Bab 2

22 2 0
                                    

Mak Munah dari jauh lagi sudah terdengar seseorang berlari ke arah rumahnya . Mak Munah berasa hairan dan cuba sedaya upaya untuk meneka siapa yang berlari seperti nampak hantu ke rumahnya . Mak Munah beranikan diri dan keluar menjenguk siapa sebenarnya yang berlari tadi . Alangkah terkejutnya Mak Munah . Yang diingatkan lain lain yang nampak . Rupanya Azimah ...

"Ehh Zimah !! Kenapa awal sangat kau balik . Mak rasa kedai Ah Huat tu jauh . Kalau lari pon ambik masa . Kau bagitau mak kenapa ni . Aa orang kacau kau ke . Mana dia . Siapa dia . Meh mak nak pi ajar dia . Cepat ZIMAAAH!!! bagitau mak ."

"Apa mak dok merepek pagi pagi ni mak . Mana ada orang kacau Zimah mak . "

"Habistu kau awal sangat balik . Lepastu lari macam nampak hantu . Kau kenapa ni Zimahh ."

Dalam kesibukan mereka berdua berbual Azimah membuka peti surat rumahnya . Dia membelek satu demi satu surat surat yang ada di dalam peti surat itu .

" kau ni pelik Zimah . Balik macam ribut lepastu bukak peti surat . Kau demam ye Zimah ?"

"Tak!!"

"Suka hati kau lah . Malas mak nak ambil tahu . Orang tanya diam je . Mancamana nak tahu masaalah dia kalau dia tu asyok diam je . "

Mak Munah pun berlalu dan masuk ke rumahnya tanpa menghiraukan Azimah...

"Ni bill elektrik , surat mak , bill air .. Mana nih . Tak ada pon ? Tak kan tak dapat kot . Aku dah berusaha sedaya upaya dah untuk masuk u . Keputusan aku baik . Semua A . Tak kan tak dapat ?"

Azimah berasa kecewa lalu melempar surat surat itu lalu berguguranlah surat itu ke tanah . Rasa itu telah menyebabkan Azimah down . Dia naik ke rumahnya lalu duduk di ruang tamu . Sedang Azimah memikirkan masaalahnya itu Mak Munah pon datang ...

"Kau kenapa ni Azimah . Dari tadi perangai kau pelik . Balik rumah macam hantu lepastu bukak peti surat macam ada benda je yang kau tunggu lepastu pulak kau naik dengan muka masam . Cuba bagitau mak . Mana tahu mak boleh tolong . Paling kurang pun mak boleh bagi sokongan kat kamu ."

Azimah memandang muka mak Munah dengan wajah sayu .

"Mak!! Alya dah dapat surat tawaran masuk u tapi Azimah tak dapat pun surat tawaran tu . Takkan Azimah tak dapat mak? . Azimah dah berusaha mak . "

"Laa . Benda tu ke . Janganlah sedih mungkin bukan rezeki kamu lagi nak . Mungkin tu rezeki Alya atau mungin surat tu lambat. "

"Lambat!!! Tak mungkin . Zimah sama kampung kot mak duduk pon selang dua rumah dari sini . Tak kan lambat . Kalau dia dapat mesti Zimah pon dapat ."

" sabar la nak . Kita tak tahu ketentuan Allah ."

"Sudah la mak . Mungkin Zimah tak dapat ."

Tiba tiba Mak Munah teringatkan satu perkara

" Zimah!! Mana gula yang mak pesan tu ?"

"............"

" tengok tu . Mesti lupa nak beli sebab balik cepat ."
"Ye lah mak . Zimah lupa . "

Selepas selesai meluahkan apa yang terbuku dihatinya Azimah pun bangun dan masuk ke dalam bilik . Dia memaklumkan kepada Mak Munah yang dia ingin bersendirian sekejap di dalam bilik . Mungkin terlampau kecewa .

Berjam jam juga dia berkurung di dalam biliknya itu . Sepertinya terlampau kecewa kerana tidak dapat tawaran ke U . Mana tak nya . Dia telah cuba sedaya upaya untuk mendapatkan tawaran ke U itu namun harapnya itu musnah setelah mengetahui yang Alya mendapat tawaran itu dan dia tidak ..

Pada petang itu Alya datang ke rumah Azimah untuk memastikan samaada Azimah dapat atau tidak tawaran itu ...sesampainya dia di rumah Azimah Mak Munah memaklumkan kepada Alya tentang hal sebenarnya ...

"Mak Munah ! Kenapa Azimah jadi tak nak jumpa orang ni?"

"Kamu tak tahu ke?"

"Tahu apanya Mak Munah?"

"Azimah kecewa sebab tak dapat tawaran masuk U "

"Laa ye ke dia tak dapat . Saya ingatkan dia dapat . Tak mungkin tak dapat . Mungkin surat lambat datang kot "

"Tu lah . Mak cik dah cakap tapu dia tak nak dengar."

"Tak pa lah mak cik . Mak cik sampaikan salam saya kat dia ye."

"InsyaAllah ."

Alya diselubungi kekeliruan . Kawanya itu bukanya tidak berkelayakan untuk mendapat tawaran itu tetapi kenapa Azimah tidak dapat . Persoalan itu telah menghantui Alya buat seketika ...

_________________________________________

HYE SEMUA . HARAP KORANG TERHIBUR MEMBACA BAHAGIAN DUA CERITA PERLUKAH AKU DISAKITI INI . JIKA ADA SEBARANG KEKURANGAN ATAU KECACATAN DI MANA MANA HARAP KORANG DAPAT TOLONG PERBETULKAN . JANGAN LUPA KOMEN DAN BERI FEEDBACK . MARI KITA KE BAHAGIAN 3...

_________________________________________

PERLUKAH AKU DISAKITI (Editing)Where stories live. Discover now