Bab 1

30 1 0
                                    

"Azimah oiii , matahari tu dah naik takkan kau tak nak bangun lagi nak oii. Anak dara mana yang matahari dah naik baru nak bangun . Mak haraplah nanti kau kahwin kau dapat ubah sikap suka tidur kau ni ."

Korang dah dengar kan . Haa tu lah mak aku . Dah banyak kali dah dengar ayat tu . Sampai nak terkeluar telinga aku ni haa . Tapi aku tak kesah sebab mungkin apa yang mak aku kata tu menjadi kenyataan . Apa yang ibu cakap tu kan sebuah doa ... Tapi bab kahwin tu tak berapa setuju . Ye lah , aku tak habis lagi menikmati alam bujang aku tup tup suruh kahwin dah . Hrmm . Tapi kalau dah jodoh tu nak buat mancamana kan . Terima jelah.

"Ok mak ! 5 minit lagi Imah bangun ye ."

"5 minit abah kau !! Jap lagi bukan lima minit nanti kau melalut sampai berjam jam . Sudah mak kata bangun tu bangun ."

"Jap la mak . Jap je lagi ."

Tak ada nya kejap kejap . Kau tak bangun jap lagi mak bawa air sejuk simbah muka kau . "

"Hrmm . Ok Zimah bangun "

Itu lah rutin hidup Azimah setiap pagi . Bertekak je dengan mak dia . Kalau tak bergaduh dua beranak ni memang tak sah . Kalau tak riuh rumah tu bukan Azimah dan mak Munah lah kat dalam tu . Ada saja topik baru setipa hari untuk dijadikan bahan ..

Mesti korang tertanya tanya kan . Dari tadi asyik Azimah ,Mak munah , Mak Munah , Azimah . Mana pergi ayahnya . Ha begini sebenarnya . Ayah Azimah atau lebih dikenali sebagai pak Samad tu sebenarnya dah kembali kepada penciptanya 3 tahun lepas . Dahulu kalau pak Samad ada , mesti pak Samad lah yang menjadi pengadil dan pelerai antara mak Munah dan Azimah . Tetapi sejak ketiadaan Pak Samad , pertelingkahan antara dua beranak ini tidak sama lagi . Kekadang ketika mereka sedang bertelingkah ,keluar airvmata dari mata dua beranak ini kerana teringatkan masa bersama pak Samad.

"Mak ! Zimah nak pergi kedai sekejap tau . Zimah nak beli barang dapur "

"Pergi tu elek elok ye Zimah . Ha satu hal lagi belikan mak gula sekejap . Nanti mak bayar balik . Jangan merayap ye Zimah!!"

"Ye mak Zimah tau . Zimah pergi dulu mak . Assalamualaikum."

"Waalaikumusalam "

Sepanjang perjalanan Azimah ke kedai runcit itu , Azimah kelihatan seperti memikirkan sesuatu sahaja . Seperti menunggu sesuatu tetapi tidak kesampaian lagi .

" Zimaaahhhh!!!" Dengan tiba tiba kedengaran suatu suara memanggilnya dari belakang . Rupanya yang memanggilnya itu adalah rakan karib nya , Alya .

"Ehh Alya . Lain kali boleh bagi salam dulu tak . Kalau aku ada lemah jantung tadi tak ke rebah kawan kau ni . "

"Ala sorry lah Zimah . Aku exited sangat tadi nak bagitau kau berita baik ni . Kau mesti nak dengar punya lah ."

"Apa yang PENTING sangat tu ."

"Kau dah sedia ke nak dengar."

"Ehh banyak soal pulak dia ni ."

"Ok ok ...... Tadaa kau nampak apa aku tengah pegang nih . Nampak tak nampak tak."

"OMG kau biar betul Alya . Surat tawaran ke universiti !!! . Tahniah Alya .."

"Ermmm kau tak nak tengok ke peti surat rumah kau ada ke tak surat tawaran . Aku rasa kau dah lama tunggu kan... "

"Ye lah . Ok Alya jumpa lagi !!"

"Cam tu ja dia tinggal aku . Apa punya kawan lah Zimah ni . "

Rupanya apa yang dinanti sudah ke mari . Selama ini Azimah menunggu kehadiran surat tawarannya ke universiti rupanya . Kegembiraan Azimah telah menyebabkan dia lupa tujuanya tadi untuk membeli barang dapur .... Juga lupa yang dia sedang berbual dengan rakanya . Mungkin terlampau gembira...

_________________________________________

HYE SEMUA . HARAP KORANG TERHIBUR MEMBACA BAHAGIAN SATU CERITA PERLUKAH AKU DISAKITI INI . JIKA ADA SEBARANG KEKURANGAN ATAU KECACATAN DI MANA MANA HARAP KORANG DAPAT TOLONG PERBETULKAN . JANGAN LUPA KOMEN DAN BERI FEEDBACK . MARI KITA KE BAHAGIAN 2...

_________________________________________

PERLUKAH AKU DISAKITI (Editing)Where stories live. Discover now