Hari ini adalah hari yang sangat ganjil bagi Mak Munah . Sesuatu yang pelik telah berlaku kepada anaknya Azimah . Sesuatu yang tidak dijangka berlaku .
"Mak!! Mak masak apa pagi ni mak ?"
"Aaahhhh!!!"
"Mak!! Kenapa ni . Mak kena sampuk ke apa . Malu kat jiran la mak ni ."
"Kau nii ! Apa sal kau bangun awal tiba tiba ni ha . Boleh luruh jantung mak macam ni . Selalu bangun waktu matahari dah naik tapi sekarang tiba tiba tercegat belakang mak . Sapa yang tak terkejut ."
"Mak ni ... Zimah berazam nak pi cari kerja sebab tu lah zimah bangun awal harini . Salah ke atau mak tak suka perubahan Zimah ni?"
"Syukur lah kau dah berubah . Ehh mak suka perubahan kau cuma mak harap tak jadi hangat hangat tahi ayam je"
"InsyaAllah tak mak"
Selepas selesai bersapan Azimah pun terus bersiap dan keluar untuk mencari kerja yang sesuai dengan kelayakanya .
Semasa Azimah sedang berjalan keluar dari rumahnya dia tergerak hati untuk membuka peti surat rumahnya . Harapanya masih kuat lagi dan tidak luntur dek kekecewaan yang dialaminya semalam . Semsa membuka peti surat itu......
"Allahuakbar !!!!! Alhamdullilah !!! Makkk!!!"
"Astaghfirullahalazim apa masaalah kau ni Azimah tetiba ja menjerit ni . Siap bertakbir lagi ?"
"Maaakkkk!!!!"
"Yeeee kejappp!!!"
"Makk!!"
"Ye Mah !!"
"Imah dapat tawaran tu mak !!"
Kawasan rumah mereka dihiasi dengan suara dan tangisan kegembiraan mereka berdua . Setelah mendapat surat tawaran itu Azimah pun terus bergesas ke rumah Alya untuk memaklumkan berita tersebut . Sesampainya di rumah Alya . Zimah terkejut melihat orang kampung sedang berkumpul di hadapan rumah Alya . Dia pun begegas mencari Alya .
Sesampainya di hadapan pintu rumah Alya , Azimah terlihat Alya sedang duduk tersimpul . Dia pun pergi dekat dan bertanyakan apa yang sedang berlaku kepada Alya . Alya hanya diam dan menunjuk jarinya ke satu arah . Azimah pun pergi ke arah yang ditunjuk oleh Alya .
Satu perasaan yang sama seperti 3 tahun lepas menyelubungi hati Azimah sekarang . Perasaan yang tak dapat digambarkan peritnya . Kasihan Alya . Dia pasti tidak dapat menerima takdir ini aku tahu . Aku pernah lalui perasaan ini.
Semasa aku pergi ke arah yang ditunjukan oleh Alya itu aku mendapati sekujul tubuh berbalut kain putih sedang terlantar di ruang tamu rumahnya . Jasad yang sedang terbaring itu rupanya adalah jasad ayah Alya , Pak Rahim .
Alangkah sedihnya perasaanku ketika itu apabila mengetahui pak Rahim telah kembali kepada penciptanya . Pak Rahim lah yang selama ini mengambil berat tentang aku dan ibuku setelah ketiadaan ayahku . Kehilanganya amat terkesan sekali di dalam hati ... Dengan segera aku mencapai telephone aku dan memanggil ibuku untuk ke rumah Alya ....
Semasa menunggu ibuku datang , aku mendekati Alya dan cuba untuk menenangkan dirinya yang sedang diselubungi rasa sedih itu .
"Alya sabar lah Lya . Mungkin Allah lebih menyayangi ayahkau dari kau . Mungkin ini adalah yang terbaik buat diri ayahkau . Kalau dah ajal tu kita sebagai hamba yang kerdil ini tidak boleh lari lagi."
"Aku tahu semua tu Zimah , sebab tu lah aku sedang terima apa yang sedang terjadi ini . Zimah! Aku tak sempat memaklumkan kepada ayah aku yang aku dapat tawaran tu . Dia tertunggu tunggu berita itu . Aku ingatkan nak memaklumkan perkara itu kepadanya pagi ini . Tapi apakandaya Allah lebih sayangkanya ."
"Aku pun sama Alya . Aku baru nak memaklumkan perkara yang sama ."
" Kau dapat??"
"Alhamdulillah . Ye aku dapat "
Keadaan menjadi sunyi sepi buat seketika antara aku dan Alya . Kami masing masing masih dalam keadaan terkejut dan bercampur rasa sedih . Selepas selesai menguruskan jenazah ayahnya itu kami pun pulang ke rumah Alya . Aku dan Alya memaklumkan kepada kedua ibu kami yang kami dapat tawaran yang dinantikan itu .... Terlihat wajah seorang ibu mengalirkan air mata kegembiraan semasa mengetahui berita yang dimaklumkan oleh aku dan Alya
YOU ARE READING
PERLUKAH AKU DISAKITI (Editing)
Roman d'amourKALAU DI SEKOLAH PELAJAR MESTI TIDAK LARI DARIPADA MENGHADAPI UJIAN . MAHU TIDAK MAHU MEREKA TERPAKSA JUGA MENGAMBIL UJIAN ITU . INIKAN PULA HIDUP . TIPULAH KALAU X PERNAH HADAPI UJIAN HIDUP . TAPI UJIAN YANG AKU HADAPI INI SEOLAH OLAH TIDAK HENTI H...