"Tokk-tokkkkk " ketukan itu mengejutkan liana .
" Siapa tu , masuk lah " pinta nya
" krekkk… " bunyi pintu bilik nya di buka . Muncul lah ibu dan ayah nya dengan wajah selamba .
" ehh ayah ibu kenapa ni , duduk lah " pinta nya dengan wajah penuh tanda tanya ." Hha ayah dan ibu ade nak cakap sikit ni , tapi lia jangan terkejut pula . Hha lagipun ayah yang nak cakap tu " kata puan maria sambil menunjuk ke arah suami nya yang masih berdiri di sebelah pintu bilik . Liana terus merasa tidak sedap hati kerana seingat nya ibu dan ayah nya tidak pernah perperangai sebegini . Jika ayah dan ibu nya ingin meminta sesuatu tidak pernah pun seperti ini sehingga ke bilik dan mau berbincang dengan teliti . Perasaan lianan mula berdebar dan penuh tanda tanya .
" Ok , cakap lah apa yang ibu dan ayah nak cakap . penting sangat ker sampai macam ni sekali nak berbual " tanya nya dengan wajah yang pelik . "Penting lia , penting untuk masa depan lia . Sebenar nya hari tu ayah dan ibu terjumpa kawan lama kami kat majlis dato sri zainal . Mereka memang kawan rapat ayah dan ibu dulu tapi 10 tahun lepas mereka behijrah ke luar negara kerana ada hal mustahak . Sebelum pergi tu mereka dan ibu dan ayah ada buat perjanjian untuk kami tetap ingat mengingati . Dulu dari kamu lahir sampai umur kamu 7 tahun kamu rapat sangat dengan anak mereka . Sebab ayah ibu dan untie uncle tu rapat so liana pun rapat dengan anak lelaki nya tambahan pula lia dan dia anak sulung keluarga " kata ayah nya panjang lebar .
"Ohh macam tu jadi apa kaitan nya dengan masa depan lia ? Dan apa perjanjian ayah dan ibu buat ? " soal nya dengan wajah sedikit marah .
" Ok-oke sabar biar ayah jelaskan . Nama kawan ayah dan ibu tu ialah Dato khalid isterinya datin sharifah . Kami ber-empat dah berjanji akan jodohkan kamu dan anak mereka bila mereka pulang kat sini . Dan mereka dah pun pulang sebulan yang lepas . Ingat tak malam haritu ibu dan ayah tidur rumah kawan ? Hha kami tidur kat rumah mereka lah . Dan sebenarnya kami dah uruskan persiapan pertunangan untuk kamu berdua . Dan pertunangan tu akan berlangsung pada 2 minggu akan datang " balas ayah nya panjang lebar dengan wajah yang sedikit serius .
" Hhhaaaa... lia tak boleh percaya apa yang ayah baru cakap sampai hati ayah dan ibu buat semuanya tanpa pengetahuan lia , dan bagitau lia 2 minggu sebelum pertunangan tu . kenapa tak bagitau sehari sebelum bertunang tu jer kan senang " jawap lia dengan nada suara yang semakin meninggi dan wajah yang sangat serius .
"Ibu minta maaf kat lia sebab tak bagi tau awal- awal . Kami dah pun janji kan takkan lah ibu dan ayah nak ungkiri lagipun tak ada salah nya pun kan ? Kami buat macam ni pun untuk masa depan lia juga kan ? " soal ibu nya .
Lia diam dia berfikir kembali memang tidak ada salah nya lagipun baru bertunang kan , lepas bertunang tu boleh lah lia cari cara untuk putuskan tunang " kata hati nya .
Setelah lama terdiam lian pun menjawap "ok lah bu lia ikut jer kalau memang itu yang ibu dan ayah rasa terbaik untuk lia dan masa depan lia . Lia percaya ibu dan ayah akan buat keputusan yang terbaik untuk lia kan " kata nya perlahan .
"Betul tu lia ibu dan ayah akan buat yang terbaik untuk lia " balas ibu nya .
"Jadi macam mana lia nak kenal dengan bakal tunang lia tu ? " pinta nya dengan wajah bergurau .
"Emm , biar ibu bagitau apa yang ibu tau pasal dia . Nama nya Hazariq zuhairi , dia seumur dengan lia . Sekarang dia tak buat apa-apa sementara tunggu keputusan keluar . Ibu dah jumpa dengan dia kat rumah untie uncle haritu orang nya memang handsome memang padan dengan lia . ibu tengok dia tu peramah dan suka bergurau .
Ouh yerr lupa pula esok untie dan uncle jemput kita sekeluarga makan malam kat rumah mereka . Esok malam boleh lah lia jumpa dan kenal dengan dia yerr" jawap ibu nya panjang lebar .
"Hha tu jer yang ibu tahu ? Esok malam ? " jawap nya terkejut .
"Hha ahh esok malam nanti esok ambil cuti jer ibu teman lia pergi shooping , lia pergi lah beli baju " jawap ibu nya sambil tersenggih- senggih .
"Ahh okey lah kalau macam tu , lia memang takde baju baru nak di pakai ni " spontan lia menjawap .
Ibu dan ayah nya pun beredar meninggalkan nya . Liana yang tinggal sendiri di bilik pun terus memikirkan tentang apa yanh bakal menimpa nasib nya . Dia akan di tunang kan dengan seorang lelaki yang hanya nama nya sahaja di ketahuinya . Dia bahkan langsung tidak pernah melihat wajah lelaki yang bakal menjadi tunang nya . Malam yang sunyi itu pun tambah sunyi apabila liana terlelap .
-----------------------------------------------------
#Sorry kalauu crita merepek .
#Vote and komen okay ^^
YOU ARE READING
Husband Sebelah Bilik !
RomantikLiana natasah shahirah yang sangat obses dengan negara kegemaran nya iaitu turkey istanbul . Cita - cita nya ialah untuk menyambung pelajaran di salah satu university di sana . Tapi tanpa di sangka dia bakal khawin di usia muda iaitu selepas 2 bulan...