Bermula seawal 6 tahun. Fikiran cuba menjadi orang dewasa. Apa sahaja yang nampak di depan mata, ingin dicuba. Berkawan dengan sesiapa sahaja, tidak mengira jantina mahupun latarbelakang. Namun, tidak bererti aku mudah terpengaruh dengan apa yang ada. Mereka kata, aku bukan sebarang kanak-kanak...hanya kerana aku berfikir seperti mereka, malah adakala bertindak lebih luarbiasa. Ada masa aku suka, tapi kebanyakannya aku mahukan aku seperti kanak-kanak lain.
Mungkin...