Liana yang baru pulang terus mendapatkan ibu dan ayah nya di meja makan tapi tiada . Dia terus berlari naik ke bilik ibu dan ayah nya . Ketika membuka pintu dia melihat ibu dan Ayah nya sedang duduk menonton televisyen .
"Assalammuaikum" lalu dia duduk di sebelah ibu nya . Tanpa di tanya dia terus menerangkan panjang lebar mengenai apa yang berlaku petang tadi yang menyebabkan dia pulang lambat ke rumah .
Ibu dan ayah nya yang mendengar cerita nya penuh kusyuk itu menampakkan wajah sedih , marah dan risau dengan kejadian yang menimpa anak tunggal nya itu .
"Kenapa tak call ayah, ayah boleh ambil liana kat hospital queen elizabeth tu" kata ayahnya risau .
"Dah-dah pergi masuk bilik mandi sholat kalau nak makan pergi makan lepas tu tidur rehat dulu esok tak payah pergi kerja nanti ibu call majikan lia yer" kata-kata ibunya itu menyenangkan dan melegahkan hati nya .Tanpa berlengah dia menuju ke bilik nya dan mengerjakan apa yang patut . Setelah semua selesai dia pun baring dan merehatkan fikiran nya . Dia masih di hantui tanda tanya siapa ka hazariq zuhairi jejaka yang menolong nya tadi . Tanpa tersedar dia sudah pun melelapkan matanya liana tidur dengan lenanya .
"Kringg-kringg" bunyi lonceng mengejutkan liana yang masih di alam mimpi untuk bangun mengerjakan sholat subuh . Liana bangun dengan mata yang masih ter kebil- kebil liana mematikan jam lonceng nya dan pergi ke bilik mandi untuk mengambil wudhu.Selesai solat subuh liana turun ke dapur untuk mengerjakan rutin harianya iaitu menyediakan sarapan pagi .Ayah dan ibu nya terpegun melihat nasi goreng kampung , kueh-mueh kampung dan se jag kopi yang sudah tersedia di atas meja untuk sarapan mereka.
"Untung lah siapa yang dapat lia ni jadi isteri nanti" kata puan maria menyakat anak tunggal nya itu sambil makan kueh yang tersedia .
"Haah untung lah orang tu" sambung ayah nya sambil tergelak kecil . Ibu dan ayah nya berpandangan seperti ada sesuatu yang ingin di katakan atau lebih tepat seperti ada rahsia di antara mereka . Liana yang perasan dengan keadaan itu melihat lama ayah dan ibu nya meminta penjelasan.
"Ibu ayah ada sesuatu nak cakap ke ? " soal liana dengan perasaan curiga dan tidak sedap hati .
"Memang ada benda nak bagitau lia , ni pasal masa depan lia . Tapi sekarang ayah dan ibu nak cepat , jadi kamu tunggu ayah dan ibu balik baru kita bincang lagipun hal ni sangat penting" balas cik idris panjang lebar dan membuatkan hati dan perasaan liana seperti tidak keruan dan sangat bimbang .
#Happy reading guys !
#Vote klau sudi .
YOU ARE READING
Husband Sebelah Bilik !
RomanceLiana natasah shahirah yang sangat obses dengan negara kegemaran nya iaitu turkey istanbul . Cita - cita nya ialah untuk menyambung pelajaran di salah satu university di sana . Tapi tanpa di sangka dia bakal khawin di usia muda iaitu selepas 2 bulan...