Usrah Hijrah :
Tipulah kalau semua orang tak pernah tersasar. Tipu. Semua orang pernah tersasar. Siapa yang tak nak imannya yang sentiasa di atas tanpa perlu jatuh. Semua orang nak. Tetapi adakala walau kita cuba berusaha menjaga iman kita daripada jatuh ia tetap tersadung di dalam gaung dosa. Bila iman kita tinggi memuncak, kita selalu berharap agar iman ini sentiasa diatas tanpa perlu jatuh tebaran di ruang maksiat. Kita selalu berharap bahawa hati ini berada hampir dengan Tuhan tanpa perlu melangkah jauh meninggalkan Tuhan. Mungkin kita lupa bahawa syaitan itu tidak pernah tidur. Sentiasa ada cara untuk menjatuhkan kita
.
.
Jika kelemahan kita adalah ikhtilat, maka syaitan akan cucuk kita dengan bagi kita tunggang langang dalam ikhtilat. Jika kelemahan kita adalah wanita, maka syaitan akan cucuk kita bagi kita lemah dengan wanita. Semua orang punya titik kelemahan. Carilah titik kelemahan itu dan perbaiki ia. Saat paling menakutkan adalah apabila kita telah jauh tersasar dari Allah tanpa kita sendiri sedar.
.
.
"Aku rindu iman ku yang dulu. Aku rindu saat aku begitu dekat dengan Allah. Sedikit pun hatiku tidk pernah terusik dengan pujukan dunia. Tetapi lihatah aku pada hari ini. Hari ini aku semakin jauh dari Allah. Iman aku tidak seutuh yang dahulu lagi. Aku rindu diri aku yang dulu. Aku futur."
Pernah rasa begitu? Rindu membuak buak kerana merindukan iman yang dulu. Bila diri mula tersasar, teringat kembali bagaimana diri kita yang dulu, iman kita yang dulu. Yang mana ketika itu hati kita begitu dekat dengan Allah, iman kita begitu kukuh tanpa goyah. Dan lihatlah diri kita hari ini.
.
.
Jangan biarkan syaitan terus bersorak gembira kerana telah berjaya memperdayakan kita. KAU JATUH, KAU FUTUR. KAU RATAP & TANGISI TETAPI JIKA KAU MASIH DI TAKUK YANG LAMA, TANPA ADA SEBARANG USAHA IA TAKKAN MENGUBAH APA APA. Adakah jika lapar, kita mengadu kita lapar, makanan akan datang sendiri masuk ke dalam mulut kita dan perut kita akan tiba tiba berasa kenyang? 😊
.
.
Bila jatuh, bangun. Bila jatuh, bangun. Bila jatuh, bangun. Jika jatuh tetapi hanya sekadar meratap kejatuhan itu, ia takkan mengubah apa apa. Bangunlah. Bila rasa diri tenggelam dalam kegelapan, bangun cari kembali cahaya untuk menerangi kehidupan. Cari kawan yang soleh, hadiri majlis ilmu, baca Al Quran, buat solat tubat, solat tahajjud, macam macam kita boleh buat untuk kembali dekat kepada Allah. Cuma nak dengan tak nak je. Bukan tunggu mood nak buat baik datang baru nak balik pada Allah. Takut ajal yang ragut dulu.
Awak, syurga bukan percuma. Dunia cuma tipu daya. Maka berusahalah untuk manfaatkannya.
YOU ARE READING
Hijrah Untuk Semua (HUS)
SpiritualSesungguhnya hidupku,matiku,ibadahku,solatku Kerana Allah 🙆🙆 Berikut ialah perkongsian ringkas & padat dari diri,rakan2 & group usrah 😊 Semoga dapat memberi manfaat sesama kita بسم الله الرحمن الرحيم