana berjaya mendapat pekerjaan itu .
Teringat kembali waktu semalam dia menghubungi nombor tuan punya kedai untuk meng apply jawatan kosong itu . "Cik" sapaa seorang pelanggan yang menghentikan lamunan liana itu .
Liana terus terpukau dengan jejaka tampan di depan mata nya . Rambut hitam ikal yang terpacak , baju polo hitam dengan seluar jeans dan kaca mata hitam yang di pakai nya itu cukup membuat liana terpukau dan membisu ."Cik saya nak buat pesan satu kapuchino ye" kata lelaki itu dengan wajah selamba .
"Okay kejap ye" balas liana pendek . 5 minit kemudian liana menghantar pesan lelaki itu .
"Terima kasih" kata lelaki itu sambil tersenyum .
"Sama-sama balas liana gembira . "Cik ni pekerja baru ke kat sini" soal nya .
"Aah baru harini first day kat sini tapi kerja sambilan aje" balas liana bersahaja .
"Ouhh patut lah baru nampak . Saya ni pelanggan tetap kat sini . Patut lah baru hari ni nampak cik . By the way nama saye hazariq zuhairi" kata nya dengan lemah lembut .
"ouh nice name , nama i Liana nathasa shahirah" balas liana dengan senyuman manis nya . "Wow panjang nya nama susah akad nikah nanti " jawap zuhairi yang sengaja menyakat liana dengan ketawa yang tidak sedar dunia .
"Ehh pandai awak bergurau , bukan nya awak yang lafaz akad saya nanti" balas liana sambil menjeling dan menuju semula ke kaunter .
Liana dan rakan-rakan kerja nya sudah pun mula mengemas dan membersihkan kafe mereka sebelum mereka menutup kafe itu . Setelah selesai mereka mengemas mereka pun keluar dan menutup dari luar kafe .Akhir nya semua pun pergi dengan laluan masing- masing. Liana pun terus menuju ke kedai seven eleven di belakang bangunan . Ketika hendak ke sana dia merasa ada orang sedang memerhati dan mengekori nya .
Dia terus berjalan dengan laju melewati jalan sepi itu tapi muncul sebuah motosikal dengan laju memecut ke arah nya dan "pakk" mereka meragut beg tangan nya .
Liana yang cuba mempertahankan beg tangan nya terhantuk ke dinding ketika peragut memecut lari. Penglihatan liana menjadi gelap dan kabur tapi dia seperti ternampak seorang lelaki di depan matanya sebelum dia pengsan .
Mata liana terbuka dengan penglihatan yang masih kabur dia duduk di katil nya . Setelah lama dia duduk penglihatan nya beransur pulih dia menjerit-jerit sehingga nurse datang
"Saya ada kat mana ni cik " tanya nya .
"Cik ada kat hospital mengikut maklumat cik tadi pengsan ketika di ragut dan ada seorang pemuda yang menghantar cik kat sini,tapi dia dah jalan dia tinggal kan kad ni je" balas nurse itu sambil menyerahkan kad itu kepada liana .
Liana terus membaca "Sorry sebab tinggal kan awak saya ad hal kecemasan nanti awak balik awak call saya
#HazariqZuhairi " liana lega membaca surat itu tapi dia mengingati siapa ka Hazariq Zuhairi ni macam pernah dengar je nama dia bisik hati nya .#Vote and komen ^^
YOU ARE READING
Husband Sebelah Bilik !
RomanceLiana natasah shahirah yang sangat obses dengan negara kegemaran nya iaitu turkey istanbul . Cita - cita nya ialah untuk menyambung pelajaran di salah satu university di sana . Tapi tanpa di sangka dia bakal khawin di usia muda iaitu selepas 2 bulan...